Suplemen dan Kanser Prostat
Selain itu, untuk mengurangkan risiko kanser prostat, pengambilan suplemen seperti berikut boleh dipertimbangkan:
- Saw Palmetto dan Biji Labu. Produk ini telah digunakan dan didapati sangat berkesan.
Saw Pametto diambil secara berasingan atau bersama-sama dengan biji labu, Nettle root atau Pygeum.
Saw Palmetto (Sarena serrulata) adalah pokok sawit yang tumbuh di pinggiran pantai Atlantik. Ia adalah herba yang paling
popular dalam rawatan masalah prostat. Kajian klinikal mendapati herba ini sangat berkesan dalam mengawal pembesaran kelenjar
prostat.
Saw Palmetto mengandungi sterol, terutamanya beta-sitosterol yang mampu menghalang enzim 5-alpha reductase. Oleh itu,
dihidrotestosteron (DHT) tidak boleh melekat kepada kelenjar prostat. Sebaliknya ia akan dihancurkan dan kemudiannya dikumuhkan
(dibuang) dari dalam badan.
DHT merupakan hormon yang bertanggungjawab menyebabkan berlakunya pembesaran kelenjar prostat (BPH).
- Ubat-ubat konvensional seperti Finasteride yang manahan enzim 5-alpha reductase. Oleh itu, testosterone tidak
boleh bertukar kepada DHT. Terazosin dan doxazosin merupakan produk yang dapat membantu merehatkan otot-otot prostat. Ini
seterusnya akan mengurangkan tekanan yang dikenakan ke atas saluran kencing.
Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan bahawa pengambilan ubat tradisional dan suplemen lain tanpa arahan doktor boleh membawa
risiko. Oleh sebab yang demikian, adalah perlu untuk mendapatkan pandangan doktor terlebih dahulu.
Pengubahsuaian Gaya Hidup
Pengambilan alkohol akan menghilangkan kandungan zink dan vitamin B6 yang penting untuk prostat yang sihat. Oleh itu, berhentilah
mengambilnya.
Zink sangat penting kepada fungsi kelenjar prostat. Prostat menggunakan zink 10 kali ganda berbanding organ lain. Zink
membantu mengurangkan kandungan prolaktin di dalam darah. Prolaktin didapati meningkatkan penukaran hormon testosteron kepada
DHT.
Kurang bersenam akan menyebabkan pengaliran darah menjadi kurang lancar. Ini memberikan kesan yang memudaratkan prostat.
Anda digalakkan bersenam mengikut jadual yang ditetapkan - kata-kata kunci di sini adalah bersenam secara konsisten dan bersesuaian
dengan tahap kesihatan dan umur anda.
Tekanan perasaan boleh menyebabkan perubahan pada hormon badan anda. Ini mungkin mengaktifkan 5-alpha reductase
dan kandungan DHT akan meningkat.
Merokok akan menyababkan pengumpulan toksin radikal bebas di dalam badan. Ia boleh memburukkan lagi keadaanpesakit BPH.