PELUANG PELABURAN BANK PERTANIAN MALAYSIA

 

Oleh: Dato’ Mohd Rosli Abdul Aziz

Pengurus Besar

Bank Pertanian Malaysia

 

1.      PENDAHULUAN

Kertas ini membentangkan program-program pembiayaan yang ditawarkan oleh Bank Pertanian Malaysia dan tarikan-tarikan bagi meningkatkan khidmat pembiayaan BPM dalam sektor pertanian.  

 

2.      LATARBELAKANG BANK

Bank Pertanian Malaysia (BPM) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 1969 di bawah Akta Parlimen 1969. Sejarah penubuhan BPM adalah ekoran daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Kedua yang mengesyorkan agar Kerajaan menubuhkan sebuah institusi kewangan yang khusus memberi kemudahan pinjaman untuk sektor pertanian.

 

2.1     Objektif Penubuhan

             Mengikut Akta BPM 1969, Objektif penubuhan BPM adalah seperti berikut:

3.      PROGRAM PEMBIAYAAN BPM

Program pembiayaan yang boleh ditawarkan oleh BPM adalah seperti berikut:

1)       Tabung Untuk Makanan (Fund for Food, 3F),

2)        Skim Pembiayaan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera  (Skim MBBP),

3)        Skim Mekanisasi dan Automasi Pertanian (Skim MAP)

4)        Skim Tanaman Semula Kelapa Sawit

5)        Skim Sistem Torehan Kekerapan Rendah (Low Intensity Tapping System, LITS)

6)       Skim Usahawan Tani Komersil Siswazah (SUTKS)

7)        Pinjaman komersil BPM.

 

3.1          Tabung  Untuk Makanan

Pembiayaan adalah bertujuan menggalakkan pelaburan dalam bidang pengeluaran makanan iaitu penanaman, penternakan dan perikanan. Pembiayaan juga merangkumi pengeluaran makanan yang diproses dan pengedarannya.

Peruntukan Tabung adalah RM300 juta dan kemudahan pinjaman ini boleh diperolehi daripada Bank Pertanian Malaysia sahaja.

Skop Pembiayaan

 

Ternakan

Lembu, kambing, kerbau, ayam telur, ayam daging, itik, puyuh, burung unta, biri-biri, rusa dan arnab.

 

Tanaman (Padi, sayuran, buahan dan tanaman perasa)

·        Sayuran, pisang, jambu, tembikai, betik, mangga, tebu, kopi, koko dan belimbing, padi dan teh. 

·        Tanaman makanan ternakan seperti jagung, ubikayu dan keledek.

·        Tanaman perasa adalah seperti serai wangi, daun kesum, pandan dan lain-lain.

 

Perikanan

·        Penangkapan ikan pesisiran pantai.

·        Ternakan ikan dalam sangkar, ternakan ikan air tawar/payau, ternakan udang harimau/galah, ketam, tiram dan kerang.

 

Perkara Yang layak dibiayai

·        Semua jenis kos termasuklah tanah dan modal kerja (contoh: benih, baja dan racun)

·        Kos tanah yang boleh dibiayai tidak melebihi 30% daripada kos projek.

·       Bagi projek yang berorientasikan eksport, sekurang-kurang 50% daripada jumlah pengeluaran adalah untuk pasaran tempatan.

 

Had Pinjaman

·        90% daripada kos projek.

·        Pinjaman minimum adalah RM10,000 dan maksimum RM5 juta.

 

Kelayakan Pemohon

·        Warganegara Malaysia

·        Syarikat Malaysia dengan pegangan milik Malaysia tidak kurang daripada 51%.

 

Kadar Faedah

Kadar faedah adalah 3.75% setahun.

 

Tempoh Pinjaman

Tempoh pinjaman adalah 8 tahun.

 

Bayaran Balik

Secara bulanan atau sebarang persetujuan dengan Bank.

 

Cagaran

Bercagar penuh.

 

 

3.2         Skim Pembiayaan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (Skim MPPB)
 

Pinjaman ini disediakan bagi menggalakkan pembentukan usahawan bumiputera dalam sektor pertanian, terutamanya pengeluaran makanan, pemprosesan dan pemasaran produk pertanian kecuali getah, kelapa sawit, tembakau, koko, lada hitam dan perhutanan.

 

Dalam Rancangan Malaysia Kelapan Bank Pertanian telah diperuntukkan sebanyak RM33 juta bagi membiayai Skim Pembiayaan MPPB.

 

Skop Pembiayaan

 

Tanaman

 

Florikuktur (bunga keratan, orkid), tanaman herba dan rempah-ratus, tanaman landskap, sayuran,buah-buahan, pengeluaran bahan tanaman dan benih.

 

Ternakan

 

Spesis unggas (puyuh), ayam, itik, lembu pedaging secara integrasi dan fidlot, lembu tenusu, kambing dan biri-biri.

 

Perikanan

Laut dalam dan akuakultur

 

Industri Pembuatan dan Pemprosesan

Pemprosesan makanan atau berasaskan pertanian, pemprosesan makanan ternakan, ubat-ubatan (ternakan, perikanan, pertanian)

 

Projek Yang Layak Dibiayai

·        Pinjaman boleh membiayai kos projek yang termasuk tanah, kos pembangunan dan modal kerja (contoh: benih, baja dan racun).

·        Kos tanah yang boleh dibiayai tidak harus melebihi 25% daripada kos projek.

 

Had Pinjaman

·        Tidak melebihi 90% daripada kos projek.

·        Pinjaman minimum adalah RM10,000 dan maksimum RM3 juta. 

 

Kelayakan

·        Syarikat sendirian berhad dengan modal berbayar melebihi RM100,000

·        Bagi institusi peladang dan nelayan hendaklah mempunyai ekuiti melebihi RM100,000.

·        Keutamaan adalah kepada usahawan yang sedang memajukan perniagaan mereka.

 

Kadar Faedah

4% setahun

 

Tempoh Pinjaman

Tidak melebihi 10 tahun

 

Tempoh Penangguhan

Boleh diberikan mengikut jenis projek

 

Bayaran Balik

Secara bulanan atau sebarang cara yang dipersetujui dengan Bank.

 

Cagaran

Bercagar penuh

 

 

3.3    Skim Pembiayaan Mekanisasi dan Automasi Pertanian (Skim MAP) 

 

            Skim Pembiayaan Mekanisasi dan Automasi Pertanian adalah bagi menyediakan kemudahan pinjaman bagi pembelian jentera, mesin dan alat automasi yang bakal digunakan bagi meningkatkan produktiviti sektor pertanian dan pendapatan usahawan.

 

            Dalam Rancangan Malaysia Kelapan BPM telah diperuntukan sebanyak RM18 juta bagi membiayai Skim ini.

 

            Projek Layak Dibiayai

            Pembelian jentera, mesin dan alat automasi.

 

            Had Pembiayaan
70%-90% daripada kos projek.

 

            Individu dan Perkongsian

          Pinjaman minimum RM2,000 dan maksimum RM300,000

 

          PPK, PPN, NAFAS, PNK, PNN dan NEKMAT, syarikat
Pinjaman minimum RM5,000 dan maksimum RM2 juta.

 

            Bentuk Pinjaman
Pinjaman berjangka untuk pembelia jentera, mesin adan alat-alat automasi pertanian

 

            Kumpulan Sasar

            

            (a) Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

 

            (b) Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), Persatuan Nelayan Negeri (PNN) dan Persatuan nelayan Kebangsaan (NEKMAT).

 

           (c) Ahli PPK dan PNK

 

            Kadar Faedah
4% setahun

 

            Tempoh Pinjaman
(a) Jentera baru: 7 tahun
(b) Jentera terpakai: 5 tahun

 

            Bayaran Balik
Secara bulanan atau sebarang cara yang dipersetujui dengan Bank.

 

            Cagaran

Bercagar penuh.

 

 

3.4    Skim Galakan Tanaman Semula Kelapa Sawit

Skim ini bertujuan membantu pekebun kecil individu menanam semula kelapa sawit tua yang tidak lagi produktif. Kemudahan ini terbuka kepada pemilik kelapa sawit yang mempunyai keluasan tanaman di bawah 40.5 hektar (100 ekar).

Kerajaan telah diperuntukan RM350 juta juta bagi melaksanakan Skim ini.

Perkara Yang Dibiayai

Semua jenis modal kerja dan modal tetap dalam penanaman kelapa sawit.

Had Pembiayaan

RM6,000 sehektar

Kaedah Pembiayaan

Al-Bai Bithaman Ajil

 

Kelayakan Pemohon

(a) Individu yang memiliki kebun kelapa sawit tidak melebihi daripada 40.5 hektar (100 ekar).

(b) Agensi Kerajaan atau organisasi yang menguruskan kebun kecil kelapa sawit tanpa mengira keluasan tanah yang diusahakan.

 

Bayaran Perkhidmatan

4% setahun atas baki bulanan

 

Tempoh Pinjaman

Tidak melebihi 10 tahun

 

Tempoh Penangguhan

4 tahun

 

Bayaran Balik

Secara bulanan atau sebarang persetujuan dengan BPM.

 

Cagaran

Bercagar penuh.

 

 

3.5    Skim Sistem Torehan Kekerapan Rendah (Low Intensity Tapping System, LITS)

 

Skim ini menyediakan kemudahan pinjaman kepada pekebun kecil getah bagi menggunakan teknologi LITS bagi meningkatkan hasil torehan dan seterusnya pendapatan harian pekebun kecil. Teknologi ini terpakai kepada pokok getah yang berumur lebih 15 tahun.

 

Kerajaan telah memperuntukan RM80 juta bagi memajukan Skim ini.

 

Perkara Yang Dibiayai

Pembelian peralatan teknologi RRIMFLOW atau sebarang teknologi LITS yang diperakukan oleh Lembaga Getah Malaysia.

 

Had Pembiayaan

RM1,000 sehektar iaitu RM700 dalam bentuk geran dan RM300 dalam bentuk pinjaman BPM.

 

Kaedah Pembiayaan

Al-Bai Bithaman Ajil

 

Kelayakan Pemohon

Pemilik pekebun, penyewa, koperasi atau syarikat yang mengusahakan tanah getah melebihi 4 hektar.

 

Bayaran Perkhidmatan

3% setahun atas baki bulanan.

 

Tempoh Pinjaman

12 bulan termasuk 2 bulan tempoh penangguhan.

 

Bayaran Balik

Secara bulanan

 

Cagaran

Dua orang penjamin atau jaminan bersilang.

 

 

3.6    Skim Usahawan Tani Komersil Siswazah (SUTKS)

 

Skim ini menyediakan program latihan dan pinjaman kepada siswazah yang menganggur akibat daripada kemelesetan ekonomi. Di bawah program ini siswazah akan ditempatkan (attachment) dalam projek pelanggan BPM yang berjaya selama satu sehinggan tiga bulan dan dibayar elaun harian sebanyak RM20.

 

Selepas menamatkan latihan siswazah akan ditawarkan pinjaman RM50,000 bagi memajukan projek pertanian yang berkaitan.

 

Kerajaan telah memperuntukan RM20 juta bagi memajukan Skim ini.

 

Perkara Yang Dibiayai

Semua jenis aktiviti aktiviti pertanian dalam bidang pengeluaran, pembuatan dan pemprosesan yang bersifat jangkapendek dan sederhana.

 

Had Pembiayaan

RM50,000 dan boleh ditingkatkan mengikut kemajuan projek.

 

Kaedah Pembiayaan

Al-Bai Bithaman Ajil

 

Kelayakan Pemohon

Siswazah menganggur

 

            Bayaran Perkhidmatan

           3% setahun atas baki bulanan.

           Tidak ada bayaran perkhidmatan semasa tempoh penangguhan.

 

            Tempoh Pinjaman

          Tidak melebihi 6 tahun

 

            Tempoh Penangguhan

            Boleh diberikan dan ia bergantung kepada jenis projek yang dimajukan.

 

            Bayaran balik

            Secara bulanan atau mengikut persetujuan dengan Bank

 

            Cagaran

            Dua orang penjamin atau jaminan bersilang

 

 

3.7          Pinjaman Komersil BPM

 

            BPM juga menyediakan pinjaman komersil. Kemudahan ini dibiayai oleh sumber dana yang digembelingkan oleh BPM khususnya daripada simpanan dan deposit awam.

 

            Kadar faedah bagi pinjaman komersil pada dasarnya akan ditentukan oleh kos dana pasaran dari masa ke semasa. 

 

           Pinjaman komersil boleh membiayai semua jenis projek asalkan ia berkaitan dengan aktiviti pertanian iaitu penanaman, perikanan dan penternakan.  

 

Tujuan Pinjaman

Pinjaman adalah bagi membiayai projek pertanian dalam bidang pengeluaran, pemprosesan, pembuatan dan pemasaran hasil-hasil pertanian.

 

Perkara Yang Dibiayai

Modal tetap dan modal kerja

 

Kaedah Pembiayaan

Pinjaman berjangka, pinjaman pusingan, pembiayaan dagangan dan perbankan Islam.

 

Produk Pembiayaan

Pinjaman projek, kemudahan francais, pendahuluan simpanan tetap, pinjaman kontrek, kontrek tani, pinjaman jentera, pinjaman landskap, pemfaktoran, surat jaminan bank, Niagatani dan kemudahan Al-Bai'Bithaman Ajil.

 

Jumlah Pinjaman
Pinjaman sehingga 70% daripada kos projek

 

Kelayakan
Individu, koperasi, persatuan, dan syarikat perniagaan yang berdaftar. Mereka mestilah rakyat Malaysia atau syarikat Malaysia (pegangan melebihi 51%)

 

Faedah Pinjaman

Kadar faedah pinjaman adalah antara 0-4% di atas Kadar Asas Berian Pinjaman (KABP).

KABP BPM pada masa ini adalah 6.8%.

 

Tempoh Pinjaman

Maksimum 10 tahun

 

Tempoh Penangguhan

Boleh diberikan mengikut jenis projek

 

Bayaran Balik

Secara bulanan, sukutahun mengikut jenis projek dan persetujuan antara peminjam dengan Bank.

 

Cagaran
Pinjaman adalah bercagar penuh. 

 

 

4.     TARIKAN PEMBIAYAAN BPM

BPM telah memperkenalkan syarat atau terma pembiayaan yang menarik bagi meningkatkan khidmat pembiayaannya dalam sektor pertanian, iaitu seperti berikut:  

4.1    Jadual Bayaran Balik Yang Fleksibel

Bagi pinjaman berjangka, bayaran balik pinjaman adalah fleksibel iaitu mengikut aliran masuk pendapatan projek dan kesesuaian pelanggan. Bayaran balik boleh dibuat secara bulanan, sukutahun dan setengah tahun.

Sebagai contoh, bayaran balik pinjaman kelapa sawit boleh dibuat secara sukutahun, manakala projek ayam daging dan akuakultur boleh dibuat secara bulanan atau dua bulan sekali.  

4.2    Tempoh Penangguhan

Bayaran balik pokok pinjaman adalah berpandukan kepada kedudukan aliran tunai projek. Ini bermakna Bank boleh menangguhkan bayaran balik pokok semasa projek belum mendatangkan hasil. Dalam keadaan tertentu, Bank boleh menimbangkan bagi menangguhkan bayaran balik faedah semasa projek belum berhasil.

Dengan kelonggaran ini, pelanggan dijangka tidak akan berhadapan dengan masalah aliran tunai semasa projek belum mendatangkan hasil.

4.3    Kadar Faedah Yang menarik

Kebanyakan program pembiayaan BPM menawarkan kadar faedah yang menarik, iaitu antara 3.75% hingga 4%.

Tawaran faedah yang menarik ini dijangka dapat membantu pelanggan mengurangkan kos meminjam dan secara langsung ia membantu pelanggan meminimakan kos pengeluaran.

4.4    Tempoh Pinjaman Yang Berpatutan

Tempoh bayaran balik pinjaman adalah berpandukan kepada tempoh hayat projek. Ini bermakna pelanggan berhak mendapat tempoh bayaran balik yang bersesuaian dengan tempoh hayat projek.

Sebagai contoh, projek yang mempunyai tempoh hayat yang panjang seperti kelapa sawit, koko, durian dan rambutan, maka tempoh pinjaman boleh mencecah sehingga 10 tahun.

4.5    Kelonggaran Cagaran

Setiap pinjaman haruslah mempunyai cagaran yang bernilai dan mencukupi. Sungguhpun begitu, cagaran bukanlah adalah penentu mutlak dalam membiayai sesuatu projek.

Kriteria utama pembiayaan adalah keberuntungan (viability), pasaran yang terjamin dan kekuatan tenaga pengurusan serta pengalaman.

Oleh itu Bank bersedia melonggarkan syarat pengenaan cagaran sekiranya projek adalah menguntungkan, pasaran terjamin dan ia dikendalikan dengan tenaga pengurusan yang cekap dan berpengalaman.

Kebanyakan projek pertanian yang dibiayai oleh BPM di bawah MOA Inc. adalah antara contoh di mana cagaran yang berupa harta tetap dilonggarkan dan jaminan individu telah digunakan.

4.6          Produk Pembiayaan Yang Menyeluruh

Produk pembiayaan BPM adalah menyeluruh bagi memenuhi kehendak perniagaan pelanggan. BPM menawarkan pinjaman berjangka (term loan), pinjaman pusingan (revolving credit) dan pembiayaan dagangan. Malah, produk pembiayaan di atas boleh dipakejkan mengikut kehendak pelanggan.

Pelanggan boleh memilih kaedah pembiayaan iaitu secara konventional atau secara Islam.

4.7     Perkhidmatan Penyeliaan Projek

Sebagai institusi pembangunan, BPM menekankan kejayaan fizikal projek. Adalah tanggungjawap BPM memberikan khidmat penyeliaan projek percuma kepada pelanggan terutama di peringkat pengeluaran wang. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah ketika projek sedang berjalan, BPM akan berusaha membantu menyelesaikannya.

4.8    Rangkaian Perkhidmatan Yang Menyeluruh

Perkhidmatan pembiayaan boleh diperolehi di 233 rangkaian cawangan BPM yang meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Oleh itu, permohonan pinjaman boleh dibuat di mana-mana cawangan yang berdekatan dengan pelanggan.

 

5.      KESIMPULAN

Dengan program pembiayaan yang menyeluruh, terma pinjaman yang fleksibel, khidmat penyeliaan projek dan rangkaian cawangan yang menyeluruh yang ditawarkan oleh BPM ia akan dapat menggalakkan pelanggan mendapatkan pembiayaan bagi membiayai projek pertanian.

 

Adalah menjadi dasar BPM untuk terus menawar program pembiayaan pertanian yang dikehendaki oleh pelanggan di samping memperbaiki mutu program dan perkhidmatan penyeliaan projek.

 

Dalam tahun 2002, BPM dijangka menerima peruntukan kewangan daripada Kerajaan bagi membiayai tiga program baru di bawah Rancangan Malaysia Kelapan, iaitu Skim Modal Teroka, Kredit Pengeluaran Makanan dan Kredit Industri Kecil & Sederhana.

 

         

        Kuala Lumpur

           21 Oktober 2001