PELUANG PEMBIAYAAN DALAM SEKTOR MAKANAN
Oleh:
Abd Rahaman Rasid
Bank
Pertanian Malaysia
1.
PENDAHULUAN
Terlebih
dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran
Malaysia yang menganjurkan Persidangan Tahunan MANCID Ke-8 kerana memberi
peluang kepada Bank Pertanian Malaysia membentangkan kertas kerja yang bertajuk
"Peluang Pembiayaan Dalam Sektor Makanan".
Kandungan Kertas ini selari dengan tema persidangan, iaitu
‘peluang-peluang dalam pertanian.
2.
MASA DEPAN SEKTOR PERTANIAN DAN MAKANAN
2.1
Latarbelakang
Apabila
membincangkan sektor makanan ia tidak lari daripada membincangkan sektor
pertanian dan ekonomi negara. Sumbangan sektor pertanian kepada jumlah ekonomi (Keluaran
Dalam Negara Kasar, KDNK) pada tahun 2000 dijangkakan 12.8% dan 12.6% pada tahun
2005 (Jadual 2). Sektor pertanian akan terus berkembang sekurang-kurangnya 2.1%
bagi tempoh 2000-2005.
Jadual
1
Gabungan
Produk : Sumbangan Kepada KDNK Pertanian
Keluaran |
2000 |
2005 |
2010 |
Tanaman
Industri |
67.2% |
48.9% |
42.8% |
Komoditi
Makanan* |
29.4% |
47.8% |
51.6% |
Pelbagai
(kelapa,florikultur dan lain-lain |
3.4% |
3.3% |
5.6% |
Nota:
(*) terdiri daripada padi, ternakan, perikanan, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sumber:
Kementerian Pertanian Malaysia, “Briefing to MTEN”.
Pada
tahun 2000, 29.4% daripada kek KDNK sektor pertanian adalah daripada komoditi
makanan dan bakinya sebanyak 67.2% disumbangkan oleh tanaman industri (Jadual
1). Bagi tempoh 2000-2005 pengeluaran komoditi makanan dijangka berkembang 5.1%
setahun (semakan; DPN3: 3.1%); dan pada tahun 2005, kek komoditi makanan kepada
KDNK pertanian dijangka meningkat kepada 47.8%, dan 51.6% pada 2010.
Jadual
2
KDNK
:Sumbangan Sektor Pertanian dan Makanan
Sektor/ Komoditi |
NAP3 |
Semakan |
||
2000 |
2005 |
2005 |
2010 |
|
Pertanian kpd KDNK |
12.8% RM17.8b |
9.5% RM19.8b |
12.6% RM26.2b |
10.0% RM31.1b |
Makanan kpd KDNK |
3.8% RM5.2b |
3.0% RM6.1b |
6.0% RM12.5b |
5.1% RM16.1b |
Sumber:
Kementerian Pertanian Malaysia, “Briefing to MTEN”.
Jadual
2 menunjukkan sumbangan sektor makanan kepada ekonomi negara dianggarkan 3.8%
pada 2000. Kesan Keputusan Kerajaan mahu meningkatkan pengeluaran makanan kepada
RM12.5 bilion pada 2005 berbanding sasaran RM6.1 bilion dalam DPN3, sumbangan
sektor makanan kepada KDNK dijangka meningkat kepada 6% pada tahun 2005.
2.2
Dasar Pertanian Negara
Masa
depan ekonomi, sektor pertanian dan makanan banyak bergantung kepada dasar
negara terhadap sektor pertanian semasa Kerajaan merancang rancangan pembangunan
lima tahunnya. Tahun 2001-2005 adalah era Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe8) dan
kita jangkakan dasar ekonomi makro bagi RMke8 akan dibentangkan oleh Kerajaan
dalam Parlimen tidak lama lagi.
Bagi
sektor pertanian dan makanan, negara telah pun ada Dasar Pertanian Negara Ketiga,
DPN3 (1998-2010), oleh itu masa depan sektor pertanian dan makanan dapat dilihat
dengan jelas dalam DPN3 di samping dasar-dasar semasa Kerajaan terhadap sektor ini.
Sektor
pertanian dan makanan sentiasa mempunyai masa depan yang cerah kerana peranan
asasnya menyediakan makanan kepada penduduk negara ini. Sungguhpun kita boleh
bergantung kepada import makanan tertentu, tetapi atas dasar keselamatan negara,
contohnya risiko peperangan dan sekatan perdagangan dunia (seperti yang berlaku
kepada Iraq), Malaysia wajib mengeluarkan makanan asasnya seperti padi, ubi,
sayur-sayuran, ikan dan daging walaupun kos pengeluarannya tinggi berbanding
dengan kos mengimport.
Analisis
peluang pelaburan dan pembiayaan dalam sektor pertanian tidak sempurna tanpa
mengupas aspek-aspek penting Dasar Pertanian Negara. Dua objektif utama DPN3
adalah “meningkatkan pengeluaran makanan, dan yang keduanya adalah
“meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian”.
2.3
Peningkatan Pengeluaran Makanan
Objektif
meningkatkan pengeluaran makanan adalah bertujuan bagi mengurangkan kos bil
makanan yang diimport yang sentiasa terdedah kepada risiko harga antarabangsa.
Pada tahun 2000, jumlah import makanan dianggarkan RM11.2 bilion berbanding
dengan eksportnyanya, RM6.9 bilion; ini bererti defisit perdagangannya ialah
RM4.3 bilion. Dengan strategi meningkatkan makanan, defisit ini dijangka
berkurangan kepada RM2.6 bilion pada 2005 dan menjadi surplus RM0.4 bilion pada
2010.
Strategi
menambahkan sumber bekalan makanan dalam negeri bukan sahaja dapat mengurangkan
tekanan inflasi yang diimport bahkan juga oleh mainan pengeluar-pengeluar
makanan dalam negara sendiri.
2.4
Peningkatan Produktiviti dan Daya Saing
Objektif
meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian adalah bagi
membolehkan sektor pertanian bersaing di peringkat global tanpa melupakan
persaingannya dengan sektor lain dalam negara ini, khususnya sektor perkilangan.
Konsep
“globalisasi dan liberalisasi” di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (World
Trade Organisation, WTO) sudah menjadi buah mulut dalam kamus ekonomi
antarabangsa dewasa ini.
Di
bawah konsep ini, negara di dunia sudah menjadi “satu” dan di bawah WTO dan
AFTA, menjelang 2003 (AFTA) dan 2005 (WTO) perdagangan antara negara-negara
haruslah bebas tanpa sekatan.
Dalam
konteks pertanian negara, negara harus bersedia menerima import barangan
pertanian yang lebih murah (kerana tiada tariff) sekiranya negara tidak berupaya
mengeluarkan barangan dengan kos yang kompetitif. Dari segi perdagangan pula,
eksport pertanian kita tidak boleh menembusi pasaran antarabangsa sekiranya
barangan yang dijual mahal lebih mahal berbanding dengan negara pengeluar lain,
terutamanya oleh jiran kita Thailand dan Indonesia.
Komponen
kedua “objektif meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian”
ialah untuk meningkatkan industri nilai
tambah dalam sektor pertanian, yang umumnya dikenali sebagai industri
hiliran.
Kebanyakan
industri hiliran adalah berbentuk industri pemprosesan atau pembuatan
hasil-hasil pertanian, dan pertumbuhan industri ini memberi kekuatan langsung
kepada sesuatu pertanian asas. Industri tanaman kelapa sawit, contohnya, menjadi
produktif dan kuat dengan adanya industri pemprosesan minyak sawit dan industri
makanan yang berasas minyak sawit.
3.0
PELUANG DALAM SEKTOR MAKANAN
3.1
Sasaran Pengeluaran Makanan, 2000-2005
Bagi
tempoh 2000-2005, Kerajaan telah mengunjurkan RM81.5 bilion nilai jualan bagi
pengeluaran pertanian di mana 98% daripadanya adalah berkaitan dengan makanan (Jadual
3). Secara purata, nilai pengeluaran tahunan sektor makanan bagi tempoh di atas
adalah RM13.6 bilion.
Jadual
3
Jumlah Jualan Pertanian 2000-2005:
RM81.5 bilion
Nilai (RM Bil) |
2000 |
2001 |
2002 |
2003 |
2004 |
2005 |
2000-2005 |
Buahan |
1.20 |
1.29 |
1.42 |
1.56 |
1.62 |
1.72 |
8.81 |
Sayuran |
0.53 |
0.57 |
0.62 |
0.68 |
0.73 |
0.79 |
3.92 |
Padi |
1.76 |
1.99 |
2.06 |
2.10 |
2.15 |
2.22 |
12.28 |
Kelapa |
0.27 |
0.28 |
0.28 |
0.29 |
0.31 |
0.33 |
1.76 |
Tanaman Makanan |
3.76 |
4.13 |
4.38 |
4.63 |
4.81 |
5.06 |
26.77 |
Orkid dan Dedaun |
0.04 |
0.04 |
0.05 |
0.05 |
0.06 |
0.06 |
0.30 |
Ternakan |
4.10 |
4.16 |
4.32 |
4.48 |
4.65 |
4.83 |
26.54 |
Perikanan |
3.75 |
3.98 |
4.23 |
4.50 |
4.78 |
5.07 |
26.31 |
Komoditi Lain |
|
|
|
|
|
|
1.58 |
Jumlah
Pertanian |
11.65 |
12.31 |
12.98 |
13.66 |
14.30 |
15.02 |
81.50 |
Sumber:
Jabatan Pertanian, “Taklimat Penglibatan Institusi Perbankan Dan Syarikat
Insurans Dalam Sektor Pertanian Pertanian”, Oktober 2000.
Komoditi
Tanaman
3.2
Buah-buahan
Dasar
Berdasarkan
DPN3, objektif industri buah-buahan adalah,
·
Mempastikan
bekalan buahan segar yang mencukupi bagi keperluan tempatan dan industri
pemprosesan,
·
Memajukan
industri buah-buahan terpilih yang mempunyai kelebihan strategik bagi tujuan
eksport buahan tropika segar dan produk buah-buahan.
Sasaran
Sasaran
nilai jualan buah-buahan bagi tempoh 2000-2005 adalah RM8.81 bilion atau purata
RM1.75 bilion setahun. Bagi menampung pertambahan buah-buahan, keluasan fizikal
tanaman ini dijangka bertambah daripada 260,000 hektar pada 2000 kepada 457,990
hektar pada 2005, iaitu bertambah sebanyak
197,990 hektar.
15
jenis buah yang akan dimajukan semasa DPN3, tetapi 10 jenis buah-buahan berikut
menjadi keutamaan, iaitu:
·
Nenas
·
Tembikai
·
Betik
·
Belimbing
besi
·
Limau
(Limau bali & oren mendarin)
·
Mangga
·
Jambu
batu
·
Nangka
·
Durian
Bagi
industri pemprosesan, tiga jenis buah-buahan yang diberi keutamaan adalah nanas,
jambu batu dan nangka.
Zon
Pengeluaran Buah-Buahan
Berdasarkan
kesesuaian agroiklim adalah mustahak diketahui jenis buah-buahan mengikut zon
pengeluaran buah-buahan yang ditetapkan. Jadual 4 menunjukkan buah-buahan
mengikut negeri-negeri.
Jadual
4
Zon
Pengeluaran Buah-Buahan
Negeri |
Buah-buahan |
Perlis |
Mangga |
Kedah |
Tembikai,
limau, mangga |
P.Pinang |
Nanas |
Perak |
Mangga,
betik,limau, jambu batu, belimbing |
Selangor |
Belimbing,
mangga, betik |
N.
Sembilan |
Mangga,
limau, belimbing |
Melaka |
Mangga,
tembikai |
Johor |
Nanas,
tembikai, limau, nangka |
Terengganu |
Limau,
tembikai, nanas |
Kelantan |
Tembikai,
limau, nanas |
Sabah |
Nanas,
limau |
Sarawak |
Nanas,
limau, mangga |
Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia, “Dasar
Pertanian Negara Ketiga Dan Transformasi Sektor Pertanian”, 20 Ogos 2000.
Taman
Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)
Bagi
menggalakkan pembangunan industri pengeluaran makanan, Kerajaan telah
mengujudkan TKPM. TKPM adalah kawasan rezab tanah Kerajaan negeri yang telah
dikhaskan bagi pengeluaran makanan termasuklah buah-buahan. Kemudahan
infrastruktur seperti pembersihan kawasan, jalan ladang, perparitan dan bekalan
air & api akan disediakan di kawasan ini. Mengikut perancangan Jabatan
Pertanian, bagi tempoh 2001-2005, seluas 33,900 hektar akan dimajukan dengan
buah-buahan terpilih di bawah TKPM.
Sektor
Swasta
Sektor
swasta berperanan memajukan secara komersil bagi buah-buahan segar dan diproses
untuk pasaran tempatan dan eksport. Adalah dijangkakan seluas 104,200 hektar
tanah di seluruh negara boleh dimajukan oleh sektor swasta dengan tanaman
buah-buahan.
Potensi
Eksport Buah-Buahan
Beberapa
jenis buah-buahan Malaysia sudah pun menembusi pasaran antabangsa. Daripada
Jadual 5, dalam tahun 1999, nilai eksport bagi lima buah-buahan, iaitu tembikai,
betik, durian, pisang dan belimbing besi adalah RM239.1 juta. Tembikai adalah
yang paling banyak dieksport dari segi nilai, iaitu RM61.7 juta, diikuti oleh
betik dan durian.
Jadual
5
Buah-buahan
Terpilih Malaysia: Eksport Pada1999
Kedudukan |
Buah-buahan |
Nilai
(RM Juta) |
Pertama |
Tembikai |
61.7 |
Kedua |
Betik |
59.6 |
Ketiga |
Durian |
58.4 |
Keempat |
Pisang |
31.9 |
Kelima |
Belimbing
besi |
28.1 |
Jumlah |
|
239.1 |
Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia, “Dasar
Pertanian Negara Ketiga Dan Transformasi Sektor Pertanian” 20 Ogos, 2000.
Daya
Maju Projek
Daya
maju projek dapat membantu usahawan memilih projek yang sesuai kepada mereka.
Dari Jadual 6, belimbing adalah pelaburan terbaik kerana pulangannya 63% setahun
bagi setiap ringgit pelaburan. Pilihan kedua adalah tanaman nanas dan limau madu,
tetapi nanas harus menjadi pilihan kerana tempoh bayar baliknya lebih singkat
berbanding limau madu.
Jadual
6
Buah-buahan
Terpilih : Daya Maju
|
Kadar
Pulangan Dalaman (IRR) |
Tempoh
Bayar Balik |
Belimbing |
63% |
4
tahun |
Nanas |
42% |
2
tahun |
Limau
Madu |
42% |
5
tahun |
Nangka |
27% |
7
tahun |
Jambu
batu |
25% |
6
tahun |
Mangga |
20% |
6
tahun |
Sumber: Jabatan
Pertanian,” Taklimat Penglibatan Institusi Perbankan Dan Syarikat Insurans
Dalam Sektor Pertanian”, Oktober 2000.
3.3
Sayur-sayuran
Dasar
Berdasarkan
DPN3, objektif industri sayur-sayuran adalah,
·
Mempastikan
bekalan sayur segar yang mencukupi bagi keperluan tempatan dan juga keperluan
industri pemprosesan,
·
Meningkatkan
eksport sayuran segar dan produk sayur-sayuran.
Sasaran
Sasaran
pengeluaran dan keluasan yang diperlukan bagi tanaman sayur-sayuran adalah
seperti dalam jadual berikut:
Jadual
7
Sayur-Sayuran:
Jualan, Pengeluaran dan Kawasan
Sayur-sayuran |
2000-2005 |
Jualan
(RM bilion) |
3.929 |
Pengeluaran
(juta tan) |
6.801 |
Keperluan
kawasan Pada 2005 (ha) |
21,730 |
Peningkatan
kawasan (ha) |
7,040 |
Nota:
Anggaran kawasan 2000: 14,690 hektar
Sumber:
Jabatan Pertanian, “Taklimat Penglibatan Institusi Perbankan Dan Syarikat
Insurans Dalam Sektor Pertanian”.
Peluang
pelaburan dalam industri ini cerah samada bagi tujuan pasaran tempatan dan
eksport. Data pada tahun 1995 menunjukkan Malaysia adalah pengimport bersih
sayuran segar, dimana nilai import pada tahun tersebut adalah RM559.6 juta
berbanding dengan eksportnya RM100.4 juta. Begitu juga sayur-sayuran diproses,
Malaysia mengimport RM123.8 juta berbanding dengan eksport, RM60.0 juta.
Sayur-sayuran
utama yang diimport adalah bawang besar, bawang putih, lobak merah, kobis bunga,
kobis, kacang pis, cili kering dan ubi kentang. Eksport sayuran pula adalah
timun, bayam, kacang panjang, cili, sawi dan kailan.
Bagi
memenuhi pengeluaran dalam negeri, kawasan fizikal tanaman sayur dijangka
bertambah dari 14,690 hektar kepada 22,080 hektar, iaitu bertambah sebanyak
7,390 hektar. Daripada jumlah 7,390 hektar, sebanyak 3,300 hektar adalah
pengeluaran sayuran di bawah Taman Kekal Pengeluaran Makanan; dan sebanyak 640
hektar akan di tanam oleh sektor swasta.
Kerajaan
menggalakkan pelaburan swasta dalam meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran
secara berskala besar dan komersil.
Daya
Maju Projek Sayur-Sayuran
Daya
maju projek bagi beberapa sayur-sayuran terpilih ditunjukkan dalam Jadual 8.
Tanaman cili memberi pulangan yang paling lumayan, iaitu menghasilkan RM17,000
sehektar semusim berbanding tomato, RM7,000 dan kobis RM6,700.
Jadual
8
Sayur-Sayuran
Terpilih : Daya Maju
Sayur-Sayuran |
Pulangan
bersih/hektar/musim |
Cili |
RM17,000 |
Tomato |
RM7,000 |
Kobis |
RM6,700 |
Kailan |
RM6,600 |
Kacang
panjang |
RM6,200 |
Sawi |
RM4,900 |
Sumber: Jabatan
Pertanian, “Taklimat Penglibatan Institusi Perbankan Dan Syarikat Insurans
Dalam Sektor Pertanian”, Oktober 2000.
Prospek
Industri Huluan : Pengeluaran Biji Benih
Pertambahan
bekalan sayur secara langsung mengujudkan peluang pelaburan dalam industri
huluan, khususnya industri pengeluaran biji benih. Pada masa ini Malaysia
menggunakan kira-kira 100 tan biji benih setahun di mana 90% keperluan biji
benih adalah diimport. Jabatan Pertanian hanya dapat membekalkan biji benih
sebanyak 8 peratus daripada jumlah keperluan.
Permintaan
bekalan biji benih sudah tentu bertambah selari dengan pertambahan bekalan sayur.
Di bawah skim Pengeluaran Biji Benih Sayur, usahawan berpeluang menjadi pembekal
biji benih kepada Jabatan Pertanian.
3.4
Komoditi Perikanan
Dasar
Berdasarkan
DPN3, objektif industri perikanan adalah,
·
Menentukan
bekalan ikan segar yang mencukupi bagi keperluan tempatan dan juga industri
pemprosesan,
·
Meningkatkan
eksport bagi ikan terpilih
Sasaran
Berdasarkan
Jadual 9, nilai pengeluaran ikan dijangka meningkat daripada RM5.3 bilion pada
tahun 2000 kepada RM7.1 bilion pada 2005 dan RM9.4 bilion pada 2010. Fokus
pengeluaran adalah kepada perikanan laut pantai dan akuakultur air payau/masin/tawar
iaitu masing-masing menyumbangkan 51% dan 36% kepada anggaran pengeluaran pada
tahun 2005.
Jadual 9
Perikanan:
Unjuran Pengeluaran 2000-2010
(RM
Juta)
|
2000 |
2005 |
2010 |
Laut
Pantai |
3,498 |
3,885 |
4,548 |
Laut
Dalam |
500 |
625 |
788 |
Akuakultur Air Payau/ Masin |
1,100 |
2,118 |
3,275 |
Akuakultur
Air Tawar |
249 |
474 |
753 |
Jumlah |
5,347 |
7,102 |
9,364 |
Sumber: Jabatan
Perikanan Malaysia, “Pelan Tindakan Pengeluaran Makanan (Sektor Perikanan)”.
Dari
segi pelaksanaan, beberapa keputusan Kerajaan meminta dipesatkan lagi
pembangunan perikanan laut dalam dan ternakan ikan air masin di kuala-kuala
sungai.
Akuakultur
Dalam
Rancangan Malaysia Kelapan, nilai pengeluaran perikanan akukultur dijangka
meningkat daripada RM1,349 juta pada 2000 kepada RM2,592 juta pada 2005 dan
RM4,028 juta pada 2010. Unjuran pengeluaran mengikut komoditi adalah seperti
dalam jadual 10.
Jadual 10
Akuakultur: Unjuran Perikanan Akuakultur
(tan)
Produk/Tahun |
2000 |
2005 |
2010 |
Ternakan
kerang |
98,600 |
112,320 |
144,800 |
Ternakan
siput sudu/tiram |
3,740 |
6,490 |
10,080 |
Ternakan
rumpai laut |
10,000 |
15,000 |
20,000 |
Udang
laut (kolam) |
44,550 |
88,280 |
129,100 |
Ikan
laut (sangkar pantai) |
8,700 |
9,460 |
11,520 |
Ikan
laut (sangkar terbuka) |
8,000 |
40,000 |
85,000 |
Ikan
air tawar (kolam) |
55,938 |
97,784 |
141,230 |
Ikan
air tawar (sangkar) |
8,640 |
27,720 |
50,800 |
Ikan
air tawar (kepungan) |
3,000 |
6,000 |
10,000 |
Ikan
air tawar (lombong) |
3,660 |
3,825 |
4,000 |
Ikan
hiasan |
350 |
420 |
500 |
|
|
|
|
Jumlah
Pengeluaran (tan) |
245,178 |
407,299 |
607,030 |
Nilai
(RM Juta) |
1,349 |
2,592 |
4,028 |
Keluasan
(hektar) |
27,067 |
33,332 |
38,627 |
%
dpd. potensi |
6% |
7% |
8% |
Pada
tahun 2005, jumlah pengeluaran akuakultur dijangkakan 407,299 tan metrik
berbanding 245,178 tan pada 2000, meningkat sebanyak 66%. Luas kawasan yang
terlibat dengan pengeluaran pada 2005 adalah 33,322 hektar, iaitu hanya 7%
daripada potensi kawasan yang boleh dimajukan dengan perikanan akuakultur.
Potensi
Kawasan Pembangunan Akuakultur
Perikanan
akuakultur mempunyai masa depan yang cerah. Jabatan Perikanan telah
menganggarkan seluas lebih kurang 491,000 hektar tanah diseluruh negara
mempunyai potensi untuk dimajukan (rujuk Jadual 11) terutamanya kawasan tasek/empangan,
tanah pendalaman dan teluk/lagoon. Semenanjung, Sabah dan Sarawak mempunyai
peluang yang sama dalam memajukan industri ini kerana taburan potensi keluasan
yang hampir sama.
Jadual
11
Akuakultur:
Potensi Pembangunan Kawasan
Sumber (hektar) |
Semenanjung |
Sarawak |
Sabah |
Jumlah |
Kawasan
Laut Terbuka |
58,980 |
19,350 |
19,390 |
97,720 |
Teluk/Lagoon |
- |
- |
102,413 |
102,413 |
Kawasan
Laut Terlindung |
- |
- |
1,229 |
1,229 |
Pantai
Berlumpur |
8,330 |
- |
- |
8,3303 |
Tanah
Pantai |
3,376 |
14,116 |
8,050 |
25,542 |
Tanah
Pendalaman |
60,000 |
t.d |
51,178 |
111,178 |
Bekas
Lombong |
3,451 |
t.d |
t.d |
3,451 |
Tasek/Empangan |
25,496 |
116,000 |
t.d |
141,496 |
Jumlah Potensi |
159,633 |
149,466 |
182,260 |
491,359 |
Nota: (-): sumber telah diterokai sepenuhnya
(t.d): tiada data
Sumber: Jabatan Perikanan, “Pelan Tindakan
Pelaksanaan DPN3 Untuk Meningkatkan Pengeluaran Makanan (Ikan)”.
Peralatan
Perikanan Moden
Dalam
usaha memodenkan sektor perikanan, terutamanya perikanan laut, pelaburan dalam
peralatan berikut adalah diperlukan:
Perikanan
Laut
·
Pembelian
vessel
·
Peralatan
navigasi dan komunikasi vessel moden
·
Sonar
(alat mengesan kumpulan ikan)
·
Power
block (penghela pukat)
·
Net
drum (penggulung pukat)
·
Refrigerated
sea water (sistem penyejukan air laut)
Perikanan
Akuakultur
Kemudahan
dan Peralatan Operasi sangkar
Mesin
Pemindahan Ikan (untuk memindahkan ikan dari kolam/tangki ke lori.
Pam
Pengudaraan (Paddle Wheel)
3.5
Komoditi Ternakan
Dasar
Berdasarkan
DPN3, objektif industri buah-buahan adalah,
·
Menentukan bekalan daging dan
telur ayam mencukupi untuk bekalan domestik dan pasaran eksport,
·
Mempergiatkan pengeluaran daging
lembu/kerbau, kambing/bebiri dan susu segar untuk pasaran domestik,
·
Menentukan bekalan bahan mentah
mencukupi dan konsisten bagi untuk keperluan industri pemprosesan.
·
Membangunkan Malaysia sebagai
Pusat Makanan Halal Antarabangsa.
Komoditi
Utama Ternakan
Lima
komoditi ternakan yang diberi keutamaan adalah:
Sasaran pengeluaran bagi komoditi utama ternakan adalah seperti dalam Jadual 12. Kira-kira 57% (dari segi nilai) daripada jumlah pengeluaran komoditi ternakan bagi tempoh 2001-2005 adalah daging ayam, dan 21% telur ayam.
Komoditi Utama Ternakan
Unjuran Pengeluaran 2001-2005 & 2010
|
Jumlah
2001-2005 |
Jumlah 2010 |
||
Komoditi |
Kuantiti (‘000 mt) |
Nilai (RM
Juta) |
Kuantiti (‘000
mt) |
Nilai (RM
Juta) |
Daging
Ayam |
4,282.8 |
16,884.0 |
1,033.1 |
4,055.0 |
Telur
Ayam |
2,308.5 |
6,149.9 |
543.2 |
1,447.0 |
Daging
Lembu |
166.8 |
2,123.9 |
67.9 |
864.4 |
Daging Kambing |
6.5 |
106.4 |
2.2 |
35.5 |
Daging
Babi |
684.1 |
4,176.4 |
265.9 |
1,623.2 |
Jumlah
Kecil |
7,448.7 |
29,440.6 |
1,912.3 |
8,025.1 |
Susu |
205 juta liter |
273.1 |
62.0 juta liter |
82.4 |
Jumlah |
|
29,713.7 |
|
8,107.5 |
Sumber:
Jabatan Perkhidmatan Haiwan, “Pelan Tindakan Pelaksanaan Pembangunan dan
Pengeluaran Komoditi Utama Ternakan”.
Pendekatan
Bagi
menggalakkan industri ternakan ayam, lembu, kambing dan susu, pendekatan berikut
boleh dilaksanakan:
‘Contract
Farming’ |
Penglibatan
syarikat swasta |
Pusat
Makanan Halal |
Membangunkan
pusat pemprosesan makanan halal dgn menggunakan produk tempatan |
Perladangan
berkelompok komersil |
Pengembelingan
peladang dan peneroka Felda |
Integrasi
dengan tanaman |
Tanah
agensi Kerajaan dan sektor swasta |
4.
PELUANG PEMBIAYAAN DALAM SEKTOR PERTANIAN
4.1
Arah Aliran Pembiayaan
BPM
sebagai agensi Kerajaan akan terus memainkan peranan utamanya sebagai agensi
pembangunan pertanian melalui pembiayaan projek pertanian dan pengeluaran
makanan. Pembiayaan BPM akan berpandukan kepada dasar dan keutamaan dalam DPN3
dan dasar-dasar Kerajaan semasa.
Boleh
dikatakan semua peluang dan aktiviti pertanian dan pengeluaran makanan yang
dibentangkan dalam kertas ini boleh dibiayai oleh BPM samada modal untuk membeli
harta tetap, membangunkan kawasan dan modal kerja (benih, racun, baja, kos
insurans, bahan pembakar dan lain-lain.).
4.2
Program Pembiayaan Sumber Kerajaan
Dalam
Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) BPM dijangka meneruskan peranannya dalam
membiayai projek pertanian yang disasarkan oleh Kerajaan dan memajukan kumpulan
sasar (petani, penternak dan nelayan) dengan kos pinjaman yang kompetitif. Kadar
faedah pinjaman di bawah program pinjaman Kerajaan adalah tidak melebihi 4%.
Program pembiayaan yang dipohon dalam Rancangan Malaysia Kelapan, adalah seperti
dalam jadual berikut:
Jadual
13
BPM : Pembiayaan Dari Sumber Kerajaan (RMKe8)
Program
Pembiayaan |
Objektif |
Kredit
Pengeluaran Padi |
·
Menyediakan kredit pusingan pengeluaran padi di
lapan jelapang padi. |
Tabung
Pengeluaran Makanan |
·
Menyediakan modal tetap dan modal kerja bagi
membiayai projek pengeluaran makanan. |
Tabung
Industri Kecil dan Sederhana |
·
Menyediakan modal tetap dan modal kerja bagi
membiayai aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran bagi komoditi
pertanian. |
Skim
Pembiayaan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) |
·
Menyediakan modal tetap dan modal kerja kepada
syarikat Bumiputera dalam memajukan projek pertanian atau perniagaan asas
tani. |
Skim
Pembiayaan Mekanisasi dan Automasi Pertanian |
·
Menyediakan modal tetap bagi membeli jentera dan
peralatan pertanian (termasuk penternakan dan perikanan). |
4.3
Program Pembiayaan Komersil
Aktiviti
pembiayaan komersil adalah dibiayai oleh dana BPM sendiri khususnya daripada
deposit awam. Oleh itu, kadar pinjamannya hampir setanding dengan kadar faedah
pinjaman sistem perbankan yang berasaskan kepada purata kos mengembelingkan dana.
BPM
bersedia membiayai semua jenis aktiviti pertanian dan makanan yang merangkumi
penanaman, penternakan dan perikanan. Skop pembiayaan pertanian pula merangkumi
pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran. Empat ketegori pembiayaan komersil yang
ditawarkan oleh BPM adalah seperti dalam jadual berikut:
Jadual
14
BPM
: Pembiayaan Komersil
Produk
Pembiayaan |
Objektif |
Pinjaman
Berjangka |
Pinjaman
berjangka bagi membiayai projek pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran
pertanian/makanan. Pengeluaran pinjaman mengikut kelulusan dan mempunyai
jadual bayaran balik dan tempoh matang tetap. |
Modal
Pusingan |
Pembiayaan
modal kerja bagi menyelesaikan keperluan kredit jangkapendek. Pengeluaran
dan pembayaran balik boleh dibuat pada sebarang masa mengikut ‘line of
credit’ yang diluluskan. |
Pembiayaan
Dagangan |
Pembiayaan
modal kerja dan kemudahan perbankan bagi memenuhi kehendak usahawan atau
ahli perniagaan. |
Perbankan
Islam |
Pembiayaan
yang mengikut lunas syariah sepenuhnya. |
4.4
Pinjaman Tabung Makanan (Pinjaman 3F)
Satu
lagi sumber penting pembiayaan pembiayaan aktiviti pengeluaran makanan ialah
Tabung Makanan (Fund for Food,3F). Ia telah diperkenalkan pada tahun 1993 dengan
jumlah peruntukan RM700 juta. Sumber dana ini adalah daripada Bank Negara. Pada
bulan Mei 1999, BPM telah menerima RM300 juta lagi daripada Kerajaan dan
menjadikan jumlah dana 3F adalah RM1 bilion. Peruntukan dana 3F boleh diperolehi
daripada semua bank perdagangan syarikat kewangan, Bank Pertanian, Bank Industri
dan Bank Pembangunan.
Objektif
Tabung 3F adalah untuk membantu Kerajaan dalam usahanya meningkatkan pelaburan
dalam aktiviti pengeluaran makanan dengan kos pinjaman yang berpatutan.
Di
antara syarat pinjaman 3F adalah seperti berikut:
(a) Tujuan Pinjaman
Tujuan
pinjaman adalah membiayai aktiviti berikut:
Pengeluaran
makanan (makanan laut, ternakair, ternakan ladang, sayuran dan buahan);
Pengeluaran hasil pertanian yang merangkumi makanan diproses;
Pengedaran makanan,
(b) Bentuk Pinjaman
Pembiayaan modal kerja dan pinjaman berjangka, atau kombinasi kedua-duanya.
(c) Kelayakan
Warganegara yang menetap di Malaysia, atau syarikat Malaysia dengan pegangan ekuiti tidak kurang daripada 51%
Kos projek termasuk tanah dan modal kerja (contoh: benih, baja dan racun),bagaimanapun, kos tanah yang boleh dibiayai tidak harus melebihi 20% daripada kos projek.
Bagi projek yang berorientasikan eksport, 50% daripada jumlah pengeluaran adalah untuk pasaran tempatan.
Pinjaman adalah bagi projek yang bersaiz kecil dan sederhana.
(d)
Had Pinjaman
90%
daripada kos projek. Pinjaman minimum adalah RM10,000 dan maksimum RM 3 juta.
(e)
Kadar Faedah
Kadar
faedah adalah 4% setahun.
(f)
Tempoh Pinjaman
Tempoh
pinjaman adalah 8 tahun.
(g)
Cagaran
Bercagar
penuh.
(h)
Projek Yang layak dibiayai
Sektor
yang layak dibiayai adalah ternakan, tanaman dan perikanan. Perinciannya adalah
seperti berikut:
Ternakan
Lembu, kambing, kerbau, ayam telur, ayam daging, itik, puyuh,burung unta,
biri-biri, rusa dan arnab.
Tanaman
(Padi, Sayuran, buahan dan tanaman perasa)
Sayuran, pisang, jambu, tembikai, betik, mangga, tebu, kopi, koko dan belimbing,
padi dan teh. Ia juga merangkumi tanaman makanan ternakan seperti jagung,
ubikayu dan keledek. Tanaman perasa adalah seperti serai wangi, daun kesum,
pandan dan lain-lain.
Perikanan
Penangkapan ikan pesisiran pantai, ternakan ikan dalam sangkar, ternakan ikan air tawar/payau, ternakan udang harimau/galah, ketam, tiram dan kerang.
5.
KESIMPULAN
Tidak
dapat dinafikan kemudahan kredit boleh membantu usahawan dalam memajukan
industri makanan yang diceburi. Sebenarnya, kredit bukanlah faktor penentu
kejayaan projek.
Berdasarkan
pengalaman, antara faktor-faktor penentu kejayaan projek adalah kejujuran, sikap
tabah dan kesungguhan usahawan, pengalaman dan pengetahuan teknikal projek,
perancangan projek yang teliti, kebolehan dalam soal menguruskan kewangan dan
kakitangan syarikat, keupayaan mencari dan menembus ruang pasaran, sentiasa
berusaha meningkatkan mutu produk dan kualiti perkhidmatan pelanggan.
Di
samping kebolehan pengurusan yang disebutkan di atas, usahawan hendaklah memberi
perhatian serious kepada isu pemasaran. Malah pemasaran adalah isu yang lebih
kritikal berbanding cagaran. Ada banyak kes, BPM menolak permohonan pinjaman
kerana gagal menyakinkan BPM akan soal pasaran produk yang dicadangkan.
Dengan
adanya kemudahan kredit dengan kos pinjaman yang kompetitif daripada Bank
Pertanian serta digabungkan dengan faktor penyumbang kejayaan di atas, ia dapat
membantu usahawan dalam memajukan perniagaan yang berkaitan dengan pengeluaran
makanan dan hasil pertanian. Ia secara langsung akan membantu negara dalam
meningkatkan pengeluaran makanan.
Langkah
meningkatkan pengeluaran makanan negara adalah bibit-bibit awal dalam usaha kita
untuk merealisasikan visi baru YAB Perdana Menteri kita, iaitu pada satu hari
nanti Malaysia akan menjadi negara pengeluar makanan utama di dunia.
Bank
Pertanian Malaysia
Kuala Lumpur
10 November 2000.
rahaman@mail.com