SKIM
PINJAMAN 3F
(Skim Pinjaman Tabung Untuk Makanan)
BANK PERTANIAN MALAYSIA
PENDAHULUAN
Skim Pinjaman Tabung Untuk Makanan dikenali juga dengan Skim 3F (Fund for Food) yang telah diperkenalkan pada tahun 1993. Setakat ini, RM700 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia dan RM300 juta lagi oleh Kerajaan kepada Bank Pertanian Malaysia (BPM) sebagai kemudahan pinjaman bagi menggalakkan pelaburan dalam aktiviti pengeluaran makanan utama negara.
OBJEKTIF
Skim Pinjaman 3F disediakan dengan objektif berikut:
Untuk meningkatkan pengeluaran makanan utama, iaitu padi,
ikan (termasuk makanan laut), sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan
bioteknologi (ramuan makanan dan makanan tambahan).
Untuk meningkatkan pengeluaran produk yang berkaitan makanan, terutamanya makanan yang diproses, asalkan ia untuk kegunaan tempatan dan bahan mentahnya daripada dalam negeri;
Untuk meningkatkan pengedaran makanan serta keluarannya
dengan cara yang lebih cekap.
KELAYAKAN PROJEK
Projek bagi tujuan pengeluaran dan pemprosesan makanan yang industri bersaiz kecil, sederhana dan besar.
Pelaburan baru atau pembesaran projek
Bagi projek yang berorientasikan eksport, 50% daripada
pengeluaran adalah untuk pasaran dalam negeri.
Kos projek adalah termasuk tanah dan modal kerja (contoh:
benih, baja dan racun); bagaimanapun, kos tanah yang boleh dibiayai tidak
melebihi 20% daripada kos projek.
KELAYAKAN PEMOHON
Warga negara yang menetap di Malaysia, atau syarikat Malaysia dengan
pegangan oleh warganegara tidak kurang daripada 51%.
SYARAT PINJAMAN
Kadar Faedah/Keuntungan
4%
setahun. Bagi pembiayaan Al-Bithaman Ajil, kadar keuntungan adalah 4%.
Tempoh Pinjaman
Tidak
melebihi 8 tahun.
Cagaran
Semua
pinjaman hendaklah bercagar.
Projek Yang Layak Dibiayai
Projek pengeluaran makanan dalam bidang ternakan, tanaman dan perikanan, iaitu seperti berikut:
Sektor Ternakan
Lembu
Kambing
Kerbau
Ayam telur
Ayam daging
Itik
Puyuh
Burung unta
Biri-biri
Rusa
Arnab.
Sektor Tanaman
Sayur-sayuran (termasuk teh)
Padi
Buah-buahan, iaitu:
Pisang
Jambu
Tembikai
Betik
Nenas
Mangga
Tebu
Kopi
Koko
Belimbing
Rosel
Limau madu
Salak
Sektor Perikanan
i)
Penangkapan ikan pesisiran pantai
ii) Ternakan ikan dalam sangkar
iii)
Ternakan ikan air tawar, air payau
iv) Ternakan udang harimau/galah, ketam, rumpai laut, ‘clam’ dan kerang.
Perkara Yang Tidak Layak Dibiayai
Pertanyaan Pinjaman
Pertanyaan pinjaman boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Pertanian samada secara menalipon, menulis surat atau datang ke cawangan BPM yang berdekatan.
Borang Permohonan Pinjaman
Borang permohonan boleh diperolehi di semua cawangan BPM. Borang permohonan yang lengkap berserta kertas kerja dan dokumen lain hendaklah dikemukakan di cawangan yang berdekatan.
Bayaran Memperoses Pinjaman
1%
daripada kelulusan pinjaman.
Tawaran atau Penolakan Pinjaman
Jika permohonan berjaya, BPM akan mengeluarkan Surat Tawaran Pinjaman. Pelanggan hendaklah memberi jawapan bertulis jika menerima Tawaran Pinjaman.
Suratcara Pinjaman
Pelangan hendaklah berhubung terus dengan cawangan BPM yang berkenaan bagi tujuan menandatangani Perjanjian Pinjaman dan lain-lain urusan penyempurnaan suratcara pinjaman.
Pengeluaran Wang
Pengeluaran wang kepada pelanggan adalah berasaskan kemajuan projek dan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh BPM.
Bayaran Balik Pinjaman
Bayaran balik pinjaman adalah jadual pembayaran balik seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Pinjaman.