PELAKSANAAN PELAN IMBANGAN PERDAGANGAN DALAM SEKTOR PERTANIAN 

DAN INDUSTRI ASAS TANI

 

Oleh: Puan Rahimah Md Said

Timbalan Ketua Setiausaha

Kementerian Pertanian Malaysia dan Industri Asas Tani

 

PERSIDANGAN HALATUJU SEKTOR PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Hotel Palace of The Golden Horses, Selangor

13 Ogos 2004

 

 PENDAHULUAN

1.    Kerajaan telah memutuskan supaya dipercepatkan proses perubahan sektor pertanian agar Malaysia boleh menjadi di antara negara pengeluar dan pengeksport makanan utama.  Kejayaan pelaksanaan keputusan ini memerlukan penglibatan secara aktif oleh pihak swasta dan pemberian perkhidmatan sokongan yang cekap dan berkesan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Kerjasama rapat antara pihak swasta dan awam penting untuk mempergiatkan sektor pertanian bagi membolehkannya menampung keperluan Malaysia sebagai sebuah negara industri dan moden dalam era K-ekonomi.

 2.  Dalam melaksanakan usaha untuk memajukan sektor pertanian, Kerajaan telah mengambilkira beberapa isu dan cabaran seperti berikut:-

i)                   Peningkatan permintaan untuk bahan makanan ekoran dari pertambahan bilangan penduduk dan juga bertambahbaiknya ekonomi negara;

ii)                   Peningkatan bil import makanan negara;

iii)                 Defisit dalam imbangan perdagangan bahan makanan;

iv)                 Penurunan syer pasaran negara bagi produk makanan di pasaran dunia; dan

v)                  Isu dan cabaran pembangunan sektor pertanian dalam negeri.

 

PENGGUNAAN PER KAPITA

3.                   Pada masa ini, penggunaan (consumption) beberapa bahan makanan seperti produk tenusu, sayur-sayuran dan buah-buahan masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.  Umpamanya, penggunaan per kapita untuk produk tenusu negara ialah sebanyak 53 kg berbanding dengan 68 kg di Jepun dan 260 kg di Amerika Syarikat. Penggunaan sayur-sayuran pula ialah sebanyak 45 kg berbanding dengan 112 kg di Jepun dan 126 kg di Amerika Syarikat. Bagi buah-buahan pula, penggunaan per kapita Malaysia ialah sebanyak 60 kg berbanding dengan 84 kg di UK dan 125 kg di Amerika Syarikat.

Jadual 1 

Penggunaan Makanan Per kapita Dalam Negara-Negara Terpilih Dalam

Tahun 2000 (kg/orang/tahun)

 

Malaysia

Thailand

China

Jepun

USA

UK

Holland

Daging

51

24

50

44

112

77

91

Tenusu

53

21

10

68

260

221

368

Telur

14

10

16

19

15

10

20

Bijirin

148

126

190

117

114

108

74

Ubi Kentang

5

4

33

24

65

110

85

Sayur-sayuran

45

37

204

112

126

84

84

Buah-buahan

60

89

43

51

125

84

127

Ikan

58

29

25

65

21

22

21

Minyak Sayuran

18

6

8

14

26

20

16

Gula/Pemanis

49

29

7

28

73

35

46

Kopi

0.3

0.4

-

3.4

4.6

2.5

8.9

Teh

0.6

0.1

0.4

1.1

0.5

2.2

0.9

Koko

0.2

0.3

-

1.2

27

2.4

1.2

Bir & Wain

4.1

18.1

21

44

97

110

96

Sumber:  FAO

4.    Adalah dijangka bahawa penggunaan bahan-bahan makanan ini akan terus meningkat dan menjelang tahun 2010, jumlah permintaan bahan makanan negara akan bertambah sebanyak 3.47 juta tan metrik lagi bernilai RM6 bilion (Jadual 2).

Jadual 2

Anggaran Penggunaan Makanan di Malaysia Dalam Tahun 2010

 

Per Kapita

Kg/orang

2000

 

 

Jumlah

Penggunaan

Tahun 2000

(Populasi 23.5

juta) –

Juta kg

Anggaran

Per Kapita

Kg/orang,

2010

Jumlah

Penggunaan

Tahun 2010

(Populasi 28.9

Juta) –

Juta kg

Anggaran

Pengguna

Tambahan

(Juta kg)

 

Anggaran Nilai

Penggunaan

Tambahan

(RM Juta)

Daging

51

1,200

51

1,470

270

1,350

Tenusu

53

1,250

60

1,730

480

720

Telur

14

330

14

400

70

200

Bijirin

148

3,480

140

4,050

570

680

Ubi Kentang

5

120

10

290

170

150

Sayur-Sayuran

45

1,060

62

1,790

730

800

Buah-Buahan

60

1,410

70

2,020

610

790

Ikan

58

1,360

58

1,680

320

960

Minyak Sayuran

18

420

18

520

100

200

Gula/Pemanis

49

1,150

45