TRANSFORMASI
DALAM SEKTOR PERTANIAN DAN
Oleh:
Ketua Setiausaha
Kementerian
Pertanian Malaysia
Ker
12-13 Ogos 2004,
Hotel Palace of Golden Horses, Selangor
Anjuran
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia.
I.
TUJUAN
Kertas ini
bertujuan untuk menghuraikan strategi dan program transformasi yang telah
dilaksanakan untuk pembangunan sektor pengeluaran makanan pertanian selaras
dengan matlamat Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) (1998-2010) untuk:
meningkatkan
food security negara melalui transformasi modus operandi pertanian
yang berorientasikan komersial,
meningkatkan
produktiviti dan dayasaing sektor pertanian melalui permindahan teknologi,
merapatkan
rantaian di antara sektor pertanian dengan sektor lain,
mewujudkan
sumber pertumbuhan baru mengguna dan memulihara sumber semulajadi secara
lestari.
II.
SENARIO SEKTOR PERTANIAN NEGARA
2. Sektor
pertanian telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era
selepas merdeka dengan sumbangan kepada KDNK negara sebanyak 46% pada tahun
1957. Pada masa tersebut, aktiviti ekonomi penduduk lebih tertumpu kepada
pertanian dan perlombongan. Bilangan pekerja yang menceburi sektor ini pada
tahun 1966 adalah 80.3%.
3. Dasar
Pertanian Negara Pertama (DPN1) (1984-1991) dilaksanakan pada tahun 1984 dengan
memberi penekanan kepada dasar expansionary yang mengutamakan tanaman
komoditi seperti kelapa sawit dan koko. Dengan kedudukan tanah dan tenaga buruh
pertanian yang baik, melalui DPN1, Kerajaan telah melabur dengan banyak di dalam
pembangunan infrastruktur, pembangunan in-situ dan pembukaan tanah-tanah baru
bagi memajukan dua tanaman tersebut.
4. Dasar
Pertanian Kedua (DPN2) (1992-1998) dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada
meningkatkan produktiviti, kecekapan dan persaingan. Tanaman ladang seperti
kelapa sawit diberi perhatian dengan usaha-usaha meluaskan kawasan penanamannya.
Pelaksanaan DPN2 dibuat setelah mengambilkira kedudukan kekangan tanah, tenaga
buruh yang kian tua dan produktiviti yang rendah. Oleh itu, perubahan telah
dilakukan dengan mengubah penumpuan kepada usaha pembangunan pertanian ke arah
menghasilkan produk yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi. DPN2 telah
membawa pembaharuan dari segi memajukan industri asas tani. Ini adalah selaras
dengan strategi perindustrian dan sepertimana telah dihuraikan dalam Pelan Induk
Perindustrian Pertama dan Kedua. Penumpuan ke atas pembangunan industri asas
tani ini bertujuan untuk mengeksploitasi faedah berbanding dan pasaran niche untuk
menambah peluang-peluang pekerjaan, menjana pendapatan yang lebih tinggi melalui
peningkatan produktiviti dan untuk menambah hasil pertukaran asing negara.
5. Namun
demikian, kos pengimportan bahan-bahan makanan yang tinggi dan liberalisasi
perdagangan di bawah rangka kerja AFTA dan WTO serta masalah krisis kewangan
pada tahun 1997 telah mendorong penilaian semula terhadap DPN2. Selain dari itu,
sektor pertanian negara juga mengalami perubahan struktur yang ketara dari segi
kekurangan tenaga buruh, kadar upah yang meningkat berbanding produktivti
pekerja dan sumber tanah dan air yang semakin terhad disebabkan persaingan
kegunaannya oleh sektor perindustrian, perumahan dan perbandaran.
6. Berdasarkan kepada pertimbangan di atas, pada tahun 1999, Kerajaan telah melancarkan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) (1998-2010) yang menentukan halatuju pembangunan sektor pertanian negara. Selain daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menetapkan sasaran supaya mencapai lebihan (surplus) dalam imbangan perdagangan makanan menjelang tahun 2010 melalui Plan Tindakan BOT (Balance Of Trade). Pada masa ini, defisit negara dalam imbangan perdagangan makanan ialah sebanyak RM4.3 bilion. Jika defisit ini dibiarkan dan tiada tindakan diambil adalah dijangka defisit ini akan terus meningkat ke tahap lebih tinggi lagi. Pelan Tindakan BOT menggariskan sasaran serta tindakan yang perlu dilaksanakan untuk mengurangkan defisit dalam imbangan perdagangan makanan dan mencapai lebihan menjelang tahun 2010.
7.
Untuk memajukan sektor pertanian negara sebagai satu sektor yang moden,
dinamik clan berdayasaing, isu-isu kritikal yang dihadapi oleh sektor pertanian
perlu ditangani. Antara masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian kini ialah
saiz ladang yang berskala kecil dan tidak ekonomik. Saiz tanah yang tidak
ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi. Kajian yang
dijalankan mendapati 65% pesawah padi mengusahakan sawah yang bersaiz kurang
dari satu hektar. Sub-sektor pengeluaran makanan pertanian juga terpaksa
bersaing dengan sektor perladangan untuk mendapatkan tanah yang baik. Umpamanya,
sektor perladangan sahaja menguasai 83% daripada 6.36 juta hektar tanah yang
bertanam.
8. Selain
daripada itu, negara juga menghadapi masalah kekurangan benih di sektor-sektor
kecil tertentu. Bagi sektor sayur-sayuran umpamanya, 95% benih yang diperlukan
adalah diimport dari Thailand, Taiwan, China, Australia dan lain-lain lagi.
Benih buah-buahan seperti benih hybrid tembikai yang berhasil tinggi pula
perlu djimport dari luar negeri seperti Taiwan. Harga benih hybrid ini
agak tinggi dan mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran. Negara juga perlu
mengimport 25% benih ikan untuk menampung keperluan semasa.
9. Di
samping itu, terdapat kekurangan tenaga buruh yang mendesak menyebabkan ramai
pekerja asing dibawa masuk. Di antara tahun 2001-2003 sahaja, seramai 19,343
buruh asing tambahan telah diambil bekerja dalam sektor pertanian (termasuk
sektor peladangan). Salah satu masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian
negara adalah petani atau pekebun yang sernakin tua. Berdasarkan satu kajian
yang telah dijalankan oleh Kementerian pada tahun 2002/2003, 39% daripada petani
yang ditemubual berumur lebih dari 55 tahun.
10. Dari
segi pelaburan swasta dalarn sektor makanan, ianya lebih rendah jika
dibandingkan dengan pelaburan di dalam sektor pembuatan atau sektor perladangan.
Ini kerana masih wujudnya persepsi bahawa sektor pertanian mundur dan memberi
pulangan yang kurang berbanding sektor lain. Selain daripada itu, sektor
pengeluaran makanan juga memerlukan usaha lebih intensif berbanding dengan
sektok-sektor lain. Sebagai usaha untuk memodenkan sektor pertanian dan
meningkatkan ladang sedia ada kepada ladang berskala komersil, Kerajaan perlu
menggalakkan lebih banyak syarikat swasta yang besar untuk menceburi sektor
pengeluaran makanan.
11. Liberalisasi
perdagangan di bawah WTO dan AFTA akan menyebabkan hasil pertanian negara
menghadapi persaingan lebih sengit daripada negara-negara pengeluar yang lain
yang mempunyai kelebihan kos pengeluaran yang rendah. Lambakan hasil pertanian
dijangka akan berlaku apabila sekatan bukan tarif di negara-negara ahli yang
mempunyai kos pengeluaran lebih tinggi dihapuskan. Bagi menghadapi cabaran ini,
dayasaing produk pertanian negara perlu clipertingkatkan.
12.
Bagi mengatasi masalah dan kekangan sumber yang dihuraikan,
cabaran-cabaran berikut perlu dihadapi oleh Malaysia:
(i) Mentransformasikan
perusahaan pertanian secara kecil-kecilan kepada perusahaan yang lebih bersifat
komersil,
(ii) Mempastikan
bekalan makanan yang mencukupi, berkualiti, selamat dimakan dan berkhasiat
dengan harga yang berpatutan,
(iii) Mengurangkan
kebergantungan sepenuhnya kepada tenaga buruh dalam sektor pertanian,
(iv) Meningkatkan
dayasaing sektor pertanian negara,
(v) Mengukuhkan
pembangunan industri pertanian dan meningkatkan pelaburan pihak swasta,
(vi) Mempastikan
pembangunan sektor pertaian secara lestari
13. Sektor
pertanian dan industri asas tani perlu mengalami transformasi untuk menjadikan
sektor ini lebih moden, dinamik dan berdaya saing. Usaha-usaha seperti berikut
sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani:
(i)
Transformasi
Ladang
Saiz
tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang
tinggi. Program untuk memperolehi faedah berskala seperti projek kelompok,
pemuliharaan tanah terbiar secara estet/kelompok, Taman Kekal Pengeluaran
Makanan dan Projek 10 Tan Padi telah pun dilaksanakan. Dalam skim-skim ini,
Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practices) digalakkan supaya
keluaran pertanian yang dihasilkan adalah berkualiti dan selamat dimakan.
Program Plantation Integration Areas (TAC) juga dilaksanakan bagi
mengoptimumkan penggunaan kawasan perladangan bagi menjanakan hasil sampingan
dengan ternakan lembu.
(ii)
Transformasi Tenaga Buruh Kepada Penggunaan Mekanisasi, Otomasi Dan Teknologi
Negara perlu
meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada
tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu
pengetahuan. Program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi
meningkat produktiviti telah dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan
belia tani bagi melahirkan usahawan tani, program fertigasi tanaman pertanian,
dan sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system). Di dalam
pembangunan perikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahap teknologi dilaksanakan
melalui program pen culture, akuakultur secara nukleus, open sea cage
culture dan mengurangkan kehilangan hasil akibat post harvest.
(iii)
Pengurusan Ladang Yang Moden
Program
latihan dan kemudahan akan dipertingkatkan bagi memastikan peladang dibekalkan
dengan kemahiran teknikal dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti manakala
pakar-pakar dan pekerja pengembangan yang terlibat dalarn aktiviti bimbingan dan
latihan dilengkapkan pengetahuan dan kepakaran bagi membantu masyarakat tani.
Untuk mencapai tujuan ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang
berusaha meningkatkan khidmat pengembangan dan khidmat nasihat teknikal.
Inkubator-inkubator bagi memberi latihan tambahan juga telah dibina untuk
memberi latihan kepada golongan sasar di ladang sebenar.
(iv)
Dayasaing Lebih Tinggi
Kualiti
produk yang rendah dan tidak seragam menyebabkan hasil pertanian negara tidak
dapat bersaing di pasaran global. Dengan harga yang tinggi di pasaran domestik
dan jangkaan lambakan hasil pertanian dari luar negara yang lebih murah
berikutan pembukaan pasaran di bawah pelaksanaan WTO dan AFTA, hasil pertanian
negara akan menghadapi persaingan yang tinggi. Sehubungan itu, hasil pertanian
negara perlu berkualiti dan mematuhi piawaian keselamatan makanan antarabangsa
bagi membolehkan hasil pertanian dieksport mahupun dipasarkan di dalam negara.
Konsep jaminan kualiti daripada ladang ke meja hidang akan diamalkan secara
meluas melalui skim akreditasi serta kawalselia dan pemeriksaan veterinar yang
ketat di ladang ternakan, kilang makanan haiwan, rumah penyembelihan, kilang
pemprosesan, stesen kuarantin clan pintu masuk ke dalam negara.
(v)
Mempelbagaikan Pulangan Pelaburan
Masalah
pulangan terhadap pelaburan yang rendah dan lambat dapat diatasi dengan memberi
tumpuan kepada aktiviti integrasi tanaman-ternakan, intercropping, mixed
farming dan juga marinovasi. Aktiviti pemprosean hiliran juga merupakan satu
usaha untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi masyarakat tani dan menambahkan
pendapatan mereka dalam mengeluarkan produk yang diproses yang mempunyai nilai
yang ditambah yang tinggi.
(vi)
Pengezonan (zoning)
Selaras
dengan pendekatan pembangunan pertanian berasaskan produk, pembangunan secara
sektoral melalui pengezonan kawasan pengeluaran pertanian akan dilaksanakan. Ini
bertujuan bagi membolehkan pembangunan pertanian secara kelompok dapat
dihasilkan supaya faedah perbandingan (comparative advantage) diperolehi.
Zon-zon pengeluaran ini termasuklah zon perindustrian akuakultur (ZIA), zon-zon
tanaman, zon-zon pengeluaran ternakan clan kawasan integrasi ladang (TAC).
Penwujudan zon-zon ini akan membolehkan para pengusaha meningkatkan hasil mereka
kerana keadaan agro-klimatik yang sesuai untuk aktiviti tertentu. Selain
daripada itu, ia juga membolehkan Kerajaan menumpukan khidmat sokongan mengikut
jenis aktiviti pertanian yang dilaksanakan di kawasan tertentu.
(vii)
Insentif Untulk Projelk Pengeluaran Makanan
Kerajaan juga
menyediakan insentif istimewa bagi projek pengeluaran makanan seperti yang
diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Di bawah insentif ini,
syarikat-syarikat yang mengusaha atau melabur dalam projek pengeluaran makanan
layak mendapatkan insentif khas selain daripada insentif-insentif lain seperti
taraf perintis, insentif untuk menggalakkan eksport dan sebagainya.
(viii)
Latihan
Pusat Latihan
Pertanian Negara dipertanggungjawabkan bagi merancang, menyelaras dan menilai
program latihan kemahiran selaras dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
(NOSS) bagi melahirkan pekerja dan usahawan tani yang berpengetahuan dan
berkemahiran. Selain daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
juga sedang membina Kolej Pertanian di Kedah di samping meningkatkan taraf 40
institusi sedia ada supaya dapat memberikan latihan yang lebih baik kepada
golongan sasar.
(ix)
Kemudahan Infrastruktur
Sebagai usaha
untuk meningkatkan khidmat sokongan kepada sektor pertanian, Kerajaan juga
sedang berusaha meningkatkan kemudahan infrastruktur serta khidmat sokongan di
sektor pertanian. Dalam hal ini, kemudahan-kemudahan seperti saliran dan
pengairan serta jalan ladang akan diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke
semasa. Selain daripada itu, kemudahan pemasaran seperti pusat pengumpulan dan
pengedaran produk pertanian juga disediakan. Tujuannya ialah untuk meningkatkan
keberkesanan rangkaian pemasaran produk pertanian dari ladang ke pasaran.
VI.
PEMBANGUNAN INDUSTRI ASAS TANI
14. Setelah
pilihanraya pada awal tahun ini, nama Kementerian Pertanian telah ditukarkan
kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Dengan perubahan nama ini,
Kementerian akan memberi lebih penekanan kepada pembangunan aktiviti hiliran
dalam sektor pertanian di masa hadapan. Salah satu usaha Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani untuk memajukan industri asas tani ialah melalui
pembangunan winning products. Tujuan utama program ini ialah untuk
mentransformasikan produk-produk biasa IKS kepada winning products
melalui penjenamaan, peningkatan kualiti, pembungkusan, pengeluaran teratur
serta pengiklanan dan promosi yang agresif. Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani telah mengenalpasti produk dalam empat kategori untuk dijadikan winning
products iaitu sos dan spreads, snek, snek sejuk beku dan minuman.
15. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui pendekatan MOA Inc.
telah mengenalpasti produk-produk keluaran 20 IKS di Kelantan, Terengganu,
Pahang, Perak dan Johor untuk menyertai program winning products.
Berbagai-bagai khidmat sokongan akan diberi kepada pengusaha-pengusaha
dikenalpasti termasuk risikan pasaran dan pemindahan teknologi. Produk-produk
ini akan juga dipasarkan dengan jenama Ole mas.
16. Selain daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan
juga berusaha membangunkan industri asas tani dengan menggunakan pendekatan
kelompok. Pendekatan pembangunan berdasarkan kepada kelompok merupakan
pendekatan yang diutamakan dalam IMP2 dan juga DPN3. Berasaskan kepada
pendekatan ini, industri asas tani akan dibangunkan secara bersepadu di mana
pengeluaran bahan-bahan mentah dan produk hiliran akan dilaksanakan di kawasan
yang sama. Selain daripada itu, aktiviti sampingan yang berkaitan dengan
industri berkenaan akan juga digalakkan.
17. Pada masa ini, semua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani sedang berusaha menyediakan perancangan untuk
mengenalpasti dan mewujudkan kelompok bagi sektor tanaman, ternakan dan
perikanan. Sementara itu, satu projek perintis kelompok untuk betik juga telah
dilaksanakan di Daerah Batang Padang, Perak.
VII.
PENUTUP