Oleh: Puan Rahimah Md Said
Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian Malaysia dan Industri Asas Tani
PERSIDANGAN HALATUJU SEKTOR PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Hotel Palace of The Golden Horses, Selangor
13 Ogos 2004
PENDAHULUAN
1. Kerajaan telah memutuskan supaya dipercepatkan proses perubahan sektor pertanian agar Malaysia boleh menjadi di antara negara pengeluar dan pengeksport makanan utama. Kejayaan pelaksanaan keputusan ini memerlukan penglibatan secara aktif oleh pihak swasta dan pemberian perkhidmatan sokongan yang cekap dan berkesan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Kerjasama rapat antara pihak swasta dan awam penting untuk mempergiatkan sektor pertanian bagi membolehkannya menampung keperluan Malaysia sebagai sebuah negara industri dan moden dalam era K-ekonomi.
i)
Peningkatan permintaan untuk bahan makanan ekoran dari pertambahan
bilangan penduduk dan juga bertambahbaiknya ekonomi negara;
ii)
Peningkatan bil import makanan negara;
iii)
Defisit dalam imbangan perdagangan bahan makanan;
iv)
Penurunan syer pasaran negara bagi produk makanan di pasaran dunia; dan
v)
Isu dan cabaran pembangunan sektor pertanian dalam negeri.
PENGGUNAAN PER KAPITA
3. Pada masa ini, penggunaan (consumption) beberapa bahan makanan seperti produk tenusu, sayur-sayuran dan buah-buahan masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Umpamanya, penggunaan per kapita untuk produk tenusu negara ialah sebanyak 53 kg berbanding dengan 68 kg di Jepun dan 260 kg di Amerika Syarikat. Penggunaan sayur-sayuran pula ialah sebanyak 45 kg berbanding dengan 112 kg di Jepun dan 126 kg di Amerika Syarikat. Bagi buah-buahan pula, penggunaan per kapita Malaysia ialah sebanyak 60 kg berbanding dengan 84 kg di UK dan 125 kg di Amerika Syarikat.
Jadual
1
Penggunaan
Makanan Per kapita Dalam Negara-Negara Terpilih Dalam
Tahun
2000 (kg/orang/tahun)
|
Malaysia |
Thailand |
China |
Jepun |
USA |
UK |
Holland |
Daging |
51 |
24 |
50 |
44 |
112 |
77 |
91 |
Tenusu |
53 |
21 |
10 |
68 |
260 |
221 |
368 |
Telur |
14 |
10 |
16 |
19 |
15 |
10 |
20 |
Bijirin |
148 |
126 |
190 |
117 |
114 |
108 |
74 |
Ubi
Kentang |
5 |
4 |
33 |
24 |
65 |
110 |
85 |
Sayur-sayuran |
45 |
37 |
204 |
112 |
126 |
84 |
84 |
Buah-buahan |
60 |
89 |
43 |
51 |
125 |
84 |
127 |
Ikan |
58 |
29 |
25 |
65 |
21 |
22 |
21 |
Minyak
Sayuran |
18 |
6 |
8 |
14 |
26 |
20 |
16 |
Gula/Pemanis |
49 |
29 |
7 |
28 |
73 |
35 |
46 |
Kopi |
0.3 |
0.4 |
- |
3.4 |
4.6 |
2.5 |
8.9 |
Teh |
0.6 |
0.1 |
0.4 |
1.1 |
0.5 |
2.2 |
0.9 |
Koko |
0.2 |
0.3 |
- |
1.2 |
27 |
2.4 |
1.2 |
Bir
& Wain |
4.1 |
18.1 |
21 |
44 |
97 |
110 |
96 |
Sumber:
FAO
4. Adalah dijangka bahawa penggunaan bahan-bahan makanan ini akan terus
meningkat dan menjelang tahun 2010, jumlah permintaan bahan makanan negara akan
bertambah sebanyak 3.47 juta tan metrik lagi bernilai RM6 bilion (Jadual 2).
Jadual 2
Anggaran
Penggunaan Makanan di Malaysia Dalam Tahun 2010
|
Per Kapita Kg/orang 2000 |
Jumlah Penggunaan Tahun
2000 (Populasi
23.5 juta)
– Juta
kg |
Anggaran Per Kapita Kg/orang, 2010 |
Jumlah Penggunaan Tahun 2010 (Populasi 28.9 Juta) – Juta kg |
Anggaran Pengguna Tambahan (Juta kg) |
Anggaran
Nilai Penggunaan Tambahan (RM
Juta) |
Daging |
51 |
1,200 |
51 |
1,470 |
270 |
1,350 |
Tenusu |
53 |
1,250 |
60 |
1,730 |
480 |
720 |
Telur |
14 |
330 |
14 |
400 |
70 |
200 |
Bijirin |
148 |
3,480 |
140 |
4,050 |
570 |
680 |
Ubi
Kentang |
5 |
120 |
10 |
290 |
170 |
150 |
Sayur-Sayuran |
45 |
1,060 |
62 |
1,790 |
730 |
800 |
Buah-Buahan |
60 |
1,410 |
70 |
2,020 |
610 |
790 |
Ikan |
58 |
1,360 |
58 |
1,680 |
320 |
960 |
Minyak
Sayuran |
18 |
420 |
18 |
520 |
100 |
200 |
Gula/Pemanis |
49 |
1,150 |
45 |
1,300 |
150 |
150 |
JUMLAH |
|
|
|
|
3,470 |
6,000 |
IMPORT, EKSPORT DAN DEFISIT SEKTOR MAKANAN NEGARA
5.
Bil import bagi bahan makanan negara telah bertambah tahun demi tahun,
sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 3. Umpamanya, pada tahun 1990, jumlah
pengimportan bahan makanan negara ialah sebanyak RM4.56 bilion.
Sehingga tahun 2003, bil import bahan makanan negara telah meningkat
kepada RM12.7 bilion menunjukkan peningkatan hampir tiga kali ganda. Walaupun
eksport bahan makanan negara juga meningkat, ia tidak dapat menangani bil import
yang begitu besar dan oleh demikian negara telah mengalami defisit yang besar
dalam imbangan perdagangan bagi makanan. Pada
tahun 2001, defisit dalam imbangan perdagangan makanan negara telah meningkat
kepada tahap sebanyak RM5.7 bilion. Namun
demikian, sejak tahun tersebut, kadar pertumbuhan eksport negara telah
bertambahbaik dan defisit dalam imbangan perdagangan makanan negara telah turun
kepada RM4.34 bilion pada tahun 2003.
Jadual
3
Defisit
Perdagangan Sektor Makanan (RM Juta)
|
IMPORT |
EKSPORT |
DEFISIT |
1990 |
4,567 |
3,446 |
-1,121 |
1995 |
7,857 |
4,495 |
-3,362 |
2000 |
11,357 |
6,422 |
-4,935 |
2002 |
12,407 |
7,407 |
5,000 |
2003 |
12,702 |
8,365 |
-4,337 |
6.
Jadual 4, menunjukkan pengimportan bahan-bahan makanan negara di antara
tahun 1995 sehingga 2003. Di antara lapan tahun ini, jumlah import negara telah
meningkat hampir RM5 bilion, atau sebanyak 61%.
Antara bahan-bahan makanan yang diimport ini, import binatang ternakan,
sayur-sayuran dan produk tenusu telah meningkat dua kali ganda manakala
buah-buahan meningkat sebanyak 50%. Bagi
produk-produk dalam kategori kopi, teh, rempah ratus dan koko, sungguhpun import
produk-produk ini meningkat, eksport juga meningkat dengan agak pesat.
Justeru itu, pengimportan produk-produk ini tidak menjadi masalah.
Jadual
4
Import
Makanan Negara (RM Juta)
Perkara/Tahun |
1995 |
2000 |
2003 |
Binatang
Hidup |
123 |
155 |
239 |
Daging
dan Sediaan Daging |
381 |
771 |
799 |
Hasil
Tenusu |
939 |
1,167 |
1,195 |
Telur |
13 |
9 |
10 |
Ikan,
Krustasia, Moluska dan Sediaan |
762 |
1,086 |
1,335 |
Bijiran
dan Sediaan Bijirin |
1,242 |
1,839 |
1,468 |
Sayur-Sayuran |
683 |
1,024 |
1,176 |
Buah-Buahan |
444 |
562 |
608 |
Gula,
Sediaan Gula dan Madu |
855 |
1,085 |
1,085 |
Kopi,
Koko, Teh dan Rempah |
409 |
814 |
1,628 |
Bahan
Makanan Untuk Haiwan |
1,421 |
1,928 |
2,077 |
Bahan
Makanan Lain |
584 |
917 |
1,082 |
JUMLAH |
7,856 |
11,357 |
12,702 |
7.
Eksport bahan makanan negara juga mencatatkan peningkatan yang agak baik
di antara tahun 1995 dan 2003 (jadual 5). Daripada
RM4.49 bilion pada tahun 1995, eksport bahan makanan negara telah meningkat ke
tahap RM8.3 bilion pada tahun 2003. Hampir
semua jenis bahan makanan negara mecatatkan peningkatan kecuali binatang
ternakan. Penurunan eksport
binatang ternakan ini disebabkan penggunaan tempatan yang telah bertambah serta
pemusnahan industri babi semasa berlakunya Nipah Virus beberapa tahun
yang lalu.
Jadual
5
Eksport
Makanan Negara (RM Juta)
Perkara/Tahun |
1995 |
2000 |
2003 |
Binatang
Hidup |
549 |
357 |
387 |
Daging
dan Sediaan Daging |
71 |
65 |
143 |
Hasil
Tenusu |
164 |
227 |
315 |
Telur |
82 |
183 |
164 |
Ikan,
Krustasia, Moluska dan Sediaan |
807 |
1,263 |
1,518 |
Bijiran
dan Sediaan Bijirin |
356 |
611 |
660 |
Sayur-Sayuran |
160 |
278 |
392 |
Buah-Buahan |
336 |
512 |
513 |
Gula,
Sediaan Gula dan Madu |
202 |
354 |
490 |
Kopi,
Koko, Teh dan Rempah |
781 |
1,154 |
1,676 |
Bahan
Makanan Untuk Haiwan |
329 |
375 |
569 |
Bahan
Makanan Lain |
658 |
1,042 |
1,537 |
JUMLAH |
4,495 |
6,421 |
8,364 |
8.
Jika dibandingkan import dan eksport bahan-bahan makanan negara, adalah
jelas bahawa pada amnya negara mengalami defisit dalam perdagangan kebanyakan
bahan makanan kecuali kategori binatang ternakan, produk perikanan, produk koko
dan lada hitam.
9. Berdasarkan kepada keperluan bahan makanan yang semakin meningkat serta trend
import sekarang, adalah dijangka bahawa jumlah defisit dalam imbangan
perdagangan bahan makanan negara akan meningkat ke tahap RM10.9 bilion menjelang
tahun 2010 jika tiada tindakan diambil bagi menangani masalah ini, (Jadual 6).
Jadual 6
Imbangan
Perdagangan Sektor Makanan Dalam Tahun 2010 (RM Juta)
Tanpa
“Policy Intervention”
Perkara/Tahun |
Eksport 2003 |
Import 2003 |
Anggaran Eksport 2010 |
Anggaran Import 2010 |
Anggaran Imbangan Dagangan 2010 |
Binatang
Hidup |
387 |
239 |
467 |
164 |
303 |
Daging
dan Sediaan Daging |
143 |
799 |
340 |
965 |
-625 |
Hasil
Tenusu |
314 |
1,195 |
297 |
1,520 |
-1,223 |
Telur |
164 |
10 |
223 |
13 |
210 |
Ikan,
Krustasia, Moluska dan Sediaan |
1,518 |
1,335 |
1,063 |
2,000 |
-937 |
Bijiran
dan Sediaan Bijirin |
660 |
1,468 |
740 |
2,410 |
-1,670 |
Sayur-Sayuran |
392 |
1,176 |
300 |
2,005 |
-1,705 |
Buah-Buahan |
513 |
608 |
561 |
1,359 |
-798 |
Gula,
Sediaan Gula dan Madu |
490 |
1,085 |
500 |
1,300 |
-800 |
Kopi,
Koko, Teh dan Rempah |
1,676 |
1,628 |
1,200 |
1,820 |
-620 |
Bahan
Makanan Haiwan |
568 |
2,077 |
487 |
2,857 |
-2,370 |
Bahan Makanan Lain |
1,537 |
1,082 |
1,543 |
2,307 |
-764 |
JUMLAH |
8,362 |
12,702 |
7,721 |
18,720 |
-10,999 |
10.
Di pasaran luar negeri pula, Malaysia hanya dapat mengekalkan
kedudukannya sebagai pembekal makanan utama di Singapura (Jadual 7).
Di pasaran yang lain seperti Jepun, Hong Kong, Amerika Syarikat,
Australia, UK dan Belanda, Thailand merupakan pembekal bahan makanan yang utama.
Di kebanyakan pasaran ini juga Malaysia ketinggalan kepada Indonesia
sebagai pembekal makanan yang utama.
Jadual 7
Kedudukan Dayasaing Malaysia
Berbanding Indonesia dan Thailand
Dalam 10 Pasaran Utama Produk
Makanan
Negara
Pengeksport |
Kedudukan dayasaing di antara Malaysia, Thailand dan Indonesia dalam carta 10 rakanniaga untuk produk makanan(RM ‘000). Nilai dalam ( ) menunjukkan kedudukan dalam pasaran. |
||
Singapura |
Malaysia 2,407,805
(1) |
Indonesia 1,348,810(2) |
Thailand 1,109,642
(4) |
Jepun |
Thailand 8,369,724
(4) |
Indonesia 4,279,727
(9) |
Malaysia 521,501
(32) |
Hong Kong |
Thailand 2,147,874
(3) |
Indonesia 1,002,360
(7) |
Malaysia 461,301
(13) |
Indonesia |
Thailand 1,035,724
(4) |
Malaysia 162,427
(14) |
-- |
Netherlands |
Thailand 1,110,892
(8) |
Indonesia 678,361
(15) |
Malaysia 268,953
(24) |
USA |
Thailand 9,008,109
(3) |
Indonesia 3,352,295
(10) |
Malaysia 448,791
(43) |
Thailand |
Indonesia 538,965 (3) |
Malaysia 118,822
(17) |
-- |
Australia |
Thailand 913,227 (3) |
Indonesia 236,447
(12) |
Malaysia 181,902
(14) |
UK |
Thailand 964,805
(17) |
Indonesia 431,612
(27) |
Malaysia 205,337
(45) |
China |
Thailand 1,072,337
(6) |
Indonesia 400,037
(12) |
Malaysia 383,291
(14) |
11.
Di beberapa pasaran tradisional, syer pasaran Malaysia juga mengalami
kemerosotan (Jadual 8). Namun demikian, pasaran Malaysia di beberapa negara seperti
Belanda, Amerika Syarikat, UK dan China juga mengalami peningkatan.
Jadual 8
Kedudukan dayasaing Malaysia Berbanding Indonesia dan Thailand
Dalam
PASARAN |
SYER MALAYSIA BERDASARKAN KESEIMBANGAN SYER PASARAN, 1996-2000 |
Singapura |
Menurun |
Jepun |
Menurun |
Hong Kong |
Menurun |
Indonesia |
Meningkat |
Netherlands |
Meningkat |
USA |
Meningkat |
Thailand |
Kenaikan
Marginal |
Australia |
Menurun |
U. Kingdom |
Meningkat |
China |
Meningkat |
PERBANDINGAN DAYASAING ANTARA NEGARA THAILAND DAN MALAYSIA
12. Dalam perbandingan dayasaing di antara Malaysia dan Thailand di pasaran
dunia, diperhatikan Thailand mempunyai strategi yang lebih teratur dari segi
memasarkan produk makanan di pasaran dunia. Umpamanya, Thailand telah menetapkan
sasarannya sebagai “kitchen of the world”. Ia
juga menekankan kepada pengeluaran produk-produk diproses untuk menghasilkan “convenient
food” yang “ready to use”
dan “ready to consume”. Oleh
kerana tumpuan yang diberi kepada bidang pemprosesan makanan, kebanyakan produk
pertanian Thailand, iaitu 80% adalah untuk pemprosesan.
Di Malaysia pula kebanyakan produk pertanian adalah dijual dalam bentuk
segar. Pergantungan kepada pasaran
segar ini mengakibatkan produk-produk pertanian negara tertakluk kepada masalah
turun-naik harga.
13. Dari segi eksport,
pasaran Thailand ada jauh lebih luas (diversified)
jika berbanding dengan Malaysia.
Kebanyakan bahan makanan Malaysia tertumpu di pasaran yang terhad sahaja seperti
Singapura, Hong Kong dan Taiwan manakala eksport bahan makanan Thailand
dieksport ke destinasi bukan sahaja di Asia tetapi di Eropah, Amerika Syarikat
dan sebagainya. Thailand juga
mempunyai “strategic
alliance” dengan syarikat pembekal makanan yang besar untuk memasarkan
eksport bahan makanannya. “Strategic
alliance” ini membolehkan Thailand mewujudkan rangkaian pasaran yang lebih
luas. Bagi Malaysia pula, pemasaran
eksport bahan-bahan makanan adalah melalui para pengimport atau agen-agen secara
terus.
14. Untuk menggalakkan eksportnya, Thailand juga mempunyai pejabat pemasaran
dan pengedaran di luar negeri. Ini
agak berlainan dari Malaysia di mana pemasaran dikendalikan oleh ibu pejabat
dalam negara. Thailand juga berusaha secara agresif untuk menandatangani
perjanjian kawasan perdagangan bebas (Free
Trade Area) dengan negara-negara lain.
Selain daripada perjanjian FTA melalui ASEAN, Thailand juga
menandatangani perjanjian FTA secara duahala dengan negara-negara seperti
Amerika Syarikat dan Australia.
15.
Pada masa ini, Thailand merupakan pengeksport paling besar bagai nanas
dan udang sejukbeku. Ini juga
merupakan salah satu pengeksport produk ayam dan makanan perikanan paling besar
di dunia. Industri di Thailand juga
dibangunkan secara bersepadu (integrated)
sama ada secara vertical atau horizontal. Ini
membolehkan industri di Thailand mencapai skala yang lebih besar serta “total
value chain”, seperti syarikat pengeluar ayam yang besar di dunia iaitu
Charoen Pokphand. Selain daripada
itu, Thailand juga terkenal sebagai pengeluar dan pengeksport udang di dunia. Produk udang yang dihasilkan adalah dalam bentuk “ready
to eat” atau “ready to cook” dan mempunyai pasaran yang luas.
Industri di Malaysia pula lebih kecil dari segi saiznya.
16. Teknologi di Malaysia bergantung berat kepada teknologi yang diimport
manakala teknologi di Thailand pula dicipta melalui usahasama dengan
syarikat-syarikat besar di luar negeri. Kos
pengeluaran di Thailand juga lebih rendah.
Kos pengeluaran lebih rendah ini bukan sahaja diakibatkan oleh kos tenaga
kerja yang lebih rendah tetapi produktiviti yang lebih tinggi.
Dari segi input pula, Thailand juga dapat mengeluarkan bahan-bahan mentah
yang diperlukan. Input seperti
makanan ternakan boleh dihasilkan di Thailand manakala bahan-bahan mentah
diperlukan di Malaysia perlu diimport. Thailand
juga melaksanakan aktiviti promosi yang agresif di luar negeri.
Selain daripada mengambil bahagian dalam pameran perdagangan antarabangsa,
Thailand juga mengaturkan pameran atau expo bahan makanan sendiri.
17. Bagi memastikan pengeluar dalam negeri menghasilkan makanan yang selamat dimakan serta memenuhi standard antarabangsa, Thailand telah mengistiharkan tahun 2004 sebagai “Year for Food Safety”. Usaha juga dilaksanakan untuk mengesahkan ladang-ladang di Thailand sebagai ladang yang mengeluarkan makanan yang berkualiti dan selamat dimakan. Walau bagaimanapun, adalah difahamkan usaha Thailand ini telah sedikit sebanyak terjejas kerana berlakunya avian flu di negara tersebut baru-baru ini.
ISU DAN CABARAN PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN
18. Pada masa ini sektor pertanian masih menghadapi beberapa isu dan masalah
yang perlu ditangani dalam usaha memajukan sektor ini.
Salah satu masalah dihadapi sektor pertanian negara ialah kekurangan
tenaga kerja dan petani atau pekebun yang semakin meningkat usia. Kekurangan
tenaga kerja dalam sektor pertanian dapat dilihat dari pekerja asing yang diupah
oleh negara. Di antara tahun 2001 dan 2003 umpamanya, negara telah membawa masuk
seramai 19,343 orang pekerja asing lagi untuk berusaha di sektor pertanian (termasuk
sektor perladangan).
19. Berdasarkan kepada satu kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani, pada tahun 2002/2003 untuk menentukan jumlah
masa dibelanjakan oleh pekebun di ladang, diperhatikan bahawa kira-kira 39%
pekebun yang ditemubual adalah berusia 55 tahun dan ke atas.
Walaupun jumlah pekebun yang ditemubual dalam kajian tidak begitu ramai,
keadaan ini sedikit sebanyak membayangkan keadaan “aging
farmers” yang wujud dalam sektor pertanian.
20.
Pada masa ini, kebanyakan benih yang digunakan dalam sektor pertanian
masih bergantung berat kepada pengimportan.
Bagi sektor sayur-sayuran umpamanya, 95% benih yang diperlukan adalah
diimport dari Thailand, Taiwan, China, Australia dan lain-lain lagi.
Benih buah-buahan pula seperti benih hybrid tembikai yang berhasil tinggi
juga perlu diimport dari luar negeri seperti Taiwan.
Negara juga perlu mengimport banyak lembu hidup dari luar negara untuk
menanggung keperluan, sama ada untuk ternakan atau penggunaan.
21.
Produktiviti sektor pertanian Malaysia juga perlu dipertingkatkan ke
tahap yang lebih tinggi. Bagi komoditi timun umpamanya, hasil tanaman ini boleh
ditingkatkan kepada 800 tan/hektar sekarang. Untuk tomato pula, hasil sekarang
di tahap 120 tan/hektar boleh ditingkatkan ke tahap 550 tan/hektar jika
teknologi intesif digunakan. Dalam
ertikata lain, “Technology gap” di antara Malaysia dengan negara-negara lain perlu
dikurangkan.
PELAN TINDAKAN IMBANGAN PERDAGANGAN SEKTOR MAKANAN - 2010
22.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menetapkan sasaran
supaya mencapai lebihan (surplus)
dalam imbangan perdagangan makanan menjelang tahun 2010, melalui Pelan Tindakan
Imbangan Perdagangan (Pelan Tindakan BOT atau Balance of Trade Action Plan),
(Jadual 8). Pada masa ini defisit
negara dalam imbangan perdagangan makanan ialah sebanyak RM4.3 bilion. Jika
defisit ini dibiarkan dan tiada tindakan diambil adalah dijangka defisit ini
akan terus meningkat ke tahap RM10.9 bilion pada tahun 2010. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani percaya keadaan
ini boleh diperbetulkan jika tindakan diambil bagi menggalakkan pihak swasta
melabur dalam sektor makanan. Selain daripada itu, transformasi di kalangan
pengusaha pertanian juga penting dalam usaha mencapai sasaran ini.
Jadual 8
Imbangan Perdagangan Sektor Makanan Dalam Tahun 2010 (RM
Juta)
Pelan
Tindakan ‘BOT’ dengan ‘Policy Intervention’
Perkara/Tahun |
Eksport 2003 |
Import 2003 |
Anggaran Eksport
2010 |
Anggaran Import 2010 |
Anggaran Imbangan Dagangan 2010 |
Binatang Hidup |
387 |
239 |
467 |
164 |
303 |
Daging
dan Sediaan Daging |
143 |
799 |
3,235 |
2,227 |
1,008 |
Hasil
Tenusu |
314 |
1,195 |
297 |
1,520 |
-1223 |
Telur |
164 |
10 |
223 |
13 |
210 |
Ikan,
Krustasia, Moluska dan Sediaan |
1,518 |
1,335 |
4,625 |
841 |
3,784 |
Bijiran
dan Sediaan Bijirin |
660 |
1,468 |
1,000 |
2,000 |
-1,000 |
Sayur-Sayuran |
392 |
1,176 |
752 |
793 |
-41 |
Buah-Buahan |
513 |
608 |
2,059 |
808 |
1,251 |
Gula,
Sediaan Gula dan Madu |
490 |
1,085 |
700 |
1,300 |
-600 |
Kopi,
Koko, Teh dan Rempah |
1,676 |
1,628 |
1,800 |
1,600 |
200 |
Bahan
Makanan Untuk Haiwan |
568 |
2,077 |
531 |
4,303 |
-3,772 |
Bahan
Makanan Lain |
1,537 |
1,082 |
2,471 |
865 |
1,606 |
JUMLAH |
8,362 |
12,702 |
18,160 |
16,434 |
1,726 |
STRATEGI UTAMA PELAN TINDAKAN BOT
(i)
Melalui peningkatan pengeluaran dan penggunaan produk-produk tempatan
secara meluas;
(ii) Meneliti semula nilai permintaan dan bekalan bagi produk-produk pertanian
yang diimport dan menggantikannya dengan produk yang boleh dikeluarkan secara
tempatan, tertakluk kepada faktor ekonomi, agroklimatik, dayamaju serta jenis
pengeluaran yang bermusim; dan
(iii)
Meningkatkan kecekapan pemasaran di pasaran antarabangsa
PELAN TINDAKAN – Tindakan-Tindakan Yang Telah Dirancang Dalam Pelan Tindakan BOT
24.
Meningkatkan
Pengeluaran
i)
Buah-buahan
-
80,000 hektar
ii)
Akuakultur
-
50,000 hektar
iii)
Sayur-sayuran -
30,000 hektar
iv)
Ternakan -
10,000 hektar
v)
Industri Asas Tani -
1,000 hektar
Pendekatan
“cluster-based development”
digunakan bukan sahaja dalam pembangunan bahan makanan segar tetapi dalam
pembangunan industri asas tani juga. Pendekatan
ini bertujuan memberi sokongan kepada inisiatif pihak swasta dalam pembangunan
pertanian. Ia juga bertujuan memajukan para petani, penternak dan nelayan supaya
mereka menjadi pengusaha yang moden, dinamik dan berdayasaing.
Dalam pendekatan pembangunan berasaskan kelompok, faktor-faktor kritikal
untuk pengeluaran seperti berikut akan diorganisasikan secara fokus, teratur dan
bersepadu:
i)
Tanah dan lokasi,
ii)
Kemudahan infrastruktur dan logistik;
iii)
Usaha untuk menghasilkan produk berkualiti dan selamat dimakan;
iv)
Teknologi sama ada melalui pembangunan atau perolehan;
v)
Pembangunan pasaran yang intensif; dan
vi)
Sokongan kepada industri yang baik
Dengan penggunaan pembangunan berasaskan kelompok dalam kawasan zon yang dikenalpasti, sasaran pengeluaran adalah seperti berikut:
i)
Bagi produk perikanan, seperti ikan sejukbeku, filet, ikan diproses,
udang, kerang, makanan ternakan ikan dan rumpai laut sebanyak 731,000 tan
bernilai RM11 bilion menjelang 2010, (Jadual 9).
Selain daripada itu, sasaran bagi pengeluaran ikan hiasan sebanyak 800
juta ekor bernilai RM190 juta.
Jadual
9
Pengeluaran
Produk Perikanan Sasaran Tahun 2010
|
Pengeluaran |
Nilai
(RM Juta) |
Ikan Hiasan |
800
mil |
190 |
Benih |
21,000
mil |
449 |
Segar/Sejuk/Beku |
1
mil mt |
3,367 |
Filet |
20,400
mt |
612 |
Kering/masin |
36,700
mt |
184 |
Udang |
250,000
mt |
5,067 |
Kerang/SiputSudu/Tiram |
130,000
mt |
102 |
Pemprosesan
Hasil Ikan |
46,000
mt |
318 |
Makanan
Ikan |
100,000
mt |
330 |
Rumpai
Laut |
127,000
mt |
381 |
Jumlah |
|
11,000 |
ii)
Untuk pengeluaran berbagai-bagai jenis daging dan produk tenusu, sasaran
seperti yang ditunjukkan dalam jadual 10.
Jadual 10
Pengeluaran
Produk Ternakan – Sasaran Tahun 2010
|
Pengeluaran |
Nilai
(RM Juta) |
Ayam Pedaging |
1,128,000
mt |
4,636 |
Telur |
8,311
Juta |
1,579 |
Lembu/Kerbau |
38,400
mt |
529 |
Kambing/Biri-Biri |
2,020
mt |
37 |
Susu |
65
Juta liter |
88 |
Khinzir |
198,000
mt |
1,398 |
Produk
Daging |
607,000
mt |
6,007 |
Jumlah |
|
14,274 |
iii)
Sasaran untuk pengeluaran buah-buahan menjelang tahun 2010 adalah
sebanyak 3 juta tan metrik bernilai RM2.3 bilion.
Butir-butir terperinci adalah seperti ditujukkan dalam jadual 11.
Jadual 11
Pengeluaran
Buah-Buahan dan Produk Buah-Buahan, Sasaran
Tahun 2010
|
Pengeluaran (mt) |
Nilai
(RM Juta) |
Tembikai |
629,000 |
314 |
Belimbing |
130,000 |
260 |
Betik |
443,000 |
221 |
Durian |
375,000 |
375 |
Jambu
Batu/Jus |
119,000 |
164 |
Rambutan |
160,000 |
160 |
Pisang |
416,000 |
208 |
Mangga |
104,000 |
124 |
Nanas/canned |
423,000 |
106 |
Limau
Mandarin |
57,000 |
86 |
Roselle |
42,000 |
42 |
Nangka |
51,520 |
31 |
Lain-lain |
95,000 |
190 |
JUMLAH |
|
2,281 |
iv)
Sasaran untuk pengeluaran sayur-sayuran menjelang tahun 2010 adalah
sebanyak 1.19 juta tan metrik bernilai RM1.4 bilion.
Butir-butir terperinci adalah seperti ditujukkan dalam jadual 12.
Jadual
12
Pengeluaran Sayur-Sayuran Terpilih, Sasaran Tahun 2010
|
Pengeluaran
(mt) |
Nilai
(RM Juta) |
Cili |
115,000 |
230 |
Jagung
Manis |
90,000 |
180 |
Tomato |
114,000 |
182 |
Kacang
Bendi |
80,000 |
120 |
Sawi |
140,000 |
140 |
Kacang
Panjang |
100,000 |
100 |
Halia |
35,000 |
88 |
Timun |
150,000 |
90 |
Kacang
Buncis |
45,000 |
107 |
Kobis |
90,000 |
84 |
Ubi Kayu |
104,000 |
47 |
Sengkuang |
60,000 |
24 |
Keledek |
75,000 |
29 |
JUMLAH |
1,198,000 |
1,421 |
v)
Bagi beras, sebanyak kira-kira 2 juta tan pada tahun 2010 manakala bagi
lada hitam dan kelapa masing-masing, adalah dijangka pengeluaran boleh mencatat
tahap 30,000 tan dan 475,660 tan (Jadual 13).
Jadual
13
Pengeluaran
Tanaman Lain, Sasaran Tahun 2010
|
Pengeluaran
(mt) |
Nilai
(RM Juta) |
Beras |
2,049.000 |
3,155 |
Lada |
30,000 |
354 |
Kelapa |
475,660 |
143 |
Jumlah |
|
3,652 |
vi)
Bagi produk-produk seperti sos, mi, mihun, pasta dan makanan tambahan/Supplement
dengan jumlah nilai RM1,496 juta seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 14.
Jadual 14
Pengeluaran
Produk Makanan Proses Terpilih, Sasaran 2010
|
Pengeluaran
(mt) |
Nilai
(RM Juta) |
Sos |
272,450 |
520 |
Mi/Mihun/Pasta |
278,650 |
480 |
Makanan
Tambahan |
50,160 |
496 |
Jumlah |
|
1,496 |
25.
Meningkatkan Produktiviti dan Persaingan
Tindakan dalam pelaksanaan program-program pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta pelaksanaan projek-projek oleh pihak swasta melalui pendekatan pembangunan kelompok di kawasan zon yang telah dikenalpasti akan diselaraskan secara rapat untuk membantu pihak swasta mencapai elemen-elemen kelebihan persaingan berikut:
i) Kecepatan (speed) – untuk membawa produk pertanian terutamanya produk makanan lebih cepat ke pasaran;
ii) Kualiti – untuk meningkatkan daya saing produk pertanian Malaysia berasaskan kualiti;
iii) Fleksibiti – Untuk memperkukuhkan kebolehan syarikat-syarikat Malaysia bertindakbalas kepada perubahan-perubahan dalam pasaran, teknologi dan persaingan;
iv) Pengetahuan – untuk membolehkan syarikat-syarikat Malaysia memperolehi, mencipta dan menggunakan pengetahuan untuk pengeluaran produk makanan, dan
v) Rangkaian perhubungan – bagi membolehkan perkongsian bakat dan kekayaan intelektual melalui pembentukan perhubungan antara institusi penyelidikan dan pembangunan, institusi pengawalan dan syarikat swasta bagi mencapai elemen-elemen kelebihan persaingan seperti kecepatan, kualiti, fleksibiliti dan pengetahuan.
26.
Mempergiatkan Kecekapan Pemasaran
Untuk menggalakkan eksport bahan-bahan makanan tempatan pula, usaha seperti berikut akan dilaksanakan:
i) Misi perdagangan;
ii) Memperkukuhkan risikan pemasaran;
iii) Mewujudkan Mutual Recognition Agreements (MRA) dengan negara-negara pengimport bagi menangani masalah Sanitary And Phytosanitary Measures (SPS) atau Technical Barriers To trade (TBT);
iv) Menterai perjanjian kawasan perdagangan bebas (FTA); dan
v) Mengadakan strategic alliance dengan syarikat-syarikat terkenal dalam pengedaran bahan makanan.
Keupayaan pemasaran akan dipertingkatkan untuk memperkukuhkan pasaran yang sedia ada dan mencari pasaran baru. Pendekatan yang akan digunakan termasuklah peningkatan dan pembaikan penyelidikan dan analisis pasaran, menambahkan aktiviti-aktiviti promosi dan perbezaan produk melalui kualiti serta membangunkan jenama Malaysia.
Pasaran-pasaran yang menjadi tumpuan di luar negeri adalah seperti berikut:
i) China – fokus kepada buah-buahan tropika,
ii) Negara-negara OIC – makanan halal;
iii) Singapura – pengimport tradisional;
iv) Jepun – produk perikanan, udang, buah-buahan tropika
v) Hong Kong – buah-buahan tropika
vi) USA – ikan, udang, lada hitam;
vii) Netherlands - gateway to Europe; dan
viii) Australia –mempunyai bilangan penduduk Asia yang besar
27.
Menggalakkan Penglibatan dan Pelaburan Sektor Swasta
Bagi menggalakkan pelaburan swasta dalam sektor pertanian, usaha seperti berikut akan dilaksanakan:
i) Memberi khidmat konsultansi melalui Agri-Food Business Development Centre;
ii) Mengubahsuai insentif mengikut kehendak industri dan cluster;
iii) Mengadakan seminar pelaburan;
iv) Memudahkan kemudahan kewangan bagi pelabur; dan
v) Menggalakkan pembangunan industri cluster
28.
Meningkatkan Usaha Pemindahan Teknologi.
Bagi menyelesaikan masalah proses pengeluaran, tenaga buruh dan lain-lain faktor dalam pertanian dan bagi membangunkan industri-industri baru, peningkatan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan adalah perlu. Ia akan digalakkan dengan cara berikut;
i) Mengadakan pusat-pusat incubator bagi membolehkan pemindahan teknologi di samping mengkormersilkan penemuan-penemuan penyelidikan oleh sektor swasta; dan
ii) Tumpuan kepada produk dan industri baru
Bagi sesetengah teknologi, negara perlu memperolehinya dari luar negeri seperti China dan Belanda.
29.
Mempergiatkan Pembangunan Sumber Manusia
Pembangunan pertanian secara komersial berteknologi tinggi memerlukan banyak tenaga mahir dan profesional untuk memperkukuh dan memudahkan pembangunan produk serta mempelbagaikan pengeluaran. Peningkatan produktiviti pengeluar-pengeluar adalah juga penting dengan memudahkan penyerapan kemahiran-kemahiran dan teknologi baru. Usaha seperti berikut akan dilaksanakan:-
i) Mewujudkan Kolej Pertanian di Kedah;
ii) Membangunkan program-program latihan berpandu kepada kursus dan latihan di negara-negara maju seperti Belanda;
iii) Menyediakan program berdasarkan kepada NOSS; dan
iv) Meningkatkan taraf 40 institusi latihan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
30.
Mendapatkan Sumber-Sumber Bekalan Strategik.
Bagi industri yang memerlukan bahan-bahan mentah, usaha akan dilaksanakan bagi memperolehi sumber bekalan dari luar negeri terutamanya negeri yang mempunyai kos pengeluaran yang rendah. Umpamanya nanas dari Indonesia, kopi dari Indonesia atau Vietnam, lembu dari Myanmar atau Cambodia dan makanan ternakan dari negara-negara ASEAN.
31.
Pembangunan IKS
Usaha memajukan industri asas tani akan ditumpukan kepada pembangunan IKS untuk beberapa produk IKS yang telah dikenalpasti, iaitu sos-sos dan spread, snek, snek sejukbeku dan minuman. Produk ini akan dimajukan melalui aktiviti seperti berikut:-
i) Penjenamaan;
ii) Memperbaiki kualiti;
iii) Pembungkusan dan rekabentuk;
iv) Pengeluaran yang teratur; dan
v) Pengiklanan dan promosi yang agresif
32.
Meningkatkan kualiti.
Pada masa ini skim-skim akreditasi telah dilaksanakan dengan tujuan menggalakkan para pengeluar menghasilkan makanan yang berkualiti dan selamat dimakan. Skim-skim akreditasi ini menggalakkan para pengusaha pertanian mengamalkan Amalan Pertanian Baik (Good Agricultural Practices). Skim-skim akreditasi yang telah dan akan dilaksanakan adalah seperti berikut:-
i) Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM) untuk tanaman dilaksanakan pada tahun 2002;
ii) Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) untuk ternakan dilaksanakan pada tahun 2003;
iii) Veterinary Health Mark (VHM) untuk produk daging diproses dilaksanakan pada tahun 1988.
iv) Halal Food (MARDI QAS) dilaksanakan pada tahun 2003, dan
v) Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM)
Untuk mempromosikan produk-produk makanan yang dikeluarkan oleh ladang-ladang yang disahkan di bawah skim-skim akreditasi tersebut, FAMA juga telah melancarkan program Malaysia’s Best . Logo Malaysia's Best adalah sebagai pengiktirafan bahawa produk itu adalah berkualiti, “environmental-friendly” dan selamat dimakan selepas diperiksa oleh FAMA dari segi penggredan, pembungkusan dan pelabelan.
PENUTUP
33. Bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan, Kerajaan akan memperkukuhkan kemudahan dan “delivery system” supaya pembangunan sektor pertanian diterajui oleh sektor swasta. Ianya memerlukan kerjasama dari Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak swasta, supaya faktor-faktor kritikal untuk pengeluaran seperti tanah, lokasi, infrastruktur, logistik, produk berkualiti dan selamat, teknologi, pembangunan pasaran dan sokongan kepada industri dapat diorganisasikan secara fokus, teratur dan bersepadu. Pelan Tindakan BOT akan menggunakan pendekatan pembangunan berasaskan kelompok (cluster-based development) bagi meningkatkan pengeluaran bahan makanan untuk pasaran tempatan dan eksport. Pendekatan ini diharap dapat memberi sokongan kepada inisiatif pihak swasta termasuk petani, penternak dan nelayan mencapai elemen-elemen kelebihan persaingan seperti kecepatan, kualiti, fleksibiliti, pengetahuan dan rangkaian perhubungan.