UCAPAN
ALUAN Y. BHG. TAN SRI DATO’ SRI
KETUA
SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA
DI
SEMINAR PELAN IMBANGAN DAGANGAN BAGI INDUSTRI
PERTANIAN DAN MAKANAN (BOT)
PADA
1 OGOS 2005
DI
HOTEL MARRIOTT, PUTRAJAYA
Saudari
Pengacara Majlis;
YB.
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin,
Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
Y.B.
Dato Rohani Abdul Karim
Setiausaha
Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia,
Y.
Bhg. Datuk Dr. Saharan bin Hj. Anang
Ketua
Pengarah MARDI,
Yang
Berhormat-Yang Berhormat;
Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri,
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan,
Assalamualaikum
w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua.
MUKADIMAH
1.
Syukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana
dengan izinNya, kita dapat berjumpa untuk membincangkan usaha untuk
membangunkan dan meningkatkan pengeluaran makanan dalam sektor pertanian di
dalam Seminar Imbangan Dagangan Pertanian dan Makanan pada hari ini.
2.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan terima kasih kepada semua yang dapat melapangkan masa untuk
menghadiri Seminar hari ini, khususnya
usahawan dan pelabur tempatan. Ini adalah kerana Seminar ini bertujuan untuk
menerangkan perancangan dan hala tuju pembangunan
sektor pengeluaran makanan selaras dengan
Balance of Trade Plan 2010 dan The Cluster-based Development of
Agriculture and Agro-Industries.
HALATUJU
PEMBANGUNAN PERTANIAN
3.
Sektor pengeluaran makanan pertanian kini diberi
suntikan nafas baru supaya sektor yang berpotensi tetapi
agak ketinggalan dapat dibangunkan sebagai sumber pertumbuhan baru. Ini
merupakan peluang bagi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai
penggubal dasar dan agensi pelaksana untuk merangka
satu pelan tindakan untuk memajukan sektor ini sebagai
industri yang dinamik dan berdaya maju. Ini juga merupakan
satu peluang bagi usahawan dan pelabur tempatan
untuk mencari kekayaan dari sumber bumi hijau kita.
4.
Peluang ini akan diterjemahkan sebagai pelan
tindakan yang akan dilaksanakan dalam perancangan pembangunan 5 tahun
yang dibukukan sebagai Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). Perancangan
ini akan menggariskan dasar dan halatuju strategik baru dan
penyediaan program dan projek-projek khusus bagi
menyokong dasar dan halatuju tersebut selaras dengan
usaha ke arah memartabatkan sektor pengeluaran makanan pertanian sebagai
penjana pertumbuhan ekonomi negara.
5.
Perancangan jangka panjang kita telah digariskan di
dalam Balance of Trade Plan 2010 dan The Cluster-based
Development of Agriculture and Agro-Industries. Masalah
defisit dalam imbangan dagangan makanan menyebabkan pengaliran keluar
sumber kewangan negara untuk menampung kos mengimport barang-barang makanan.
Imbangan dagangan tahun 2004 menunjukkan imbangan defisit yang dicatatkan ialah
RM 6.6 bilion. Defisit tahun
2004 telah meningkatkan 53.4% berbanding dengan defisit tahun 2003 sebanyak RM 4.3 bilion. Statistik
awal imbangan dagangan bagi tempoh Januari – April 2005 menunjukkan negara
telah mencatatkan defisit sebanyak RM 2.6 bilion.
Mengikut unjuran Kementerian ini, imbangan dagangan sektor
makanan dijangka akan meningkat kepada RM 10.9 bilion pada tahun 2010 jika tiada campurtangan polisi (policy intervention) dilaksanakan untuk membendung pola imbangan
defisit yang kian meningkat ini.
6.
Balance of Trade Plan 2010 (BoT Plan) adalah satu
campurtangan polisi (policy intervention)
bagi meningkatkan jumlah dan nilai eksport keluaran pertanian untuk mengatasi
defisit tersebut. Di bawah BoT Plan
ini diunjurkan bahawa negara akan memperolehi imbangan perdagangan
makanan yang positif sebanyak RM 1.7 bilion pada tahun 2010. Walaupun sasarannya untuk
memperolehi imbangan positif agak ambitious,
saya rasa ia menjadi cabaran dan rangsangan yang akan mendorong semua pegawai
dan kakitangan Kementerian saya untuk
menggemblengkan tenaga dan kepakaran untuk mencetuskan pembaharuan dan ide-ide
inovatif bagi mencapai matlamat itu.
7.
Sebagai tindakan susulan bagi melengkapkan lagi pelaksanaan BoT Plan ini supaya ia mencapai sasaran yang diunjurkan, Kementerian
sedang merangka pelan mikro bagi beberapa pembangunan berasaskan cluster-based
seperti betik dan pemprosesan betik, ikan dan
pemprosesan ikan, ikan hiasan dan industri sokongan dan ternakan dan
pemprosesan daging ternakan.
8.
Saya ingin menegaskan bahawa pelaksanaan BoT
Plan ini adalah diterajui oleh sektor swasta (Private-sector driven) dan kejayaan BoT Plan ini bergantung kepada penglibatan agro-usahawan dan
pelabur-pelabur tempatan. Pelaburan yang dianggarkan ialah RM 26.03 bilion,
iaitu sebahagian besar daripada pelaburan pihak swasta sebanyak RM 20 bilion
manakala perbelanjaan Kerajaan adalah berjumlah RM 6.03 bilion. Pelaburan besar
ini adalah untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan logistik, melengkapkan
pengeluaran dan pemindahan teknologi, pembangunan
tenaga mahir dan aktiviti pengembangan dan misi
pelaburan dan pemasaran di luar negara bagi meningkatkan laluan pasaran.
9.
Justeru itu, perbelanjaan pembangunan yang
dirancangkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan
akan menumpukan kepada usaha ke arah menjayakan BoT
Plan dan pembangunan mikro secara cluster-based
bagi pertanian dan agro-industri. Strategi perbelanjaan
Rancangan Malaysia Kesembilan bertujuan untuk :
(a)
Mewujudkan iklim perniagaan yang menarik supaya usahawan dan
pelabur-pelabur menerajui transformasi pengeluaran makanan pertanian dan
industri asas tani dan menjadinya satu industri
yang maju, dinamik dan berdaya saing;
(b)
Melahirkan lebih ramai agro-entreprenuer
daripada kalangan petani, penternak dan nelayan serta
belia-belia;
(c)
Meningkatkan kemudahan sistem penyampaian dan khidmat sokongan termasuk
tahap kapasiti R&D tempatan;
(d)
Meningkatkan laluan pasaran di peringkat antarabangsa bagi menambahkan eksport hasil
pertanian negara; dan
(e)
Membangunkan bio-teknologi pertanian, industri tangkapan ikan laut dalam
dan rumpai laut serta industri
bukan makanan seperti bunga-bungaan dan ikan hiasan sebagai sumber pertumbuhan baru.
Y. B. Tan Sri, Dato’-Dato’,
Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan,
MENINGKATKAN LALUAN PASARAN
10.
Matlamat BoT Plan ialah meningkatkan jumlah dan
nilai
eksport keluaran pertanian untuk mengatasi defisit
imbangan perdagangan makanan negara. Strategi bagi menjayakan matlamat
ini ialah meningkatkan laluan pasaran. Bagi menjayakan usaha meningkatkan laluan
pasaran ini, kita perlu mematuhi piawaian kualiti dan keselamatan antarabangsa dan
menambahkan market share penjualan hasil dan produk pertanian negara.
11.
Di peringkat pasaran global, isu mengenai keluaran pertanian yang
berkualiti dan selamat untuk dimakan kini menjadi satu keperluan penting sebelum kita
boleh mengeksport hasil kita. Justeru kita perlu
memperkukuhkan kapasiti keupayaan dalam mematuhi
piawaian keselamatan makanan dan kualiti antarabangsa
supaya pengeluaran makanan pertanian negara dapat
menerokai pasaran negara maju dan negara-negara
pengimport lain. Piawaian-piawaian
yang ditetapkan oleh CODEX Alimentarius Commission, Hazard Analysis And
Critical Control Point (HACCP) dan Euro
Retailer Working
Group
Good Agriculture Practice (EUROGAP) yang mengenakan syarat-syarat yang ketat
perlu diamalkan bagi menjamin kemasukan produk kepada negara pengimport.
12.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah melaksanakan beberapa
program untuk meningkatkan kualiti dan keselamatan makanan di peringkat ladang.
Program Amalan Pertanian Yang Baik dan Amalan Penternakan Haiwan Yang
Baik serta Skim Pensijilan Ladang seperti Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM), Skim Organik
Malaysia (SOM), Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT),
Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM).
Di samping itu,
kita juga melaksanakan Skim Pensijilan Pemprosesan seperti Skim Veterinary Health Mark (VHM), Quality Assurance Standard (QAS),
serta juga Hazard Analysis and Critrical
Control Point (HACCP) bagi pemprosesan hiliran dan perkilangan produk-produk
pertanian.
13.
Kita juga mempunyai strategi penjenamaan (branding)
melalui Malaysia’s Best. Penjenamaan
Malaysia’s Best merupakan satu
kepastian kualiti (quality
assurance) kepada pengguna-pengguna tempatan dan luar negara bahawa keluaran
yang mempunyai logo Malaysia’s Best
ini adalah berkualiti dan selamat. Di peringkat pasaran antarabangsa pula,
Malaysia’s
Best mengesahkan bahawa keluaran pertanian negara telah memenuhi
syarat-syarat bagi kemasukan pasaran yang ditetapkan oleh pengimport dan pengguna.
PENUTUP
18.
Dengan
kata-kata ini, saya berkeyakinan penuh bahawa perjumpaan kita pada kali ini dapat menjana
ide-ide dan pembaharuan serta komitmen jitu bagi
menjayakan usaha kita untuk memajukan sektor pengeluaran makanan dalam
sektor pertanian negara.
Terima kasih. Assalamualaikum
Warahmatulahiwabarakatuh.