PEMBIAYAAN
DI BAWAH DPN3:
Oleh:
Abd Rahaman Rasid
Bank
Pertanian Malaysia
1.
PENDAHULUAN
Kertas
ini membentangkan senario pembiayaan pertanian di negara ini, peranan BPM yang
telah dimainkan semasa DPN3 dan cabaran serta peluang pembiayaan pertanian yang
di tahun-tahun akan datang.
2.
PEMBIAYAAN SEKTOR PETANIAN
2.1 Pembiaya Sektor Pertanian
Mengikut
Bank Negara Malaysia (BNM), empat badan yang membiayai sektor pertanian ialah
sistem perbankan, agensi pembangunan, institut kredit luar bandar, dan
pertubuhan & koperasi. Berdasarkan baki pada Disember 2000,
institusi-institusi ini membiayai RM14.3 bilion bagi aktiviti pertanian,
perhutanan, penternakan dan perikanan. Baki pembiayaan oleh institusi di atas
adalah seperti dalam Jadual 1.
Institusi
Penyalur Kredit Pertanian |
RM
Bilion |
%
Syer |
Sistem
Perbankan
|
12.0 |
84% |
Bank Perdagangan |
10.0 |
70% |
Syarikat Kewangan |
0.8 |
6% |
Bank Saudagar |
1.2 |
8% |
Sabah Development Bank
|
0.1 |
0.7% |
Institut
Kredit Luar Bandar
|
2.2 |
15% |
Bank Pertanian |
2.1 |
14.7% |
Bank Rakyat |
0.1 |
0.3% |
Pertubuhan,
syarikat kerjasama dan Koperasi Peladang |
0.1 |
0.3% |
Jumlah
Pembiayaan |
14.3 |
100% |
Sumber: Bank Negara Malaysia, Laporan Tahunan 2000
Bank Pertanian Malaysia, Laporan Tahunan 2000.
Sistem
perbankan adalah pembiaya utama sektor pertanian dengan jumlah syer 84% yang
bernilai RM12 bilion dan diikuti oleh institusi kredit luar bandar, 15%. Dari
sudut institusi, Bank Pertanian menguasai 14.7% syer kredit pertanian yang
bernilai RM2.1 bilion pada akhir 2000.
Pembiayaan pertanian oleh sistem perbankan masih rendah di mana pembiayaan sektor tersebut adalah 2.6% daripada jumlah pembiayaan sistem perbankan yang sebanyak RM454.2 bilion (Jadual 2)
Pembiayaan
Mengikut Sektor |
RM
bilion |
%
syer |
Pembiayaan
pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan |
12.0 |
2.6 |
Jumlah
Pembiayaan Sektor Perbankan |
454.2 |
100.0 |
Sumber: Bank Negara Malaysia,
Laporan Tahunan 2000.
2.2
Nisbah Pembiayaan-KDNK
Jika
diukur dalam konteks KDNK, pembiayaan sektor pertanian juga rendah. Berdasarkan
baki pembiayaan sektor pertanian RM14.3 bilion dan KDNK pertanian adalah RM18.2
bilion pada 2000, nisbah pembiayaan pertanian kepada KDNK pertanian adalah 0.8.
Pencapaian ini rendah berbanding dengan nisbah jumlah pembiayaan sistem
perbankan kepada jumlah KDNK, iaitu 2.2. (Jumlah pembiayaan: RM454.2 bilion,
KDNK:RM209 bilion)
2.3 Faktor Sistem Perbankan Kurang Membiayai Sektor Pertanian
Mengapa
sistem perbankan kurang menyalurkan pinjaman kepada sektor pertanian? Soalan ini
layak dijelaskan oleh Bank Negara selaku regulator sistem perbankan. Sungguhpuh
begitu, ada beberapa faktor yang dijangka mendorong kepada keadaan ini.
(i)
Risiko Pertanian
Pembiayaan
sektor pertanian dianggap lebih berisiko berbanding pembiayaan harta benda,
perkilangan, kredit penggunaan, kenderaan dan pengangkutan. Sektor pertanian
berhadapan dengan benda hidup, bernyawa dan terdedah kepada jangkitan penyakit,
kemarau, tanah runtuh dan penyakit. Ada risiko ini sukar diramalkan dan
kadang-kadang sukar dikawal.
(ii)
Pemadanan (matching) Sumber dengan Pembiayaan
Kecuali
Tabung-Tabung Kerajaan seperti Tabung Untuk Makanan yang mempunyai tempoh matang
8 tahun, sebahagian besar sumber dana sistem perbankan adalah bersifat jangka
pendek sedangkan kebanyakan aktiviti pertanian bersifat jangka sederhana dan
berjangkapanjang. Secara relatif, sistem perbankan lebih berminat membiayai
aktiviti yang mempunyai tempoh pinjaman yang lebih pendek supaya dipadankan
dengan tempoh sumber dana berjangka pendek.
(iii)
Kekurangan Kepakaran
Sistem
perbankan membiayai semua jenis aktiviti ekonomi berbanding Bank Pertanian yang
membiayai sektor pertanian sahaja. Oleh itu, secara relatif sistem perbankan
mempunyai kurang kepakaran dan pengalaman dalam menilai dan mempertimbangkan
pinjaman pertanian berbanding dengan BPM. BPM sendiri ada menerima permohonan
pinjaman pelanggan bank-bank lain kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan
dalam menilai projek pertanian tertentu.
(iv)
Pertanian Bukanlah Sektor yang Diutamakan
Dari
sudut sistem perbankan, pertanian bukanlah sektor yang diutamakan. Tidak ada
pembiayaan minimum atau maksimum bagi sektor pertanian yang dikenakan oleh Bank
Negara kepada sistem perbankan.
3. PERANAN BPM
3.1
Latar Belakang Penubuhan
Bank
Pertanian Malaysia (BPM) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 1969
di bawah Akta Parlimen 1969. Sejarah penubuhan BPM adalah ekoran daripada
resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Kedua yang mengesyorkan agar Kerajaan
menubuhkan sebuah institusi kewangan, khusus memberi kemudahan pinjaman untuk
sektor pertanian.
Syor
ini diutarakan kerana pada tahun 60-an ramai petani dan nelayan yang
kebanyakannya Melayu tertekan oleh cengkeman orang tengah yang menyediakan modal
pertanian. Bank perdagangan pula kurang berminat membiayai aktiviti pertanian
kerana kebanyakannya dikerja secara kecil dan tidak ekonomik. Kegagalan
menyediakan cagaran oleh petani tambah menyukarkan mereka mendapatkan pinjaman
dari bank perdagangan.
Idea
menubuhkan sebuah "bank pertanian" menjadi kenyataan pada akhir tahun
60-an apabila Kerajaan memutuskan bagi memajukan projek tanaman padi di
Pengairan MUDA. Kos pembinaan infrastruktur Pengairan Muda dibiayai oleh
pinjaman Bank Dunia dan di dalam perjanjian pinjaman, Bank Dunia mensyaratkan
supaya Kerajaan Malaysia menubuhkan sebuah badan bagi mengendalikan kredit
pusingan pengeluaran padi di kalangan penanam padi.
3.2
Objektif Penubuhan
Mengikut
Akta BPM 1969, Objektif penubuhan BPM adalah seperti berikut:
(i)
Menggalakkan kemajuan pertanian yang sempurna di dalam Malaysia atau di
mana-mana bahagiannya;
(ii) Menyelaras
dan menyelia bantuan kredit dari kumpulan wang awam untuk maksud pertanian
kepada orang perseorangan, kumpulan orang samada diperbadankan atau tidak;
(iii) Mengadakan kemudahan pinjaman, pendahuluan dan kredit untuk kemajuan pertanian termasuk penghasilan dan pemasaran;
Setelah beroperasi selama 30 tahun, BPM
dianggap sebagai pembiaya utama sektor pertanian. Ini berdasarkan syer baki
pembiayaan oleh BPM sebanyak 15% pada akhir 2000, iaitu setelah mengambil kira
ada 70 bank perdagangan, syarikat kewangan dan bank saudagar sebelum
penggabungan mereka kepada 10 kumpulan bank utama. Sumbangan BPM ini sungguh
bermakna kerana lebih 60% penerima pinjaman adalah pengusaha kecil dan sederhana
yang mengerjakan aktibiti pertanian yang umumnya tidak berpeluang memperolehi
kemudahan pinjaman daripada institusi perbankan komersil.
BANK
PERTANIAN MALAYSIA
Kelulusan
Pinjaman 1996-2000
Komoditi
(RM Juta) |
96 |
97 |
98 |
99 |
2000 |
Padi |
28.8 |
26.0 |
12.6 |
23.1 |
22.4 |
Tembakau |
218.2 |
430.3 |
18.2 |
4.2 |
2.4 |
Getah |
17.7 |
15.1 |
0.3 |
1.6 |
4.3 |
Kelapa |
0.6 |
0.8 |
0.1 |
0.2 |
0.4 |
Koko |
2.8 |
1.8 |
1.8 |
1.9 |
2.0 |
Buah-Buahan |
24.2 |
18.8 |
3.2 |
7.5 |
12.8 |
Sayur-sayuran |
7.9 |
6.6 |
7.3 |
6.1 |
13.3 |
Perikanan
Laut |
6.8 |
8.8 |
1.8 |
3.8 |
18.2 |
Akuakultur |
213.3 |
3.3 |
7.6 |
14.3 |
15.6 |
Ikan
Hiasan |
0.8 |
0.7 |
0.0 |
0.0 |
0.2 |
Lembu
Daging/Susu |
11.8 |
7.9 |
12.1 |
25.2 |
15.4 |
Ayam
Daging |
61.8 |
53.2 |
31.1 |
19.8 |
33.4 |
Ternakan
Lain |
5.0 |
4.8 |
0.9 |
3.4 |
5.5 |
Rempah-Ratus |
0.4 |
0.4 |
0.1 |
0.2 |
0.6 |
Kelapa
Sawit |
145.0 |
167.2 |
22.8 |
117.9 |
124.8 |
Tanaman
Bukan Makanan Lain |
715.1 |
109.8 |
22.7 |
32.8 |
23.0 |
Tanaman
Makanan Lain |
14.6 |
7.6 |
301.3 |
4.9 |
4.8 |
Perhutanan |
14.6 |
2.8 |
2.1 |
0.4 |
101.8 |
Lain-lain |
106.5 |
94.1 |
48.6 |
59.2 |
24.8 |
Jumlah |
1,595.9 |
960.0 |
494.6 |
326.5 |
425.7 |
Sumber:
Bank Pertanian Malaysia
3.4
Pembiaya Pengeluaran Makanan
Isu
kenaikan harga barangan makanan utama seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran terus
dibincangkan sehingga ke hari ini. Kenaikan harga makanan ini adalah berpunca
antaranya kekurangan aktiviti pengeluaran makanan dalam negeri serta kenaikan
kos makanan yang diimport. Bagi menggalakkan pelaburan dalam sektor makanan,
pada tahun 1993, Kerajaan melalui Bank Negara memperkenalkan Tabung Untuk
Makanan (TUM).
Tabung
ini menyediakan dana pinjaman kepada pengeluar makanan tempatan dengan kadar
faedah pinjaman 3.75%. Sehingga kini, sejumlah RM 1,300 juta telah diperuntukkan
oleh Bank Negara di bawah Tabung ini. Kemudahan pinjaman ini ditawarkan oleh
semua bank perdagangan, syarikat kewangan, Bank Islam, Bank Industri dan Bank
Pembangunan. Mulai 15 Julai 2001 pinjaman ini ditawarkan Bank Pertanian sahaja.
Bank
Pertanian telah memainkan peranan yang besar dalam menjayakan Tabung Untuk
Makanan. Sehingga Jun 2001, BPM telah meluluskan 3,636 pinjaman bernilai
RM544.09 juta berbanding dengan 4,763 pinjaman bernilai RM978.07 juta, iaitu
jumlah kelulusan keseluruhan Tabung ini (Jadual 4). Ini bererti syer BPM dari
segi bilangan dan nilai kelulusan adalah masing-masing 76% dan 56% daripada
jumlah kelulusan Tabung.
Jadual 4
Pembiayaan Tabung Untuk
Makanan
Jumlah Kelulusan Pinjaman
Sehingga 30 Jun 2001*
|
Bank
Pertanian (RM
Juta) |
Sistem
Perbankan |
Syer
BPM (RM
Juta) |
Penanaman
|
143.62 |
244.21 |
59% |
Penternakan |
277.83 |
495.70 |
56% |
Pemprosesan |
12.42 |
41.82 |
30% |
Perikanan |
106.25 |
186.56 |
57% |
Pemasaran
& Pengedaran |
2.88 |
8.69 |
33% |
Bioteknologi |
1.09 |
1.09 |
100% |
Jumlah |
544.09 |
978.07 |
56% |
Sumber:
Bank Negara Malaysia
Bank
Pertanian Malaysia
Nota: (*) Kelulusan terkumpul sejak Tabung ini dilancarkan pada tahun 1993.
3.5
Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana
Dana bagi pinjaman ini telah dilancarkan oleh Bank Negara pada Januari 1998. Objektif dana ini adalah untuk meningkatkan pengeluaran dalam sektor pembuatan, industri berasaskan pertanian dan industri khidmat sokongan. Sehingga kini peruntukan dana yang disediakan oleh BNM adalah RM2.25 bilion. Kemudahan ini ditawarkan oleh kebanyakan bank tempatan, Bank Pertanian, Bank Industri, Bank Pembangunan dan MIDF.
Bagi BPM, kemudahan pinjaman ini adalah untuk membiayai projek yang berasaskan pertanian sahaja. Sejak Tabung ini dilancarkan pada Januari 1998 dan ‘ditutup’ pada 3 April 2000 (lebih dikenali sebagai TIKS1) BPM telah meluluskan RM158.4 juta kepada 183 peminjam.
Pada
15 April 2000 TIKS2 dilancarkan dan ia dikendalikan oleh Credit Guarantee
Corporation (CGC). Bagaimanapun, BPM ‘tidak menyertai’ pakej ini disebabkan
oleh industri berasaskan pertanian (agrobased industry) telah dikeluarkan
daripada skop pembiayaan TIKS2.
Sungguhpun
begitu, dalam Rancangan Malaysia Kelapan, Kerajaan telah meluluskan peruntukan
RM68.8 juta bagi membolehkan BPM melaksanakan program pembiayaan IKS nya sendiri.
3.6
Skim Pembiayaan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (Skim
MPPB)
Dalam
Rancangan Malaysia Ketujuh dan Rancangan Malaysia Kelapan, BPM melibatkan diri
dalam membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB).
Kemudahan pinjaman disediakan kepada usahawan Bumiputera bagi memajukan syarikat
dan peniagaan mereka yang berasaskan pertanian.
Sehingga
Jun 2001, sebanyak RM15.8 juta telah diluluskan di bawah Skim ini kepada 103
pelanggan (Peruntukan Rancangan Malaysia Ketujuh adalah RM15 juta). Di bawah
Rancangan Malaysia Kelapan, BPM mendapat peruntukan MPPB sebanyak RM33 juta.
3.7
Skim Pembiayaan Mekanisasi dan Automasi Pertanian (Skim
MAP)
Skim
Pembiayaan Mekanisasi dan Automasi Pertanian (Skim MAP) telah disediakan dalam
Rancangan Malaysia Ketujuh dan Rancangan Malaysia yang menyediakan kemudahan
pinjaman bagi pembelian jentera, mesin dan alat automasi bagi meningkatkan
produkviti sektor pertanian.
Kemudahan
pembiayaan MAP diharapkan dapat membantu negara dalam usaha memodenkan sektor
pertanian serta sebagai strategi bagi mengatasi masalah kekurangan buruh dalam
sektor pertanian. Peruntukan Rancangan Malaysia Ketujuh untuk Skim MAP adalah
RM5 juta dan sehingga Jun 2001 BPM telah meluluskan pinjaman sebanyak RM6.8 juta
kepada 32 pelanggan.
Program
pembiayaan MAP diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kelapan dimana dana yang
disediakan oleh Kerajaan adalah RM17.9 juta.
3.8 Pinjaman Komersil BPM
Disamping
kemudahan pembiayaan dari peruntukan Kerajaan dan Bank Negara, BPM menyediakan
pinjaman komersil yang dibiayai oleh deposit pasaran. Kemudahan ini membiayai
aktiviti pertanian komesil seperti bank perdagangan lain di mana kadar faedah
pinjaman akan ditentukan oleh kos dana semasa.
Pinjaman
komersil membiayai semua jenis projek asalkan ia berkaitan dengan aktiviti
pertanian iaitu penanaman, perikanan dan penternakan serta ia merangkumi
aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pembuatan dan pemasaran keluaran pertanian.
4. CABARAN DAN PELUANG
Cabaran
dan peluang dalam pembiayaan pertanian berkait secara langsung dengan cabaran
ekonomi yang dihadapi oleh negara, umpamanya perkembangan antarabangsa seperti
komitmen Malaysia terhadap Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA); kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) di samping faktor dalam negeri seperti strategi pengukuhan ekonomi, dasar
fiskal dan kewangan, penggalakan pelaburan swasta, pengukuhan sistem kewangan
dan imbangan luar.
4.1
Sasaran KDNK Pertanian
Antara
teras agenda ekonomi di bawah Dasar Wawasan Negara (DWN) adalah “menggalakkan
lagi pertumbuhan sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian”.
Sektor
pertanian diunjur mengalami pertumbuhan pesat, iaitu dari hanya mengalami
pertumbuhan kecil 0.5% semasa RRJP2 kepada 3.5% setahun semasa RRJP3. KDNK
pertanian pada tahun 2010 dijangkakan hampir RM26 bilion (Jadual 5)
Jadual
5
KDNK
Pertanian Semasa RRJP2 dan RRJP3:
Pencapaian
dan Sasaran
KDNK |
Sasaran |
Sebenar |
Pertumbuhan
KDNK RRJP2 |
7.0% |
7.0% |
Pertumbuhan
KDNK Pertanian RRJP2 |
3.5% |
0.5% |
KDNK
2000 |
|
RM209.3bil. |
KDNK
Pertanian:2000 |
|
RM18.2bil. |
Pertumbuhan
KDNK RRJP3 |
7.5% |
|
Pertumbuhan
KDNK Pertanian RRJP3 |
3.5% |
|
KDNK
Pertanian RRJP3 |
25.7
bil.* |
|
Sumber:
RRJP3 & Rancangan
Malaysia Kelapan
Nota:
(*) Berdasarkan 3.5% pertumbuhan (harga 1987)
4.2
Pembiayaan Sektor Pertanian 2001-2010
Peranan sistem perbankan dan BPM adalah menyediakan dana yang mencukupi bagi membiayai aktiviti pertanian.
Berdasarkan
nisbah pembiayaan pertanian/KDNK pertanian adalah 0.8, baki pembiayaan tahunan
kredit pertanian dijangka meningkat daripada RM14.3 bilion pada 2000 kepada
RM20.6 bilion pada 2010 (rujuk Jadual 6).
Jadual
6
Unjuran KDNK Pertanian dan Pembiayaan Pertanian
|
2000 |
2010 |
Pertumbuhan |
KDNK
Pertanian |
RM18.2
bilion |
RM25.7
bilion |
3.5% |
Nisbah
Pembiayaan/KDNK Pertanian |
Sebenar:
0.8:1 |
Katakan 0.8:1 |
|
Pembiayaan
Pertanian (baki) |
RM14.3
bilion |
RM20.6
bilion |
3.7% |
Satu
lagi teras agenda ekonomi di bawah Dasar Wawasan Negara adalah “mengurangkan
kandungan import dan meningkatkan terimaan perkhidmatan bagi mengekalkan akaun
imbangan pembayaran yang stabil”.
Setakat
ini, objektif DPN bagi mengurangkan import makanan belum tercapai sepenuhnya.
Defisit dagangan bagi makanan dijangka terus melebar daripada RM6.4 bilion pada
tahun 2000 kepada RM12.6 bilion pada tahun 2005 (Jadual 7).
|
1995 |
2000 |
2005 |
Eksport
(RM bil.) |
4.5 |
6.6 |
9.3 |
Import
(RM bil.) |
7.8 |
13.0 |
21.9 |
Surplus/(Defisit) |
(3.3) |
(6.4) |
(12.6) |
Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan
Bagi
meningkatkan pengeluaran makanan, Tabung Untuk Makanan dijangka terus disediakan
di tahun-tahun akan datang bagi membolehkan pelaburan dalam sektor makanan
dibiayai dengan kos yang kompetitif. Kadar faedah pinjaman semasa 3.75% dengan
tebaran 3.5% yang diperolehi oleh institusi kewangan adalah tawaran yang menarik
untuk kedua-dua pihak.
5.
PELAN INDUK SEKTOR KEWANGAN (PISK)
PISK dilancarkan pada bulan Mac 2001 dan ia adalah pelan yang berkaitan dengan hala tuju sistem kewangan bagi tempoh 10 tahun akan datang serta menggariskan strategi bagi mencapai sebuah sistem kewangan yang berbagai, berkesan efisien dan berdaya tahan.
5.1
Cabaran dan Peluang
Saranan-saranan
(recommendation) utama dalam PISK yang berkaitan dengan pertanian dan institusi
kewangan adalah cabaran dan peluang dalam pembangunan pertanian negara masa
depan. Antara saranannya adalah seperti berikut:
Mentakrifkan
dengan jelas tumpuan strategik dan peranan IKP (Institusi
Kewangan Pembangunan)(DFI)
IKP
adalah pelengkap kepada kemudahan yang ditawarkan oleh sistem perbankan.
Cadangan PISK adalah:
IKP tidak harus
melibatkan diri dalam sektor yang sudah matang dan mudah mendapatkan
pembiayaan daripada sistem perbankan.
IKP memenuhkan
matlamat sosio-ekonomi dan pembangunan yang ditetapkan oleh Kerajaan.
IKP harus
menyalurkan kredit dalam bidang keutamaan dan bidang baru yang dikenal pasti
oleh Kerajaan.
IKP harus menyediakan kredit di mana sistem perbankan tidak mempunyai kepakaran dalam menilai teknologi pertanian yang kompleks.
IKP harus
menyediakan kredit dimana peminjam akan mengambil risiko niaga yang tinggi.
Ia tidak sepatutnya dibiayai daripada dana pendeposit.
IKP harus
menyediakan kredit bagi pembiayaan jangka panjang yang biasanya tidak
disediakan oleh institusi perbankan.
Sebagai institusi
khusus (specialised institution), IKP perlu menambahkan produk dan
perkhidmatan yang inovatif bagi menjana pertumbuhan yang berterusan dalam
bidang yang dikhususkan. Penekanan harus diberikan dalam meningkatkan
bantuan perkhidmatan nasihat, bantuan rundingan dan teknikal yang disokong
dengan keupayaan penyelidikan.
Saranan
2:
Meningkatkan
keupayaan institusi dan struktur operasi
Bagi
mencapai objektif dan menempuh cabaran, kecekapan dan
keupayaan operasi perlu
diperkukuhkan dan diperbaiki dengan mengambil langkah berikut:
Menyediakan polisi
dan prosedur operasi yang komprehensif. Polisi pembiayaan hendaklah
mempastikan pinjaman dan pelaburan disediakan dengan kajian daya maju,
penilaian kredit dan risiko yang baik.
Menangani risiko
kredit dengan sewajarnya. Sistem pengurusan risiko yang komprehensif
hendaklah diujudkan bagi mengenal pasti, mengukur, memantau dan mengawal
risiko.
Saranan 3:
Memperkenalkan
rangka kerja sistematik untuk sumber dana
Satu
rangka kerja hendaklah diperkenalkan bagi mempastikan IKP mempunyai dana operasi
yang mencukupi. Rangka kerja perlu mengambil kira faktor berikut:
Dana Kerajaan untuk
program pembangunan dan sosial akan diperuntukkan dalam belanjawan tahunan
Kerajaan.
Sokongan Kerajaan
diperlukan dalam memudahkan IKP mendapatkan dana daripada pasaran modal bagi
tujuan berian pinjaman.
IKP digalakkan
mendapatkan dana daripada pasaran modal bagi aktiviti berian pinjaman.
Saranan
4:
Menubuhkan
sebuah pusat serenti (one-stop) bagi penyelidikan dan pembangunan sektor
pertanian dan pangkalan maklumat yang menyeluruh dan bersepadu.
Pusat ini bagi
membantu institusi perbankan dalam menilai risiko pembiayaan pertanian. Ia
juga berguna kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti pertanian.
Pengkalan data harus mempunyai maklumat terkini dan relevan dengan sektor
pertanian.
Bagi mempercepatkan
pemprosesan pinjaman, pusat serenti perlu mengeluarkan pengesahan berhubung
daya maju projek sebelum seseorang pemohon mengemukakan permohonan pinjaman
kepada institusi perbankan.
Saranan
5
Membangunkan
program latihan secara teratur dan sistematik kepada peminjam
Peminjam
yang berjaya mendapatkan pembiayaan, terutama peminjam berskala kecil dimestikan
menjalani program latihan khusus. Ini bagi mempastikan peserta berjaya dalam
lapangan pertanian yang diceburi.
Saranan
6
Menubuhkan
mekanisme pengagihan risiko yang akan dapat mengurangkan risiko institusi
kewangan, dan dalam masa yang sama mengurangkan kos pinjaman melalui skim
jaminan dan perlindungan insurans.
Menubuhkan
agensi yang menyediakan jaminan
·
Peranan Bank Pertanian akan
diperluaskan bagi menyediakan kemudahan jaminan ke atas pinjaman pertanian
daripada institusi perbankan lain. Ini berdasarkan kepada kepakaran, pengalaman
BPM dan rangkaian cawangan yang banyak.
·
Struktur pemegangan saham BPM
perlu disusun semula bagi merangkumi institusi kewangan lain, iaitu seperti
struktur pemegang saham Syarikat Jaminan Kredit Malaysia (CGIC).
·
BPM harus juga menyediakan
pelbagai khidmat nasihat seperti pemasaran, pengedaran dan mengenal pasti
pasaran baru aktiviti pertanian.
Saranan
7
Mempelbagai
skim perlindungan insurans
Produk
insurans perlu dipelbagaikan bagi memenuhi kehendak subsektor pertanian. Khidmat
pakar runding diperlukan memandangkan negara kekurangan pengalaman, kepakaran
dan pengetahuan dalam ‘underwriting’ risiko pertanian dan dalam menentukan
harga dan premium perlindungan insurans.
5.2 Peranan Strategik Bank Pertanian
Di
bawah PISK, BPM dijangka akan memainkan peranan yang berkesan dalam konteks
pembiayaan pertanian. Saranan-saranan dalam Pelan di atas dijangka dapat
dilaksanakan secara berkesan apabila BPM dikorporatkan. Ini kerana Akta Bank
Pertanian 1969 yang digubal 30 tahun dahulu tidak lagi berupaya menarajui BPM
dalam era kemajuan kewangan dan perbankan moden, pembangunan pasaran modal,
pembangunan pantas IT dan cabaran globalisasi & liberalisasi.
Dengan
pengkorporatan BPM, beberapa perkara fundamental diselesaikan dahulu sebelum
melaksanakan saranan-saranan dalam PISK. Antara perkara fundamental adalah:
Skop aktiviti
perbankan dan kewangan yang komprehensif
Skop dan bidang
kuasa Lembaga Pengarah dan Pengurusan yang lebih jelas dan telus
Struktur pegangan
ekuiti dan kebolehan menambahkan modal dan sumber dana lain
Penyertaan dalam
pasaran wang, ekuiti, hutang swasta dan derivatif
Penyertaan dalam
industri insurans dan unit amanah
Pengambilan dan
pengurusan staf dan mengujudkan sistem ganjaran yang lebih berkesan.
6.
PENILAIAN
Visi
BPM adalah untuk menjadi pembiaya utama dalam sektor pertanian di samping
menyediakan kemudahan perbankan dan kewangan yang komprehensif yang dapat
memenuhi kehendak pelanggan.
Strategi
operasi BPM akan berpandu kepada dasar-dasar ekonomi, pertanian dan kewangan
semasa. Dalam konteks pertanian, peranan utama BPM adalah menyediakan dana
pinjaman bagi membiayai aktiviti yang dapat menggerakkan pertumbuhan ekonomi,
menggalakkan pengeluaran makanan, memajukan industri kecil dan sederhana
pertanian, dan meningkatkan penggunaan teknologi pertanian terkini.
Globalisasi dan Liberalisasi
Selari
dengan era dan tekanan globalisasi dan liberalisasi perdagangan dan kewangan,
fokus strategi BPM adalah meningkatkan kecekapan organisasi dari segi
peningkatan produktiviti, kualiti dan kecekapan kos supaya ia terus dapat
bersaing dengan institusi kewangan yang cekap.
Dalam
konteks perniagaan, strategi BPM adalah menyediakan kemudahan kewangan dengan
kos yang kompetitif supaya keluaran pertanian dapat dihasilkan dengan kos yang
kompetitif. Dengan ini ledakan kemasukan barangan pertanian luar kesan daripada
proses liberalisasi perdagangan dapat diminimumkan.
Dana jangka panjang
Dengan
pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan dan pengkorporatan BPM, Kerajaan
dijangka akan memberi sokongan padu kepada BPM terutamanya menyediakan dana
jangkapanjang dengan kos yang kompetitif seperti Tabung Untuk Makanan dan Tabung
IKS. Dana seperti ini telah terbukti berkesan dalam menjayakan dasar dan
strategi Kerajaan seperti meningkatkan pengeluaran makanan, menggalakkan
pembangunan IKS, membangunkan masyarakat dan perindustrian Bumiputera,
menggalakkan mekanisasi dan automasi pertanian.
Sungguhpun
BPM akan memainkan peranan utama dalam sektor pertanian, sistem perbankan harus
membantu dalam memajukan sektor pertanian negara. Dengan KDNK pertanian yang
dianggarkan RM26 bilion pada 2010 (pertumbuhan 3.5%), baki pembiayaan oleh
institusi kewangan dijangkakan hampir RM21 bilion (pertumbuhan 3.7%) pada 2010.
Syer
pembiayaan pertanian sistem perbankan adalah kecil iaitu hanya 2.6% daripada
jumlah pembiayaan mereka. Kerajaan harus menjadikan pertanian sebagai sektor
utama dan mensyaratkan pembiayaan minimum untuk sektor pertanian, umpamanya, 5%
daripada jumlah baki pembiayaan.
Strategi
ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan pembiayaan sektor pertanian tetapi juga
risiko pembiayaan pertanian dapat diagihkan kepada semua institusi kewangan.
Pertanian
diistilah sebagai injin pertumbuhan ekonomi selepas ini dan dijangka berkembang
pada kadar 3.5% setahun semasa RRJP3 berbanding pencapaian sebenar 0.5% semasa
RRJP2. Pencapaian DPN3 sehingga kini memerlukan post-mortem. Kelemahannya harus
dikenalpasti. Strategi lepas perlu disemak. Perkembangan semasa, seperti
pembangunan ICT, K-Ekonomi dan Pelan Induk Sektor Kewangan harus mempunyai topik
sendiri dalam DPN tanpa melupakan ancaman dan ledakan globalisasi dan
liberalisasi.
Bank
Pertanian Malaysia
Kuala
Lumpur
Julai,
2001