UCAPTAMA YB MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI ASAS TANI
"PERSIDANGAN HALATUJU SEKTOR PERTANIAN
DAN INDUSTRI BERASASKAN PERTANIAN"
PADA 12 OGOS 2004
DI HOTEL PALACE OF GOLDEN HORSES, SELANGOR
1.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para hadiran
yang dapat melapangkan masa untuk menghadiri Persidangan Halatuju Sektor
Pertanian dan Industri Berasaskan Pertanian pada pagi ini. Kehadiran petani,
penternak, nelayan, pelabur, usahawan, pengeksport dan pegawai-pegawai Kerajaan
yang terlibat secara langsung dalam industri pengeluaran makanan pertanian akan
menambahkan lagi pencetusan ide-ide baru bagi menentukan halatuju dan masa depan
pembangunan sektor pertanian mencapai sasarannya.
Mencergaskan
Semula Sektor Pertanian
2.
Di
bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri yang berprihatinan serta amat komited
dengan pembangunan sektor pertanian amnya dan sektor pengeluaran makanan
khususnya, kita mendapat suntikan harapan yang menandakan permulaan era baru
bagi satu kegiatan ekonomi yang telah lama dipinggirkan. Kementerian saya kini
dipertanggungjawabkan untuk mencergaskan semula sektor pengeluaran makanan
pertanian di mana potensinya sebagai penjana pertumbuhan ekonomi belum
direalisasikan sepenuhnya. Strategi untuk mencergaskan semula dan memajukan
pengeluaran makanan pertanian yang dapat menjana nilai ditambah yang tinggi
memerlukan pemodenan sektor ini. Di dalam sektor pengeluaran makanan pertanian
termasuk bukan makanan seperti ikan hiasan dan bunga-bungaan, faktor utama yang
menentukan kejayaan sesuatu aktiviti pertanian ialah produktiviti, keberkesanan
kos dan keupayaan mendapat pasaran. Oleh itu, perancangan jangka panjang bagi
merealisasikan potensinya ialah untuk memodenkan dan mentransformasikan sektor
pengeluaran makanan pertanian sebagai satu entiti yang dinamik dan berdaya saing.
3.
Akibat perkembangan yang tidak seimbang di masa lampau, terdapat dichotomy
di antara sub-sektor pertanian peladangan dan sub-sektor pertanian makanan.
Walaupun sub-sektor pengeluaran makanan pertanian mempunyai jumlah tanah
pertanian yang kecil dan tidak begitu elok, tetapi sumbangannya kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) boleh dikatakan tidak ketinggalan jika dibandingkan
dengan sumbangan kelapa sawit yang dianggap sebagai penjana utama pertumbuhan
sektor pertanian keseluruhannya. Statistik sumbangan sub-sektor pertanian kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2003 menunjukkan bahawa sub-sektor
pengeluaran makanan pertanian mempunyai nilai ditambah berjumlah RM7.5 bilion
berbanding dengan kelapa sawit yang menyumbangkan nilai ditambah sebanyak RM7.1
bilion. Dalam tempoh yang sama, sub-sektor pengeluaran makanan pertanian
mencatatkan pertumbuhan 3.3% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding
dengan kelapa sawit yang menghasilkan pertumbuhan 3.1 %.
4.
Tetapi
dalam usaha jitu kita untuk mengkomersialkan pengeluaran makanan pertanian bagi
menambahkan produktiviti dan daya saingnya, kita tidak akan mengabaikan
sumbangan masyarakat tani yang kecil. Mereka akan terus dibela supaya dapat
sama-sama menikmati pembangunan yang dilaksanakan dan mencapai matlamat
memodenkan aktiviti pertanian mereka supaya tidak ketinggalan dalam proses
pembangunan.
Tuan-tuan/Puan-puan,
Menghapuskan
Kemiskinan Tegar
5.
Malaysia merupakan salah satu negara yang dikenalpasti oleh Bank Dunia
sebagai sebuah ekonomi yang berjaya. Amalan
dasar ekonomi yang pragmatik dan berhemat, liberalisasi perdagangan yang
menggalakkan kemasukan pelaburan luar dan institusi Kerajaan yang stabil
merupakan faktor-faktor utama yang telah mendorong ekonominya tumbuh begitu
pesat. Namun demikian, di
celah-celah pembangunan yang pesat ini, masih terdapat masyarakat petani,
penternak dan nelayan yang belum mengecapi pembangunan tersebut, seolah-olah
mereka ini berada di pinggiran proses pembangunan negara.
6.
Saya
berasa amat sedih kerana kita masih berdepan dengan kemiskinan tegar yang terus
berleluasa di kalangan masyarakat luar bandar. Kemiskinan tegar didefinisikan
sebagai isi rumah berpendapatan separuh daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
dan jumlah kemiskinan tegar di luar bandar adalah sebanyak 2.4% berbanding
dengan kemiskinan tegar di kawasan bandar berjumlah 0.5%. Golongan miskin tegar
ini memperolehi pendapatan sebulan sebanyak RM265 berbanding dengan PGK sebanyak
RM529 sebulan. YAB Perdana Menteri berwawasan untuk menghapuskan agenda yang
belum selesai (unfinished agenda) ini dengan mensasarkan untuk membasmi
kemiskinan tegar dalam tempoh lima tahun ini. Masyarakat luar bandar,
kebanyakannya terlibat dengan aktiviti pertanian. Dengan itu, secara tidak
langsung, mereka dalam golongan miskin ini adalah terlibat dalam aktiviti
pertanian. Kita tidak mahu terus digandingkan sektor pertanian dengan kemiskinan,
kerana jika dirancang dan dilaksanakan dengan baik, aktiviti pertanian boleh
memberikan pendapatan hidup yang baik, malah memberikan, keuntungan. Terdapat
negara-negara barat maju yang bergantung kepada sektor pertaniannya. Misalnya
negara Belanda. Tetapi cara bertani mereka adalah berbeza, iaitu moden dan
berbentuk komersil. Saya yakin kita pun boleh mencapai matlamat ini. Yang
pentingnya kita perlu berusaha gigih dan mahu berubah dari segi sikap, minda dan
cara pelaksanaan.
7.
Insya-Allah
kita akan berganding bahu dengan Kementerian Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar
clan Kementerian Peladangan dan Pembangunan Komoditi untuk merealisasikan
wawasan YAB Perdana Menteri bagi menghapuskan gejala kemisikinan tegar ini dalam
tempoh lima tahun ini. Di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
saya telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Peningkatan dan Mempelbagaikan Pendapatan
Petani, Penternak dan Nelayan untuk mengenalpasti usaha-usaha untuk
mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan kerja-kerja luar pertanian bagi menambahkan
pendapatan mereka selain dari program-program yang lazim dilaksanakan untuk
meningkatkan produktiviti. Antara program-program ini ialah pemindahan
teknologi, latihan dan inkubator, Taman Kekal Pengeluaran Makanan, dusun nukleus,
tanaman berkelompok dan mini-estet.
Tuan-tuan/Puan-puan,
Perikanan
8.
Industri perikanan yang meliputi aktiviti akuakultur, tangkapan ikan laut
dalam dan tuna merupakan salah satu sektor yang mempunyai potensi yang paling
besar. Malah pulangan ke atas pelaburan (ROI) dalam industri ini adalah yang
paling lumayan. Di bawah Zon Industril Akuakultur (ZIA), kita telah
mengenalpastikan kawasan-kawasan akuakultur marin dan air tawar untuk dimajukan
di seluruh negara. Pada tahun 2002, akuakultur marin dan air tawar menghasilkan
pengeluaran sebanyak 191,800 metrik tan yang menjanakan nilai berjumlah RM1.08
bilion. Di bawah Zon Industril Akuakultur, pengeluaran diunjurkan mencapai
600,000 metrik tan pada tahun 2010 dan dijangka akan menjanakan nilai yang
dianggarkan sebanyak RM5.8 bilion. Sebagai langkah susulan bagi
menjayakannya, Kementerian saya telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan
Akuakultur bagi memajukan sub-sektor akuakultur memandangkan ia adalah sub-sektor
yang berpotensi besar untuk diterokai.
9.
Industri tangkapan ikan laut dalam khususnya industri ikan tuna baru
hendak bertapak di Malaysia. Kita perlu mengembangkan aktiviti ini kerana jika
tidak ia amat merugikan kerana Malaysia telah menjadi anggota Indian Ocean Tuna
Commission (IOTC) semenjak tahun 1998 dan telah membayar yuran sebanyak
US$30,000 setahun bagi hak menangkap ikan tuna di Lautan India. Kementerian saya
telah mengadakan latihan bagi melengkapkan tenaga tempatan dengan kemahiran dan
akan membina pelabuhan perikanan bersepadu di Batu Maung, Polau Pinang, Tok
Bali, Kelantan dan Tanjong Manis, Sarawak sebagai langkoh pre-emptive bagi
memajukan industri tuna. Tetapi kekurangan vesel tangkapan ikan tuna yang
dimiliki oleh usahawan dan pelabur tempatan akan membuntukan usaha Kerajaan
untuk menceburi dalam industri ini. Kita sedia ketahui bahawa pelaburan dalam
perikanan laut dalam adalah tinggi. Oleh yang demikian, usaha telah dibuat untuk
menyediakan dana-dana yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan mereka yang
berminat. Di samping itu latihan khusus bagi nakhoda dan awak-awak juga diadakan
untuk menyokong pembangunan industri ini. Melalui usaha-usaha ini, kita
berharap dapat mewujudkan sebuah industri yang kurang bergantung kepada
penggunaan vesel carter asing dan nelayan asing dan negara tidak akan kerugian
sebanyak RM381 juta setahun akibat aktiviti penjualan secara haram di luar
negara.
10.
Pembangunan Industri tangkapan ikan laut dalam dan tuna dijangka akan
menyumbangkan pendaratan ikan sebanyak 500,000 metrik tan bernilai RM2 billion
setahun menjelang 2010. Sebagai langkah untuk memajukan industri yang amat
berpotensi ini, Kementerian saya kini sedang mengkaji cadangan untuk menubuhkan
sebuah Konsortium Perikanan Berhad sebagai pemangkin kepada pernodenan
dan pembangunan industri tangkapan ikan laut dalam dan tuna yang strategik dan
boleh dijadikan sumber pertumbuhan baru bagi ekonomi negara kita.
11.
Bagi nelayan-nelayan yang menangkap ikan di persisiran pantai pula,
Kerajaan telah menambahkan Dana Nelayan sebanyak RM85 juta lagi bagi menyediakan
pinjaman tanpa faedah sehingga RM25,000 bagi pembelian enjin baru dan peralatan
serta mengganti bot yang usang.
Tanaman Buah-buahan Dan Sayuran
12. Negara kita mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran dan pengeksportan buah-buah tropika dan sayur-sayuran. Pada tahun 2003, Malaysia mengeksport buah buahan tropika bernilai RM343.8 juta di mana betik, durian, pisang, belimbing dan kelapa telah menyumbangkan 61.3% dari jumlah eksport tersebut. Pasaran utama kita ialah Singapura, Hong Kong, dan Netherlands dan jumlah eksport ketiga-tiga negara tersebut merangkumi 71.9% daripada eksport negara.
13.
Jumlah eksport sayur-sayuran pada tahun 2003 ialah RM303.2 juta dan sebanyak
93.9% dari jumlah eksport tersebut dijual kepada Singapura, Thailand dan
Indonesia. Di dapati pasaran kita adalah terhad kepada negara-negara jiran. Saya
yakin kita boleh menerokai pasaran yang lebih luas bagi meningkatkan
pengeksportan buah-buhan tropika clan sayur-sayuran keluaran Malaysia di
negara-negara lain daripada negara-negara pengimport tradisional yang sedia ada.
Bagi maksud ini, beberapa program peningkatan kualiti dan persijilan ladang
telah dilaksanakan, berasaskan kepada tahap persijilan yang diterima di
peringkat antarabangsa. Di peringkat tertinggi ialah persijilan Malaysia’s
Best yang memastikan bahawa penerima/pengeluar yang terlibat telah dapat
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Khusus bagi produk yang hendak memasuki
pasaran Eropah pula, mereka perlu memenuhi sistem kualiti dan mekanisme EURAOGAP.
Jabatan-jabatan dan Agensi Kementerian bersedia membantu mereka yang mahu
memasuki program-program ini.
Ternakan
14. Kita mengeluarkan 23,970 tan metrik daging lembu pada tahun 2003 dan hanya berupaya menampung 20% dari keperluan negara. Oleh itu, kita perlu mengimport sebanyok 95,000 tan metrik daging lembu dari India, Australia dan New Zealand. Di samping itu, Malaysia juga mengimport 94,000 ekor lembu dan 2,500 ekor kerbau pada tahun 2003. Masalah utama yang dihadapi ialah kekurangan bekalan rumput ragut dan lembu bibit bagi tujuan pembiakan dan anak lembu bagi aktiviti pembesaran, di samping mencari makanan alternatif yang berdaya maju (viable). Sebagai langkah mengatasi masalah-masalah ini, Kementerian saya telah menggalakkan penternakan lembu secara integrasi dengan ladang tanaman kekal bagi mengoptimumkan penggunaan tanah dan amalan penternakan intensif dalam kurungan secara sistem fidlot, dan mencuba makanan menggunakan hampas isirong kelapa sawit, kenaf dan juga kacang soya.
15. Apa yang amat diperlukan sekarang ialah pemilik-pemilik syarikat ladang-ladang besar untuk menyahut seruan Kerajaan untuk melibatkan diri dalam ternakan integrasi supaya dapat meningkatkan pengeluaran daging lembu dan mengurangkan kos importnya. Saya akan menubuhkan satu Jawatankuasa Pembangunan Industri Ternakan khusus untuk merancang strategi dan program-program bagi mengembangkan lagi industri ternakan ini.
Padi
16. Dalam sektor padi, satu kajian menyeluruh mengenai kedudukan industri padi dan beras ini sedang dibuat dan laporan akhir yang menghuraikan penemuan-penemuan dan rumusan strategi yang dicadangkan akan diterima tidak lama lagi. Kajian ini penting bagi meninjau kekuatan dan kelemahan industri tersebut supaya langkah-langkah untuk memperkukuhkan daya saing industri ini diwujudkan untuk membolehkan ia bersaing dalam era globalisasi, terutamanya di dalam suasana liberalisasi perdagangan pasca AFTA dan WTO.
17. Salah satu cara untuk mengatasi masalah kos pengeluaran padi yang tinggi ialah melalui peningkatan produktiviti hasil dengan penggunaan benih padi hibrid atau kacukan yang baik sepertimana diamalkan di China. Purata hasil pengeluaran padi hibrid adalah 7 tan metrik sehektar iaitu 25% lebih banyak berbanding benih padi biasa yang menghasilkan purata 5.6 tan metrik. MARDI akan meneruskan kajian penyelidikan dan pernbangunan ke atas benih padi hibrid termasuklah mengadakan kerjasama dengan badan-badan penyelidikan tempatan yang lain dan institusi-institusi penyelidikan yang mempunyai kepakaran dari China.
Industrai Asas Tani
18. Dalam rombakan Kabinet yang dilaksanakan, tugas Kementerian Pertanian telah ditambah dengan dimasukkan aktiviti hiliran iaitu industri asas tani. Di Malaysia, sebanyak 80% dari pengeluaran makanan pertanian yang dihasilkan dijual secara segar. Kedudukan sedemikian menyebabkan masalah lambakan apabila terdapat bekalan yang banyak. Salah satu cara untuk mengatasi masalah lambakan ini ialah menggunakan hasil pertanian segar ini dalam pemprosesan hiliran yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi.
19.
Penumpuan baru kita untuk memajukan industri asas tani akan membantu masyarakat
tani menjana pendapatan tambahan. Namun demikian, ia tidak bermakna bahawa
industri asas tani belum lagi berkembang di kalangan masyarakat tani. Sebenarnya
industri asas tani telah lama dijalankan sebagai cottage industry seperti
keropok, sos ikan bilis (budu), kerepek ubi dan sos kicap oleh sesetengah petani.
Penumpuan baru ialah untuk memajukan industri asas tani dengan menyusun semula
pengeluaran cottage industry untuk dipertingkatkan operasinya ke tahap industri
kecil dan sederhana (IKS) yang dapat mematuhi piawaian keselamatan makanan dan
kualiti antarabangsa supaya dapat menerokai pasaran dunia.
20.
Bagi saya, pembangunan indusrti asas tani yang kita hendak majukan perlu
menggunakan sumber pertanian dalaman dan kurang bergantung kepada input yang
diimport. Ini akan mengurangkan kebocoran dalam proses ekonomi. Tetapi lebih
penting lagi, kejayaan kita untuk memajukan IKS yang bersumberkan hasil
pertanian dalaman akan mencetuskan rantaian nilai ditambah backward and forward
lingkages dalam ekonomi domestik yang akan menambahkan kesan berganda dalam
ekonomi kita.
R & D
21.
Kita bergantung kepada teknologi dan input luar. Sebanyak 95% daripada benih
bagi tanaman sayuran dan 40% daripada benih tanaman buah-buahan adalah diimport
dari China, Australia dan Taiwan. Justeru, kita perlu meningkatkan usaha
penyelidikan dan pembangunan (R & D) untuk mencari pembaharuan yang
berterusan dan inovasi bagi mencari sumber-sumber benih alternatif dan
menambahkan produktiviti dan keberkesanan kos pengeluaran pertanian disamping
menghasilkan produk-produk baru yang inovatif. Kegiatan penyelidikan dan
pembangunan yang dijalankan oleh MARDI tidak sepatutnya terhad kepada mencari
benih baru sahaja tetapi meliputi juga rantaian nilai tambah (value chain) yang
lain seperti pemprosesan makanan, pengurusan air, penggunaan input pertanian,
dan cara-cara pembungkusan. Lebih penting ialah langkah-langkah susulan yang
diambil oleh MARDI bagi pengkomersialan penemuan-penernuan kajian dari makmal
kepada pasaran oleh usahawan-usahawan tempatan melalui program pembangunan
usahawan secara inkubator.
22.
Di Malaysia, industri bioteknologi pertanian merupakan industri baru yang belum
berkembang luas. Penyelidikan bioteknologi memerlukan pelaburan yang tinggi
untuk infrastruktur, peralatan, kemudahan dan sumber manusia dan pembangunan
bioteknologi di negara kita hendaklah diterajui oleh sektor swasta (private-sector
driven). Selaras dengan hasrat kerajaan ini, Projek BioValley
Malaysia telah dilancarkan bagi membentuk satu hub baru bioteknologi di rantau
ini. Projek ini akan menempatkan Institut Agro-Bioteknologi Kebangsaan yang
khusus menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang bioteknologi
pertanian. Makmal sementara telah dibangunkan di MARDI, sementara menunggu
projek siap dibina di lokasi tetap di Dengkil. Potensi dalam bidang bioteknologi
ini amat tinggi. Oleh yang demikian, produk-produk yang berasaskan
bioteknologi pertanian perlu dikomersilkan untuk menjana sumbangan bagi
pertumbuhan baru dalam sektor pertanian.
Latihan
23.
Pembangunan sumber tenaga pertanian bagi meningkatkan kecekapan dan memudahkan
penyebaran serta penerimaan teknologi adalah penting dalam usaha kita memajukan
pertanian. Program latihan dan kemudahan akan dipertingkatkan bagi memastikan
masyarakat tani dibekalkan dengan kemahiran teknikal dan teknologi bagi
meningkatkan produktiviti, manakala pakar-pakar dan pekerja-pekerja pengembangan
yang terlibat dalam aktiviti bimbingan dan latihan dilengkapkan pengetahuan dan
kepakaran bagi membantu masyarakat tani. Kementerian saya telah menubuhkan
Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) yang dipertanggungjawabkan
bagi merancang, menyelaras dan menilai program latihan kemahiran selaras dengan
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi melahirkan pekerja dan
usahawan tani yang berpengetahuan dan berkemahiran (skill-based). Sehingga kini,
sebanyak 63 buah NOSS telah dibangunkan meliputi bidang-bidang tanaman, ternakan,
perikanan, pemprosesan makanan dan pengedaran hasil-hasil pertanian. Sebuah
Kolej Pertanian Malaysia akan dibina di Kedah di bawah Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMKe9). Kemasukan modul-modul dalam kursus-kursus yang disediakan
mengikut tahap-tahap yang berkaitan tidak bergantung semata-mata kepada
kelulusan akademik, tetapi juga kepada pengetahuan dan kernahiran amali yang
dimiliki. Matlamat utama diadakan kursus dan persijilan yang dikeluarkan ialah
supaya tahap kemahiran pekerja sektor pertanian adalah setanding dengan mereka
yang bekerja dalarn sektor pembuatan, dan mereka akan dapat menyaksikan
peningkatan kerjaya yang jelas setelah mempunyai kelulusan-kelulusan ini.
Peranan Swasta Dalam Mengkomersial Pengeluaran
24.
Kerajaan juga amat menyedari bahawa peranan sektor swasta adalah sangat penting
ke arah menjadikan sektor pertanian dan industri asas tani sebagai satu sektor
yang moden, dinamik dan berdaya saing. Kementerian saya dan MIDA telah
menyediakan insentif potongan cukai bagi sektor pertanian dan industri asas tani
seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Penggalakkan Pelaburan 1986 dan Akta
Cukai Pendapatan 1967. Di bawah insentif ini, syarikat-syarikat yang mengusaha
atau melabur dalam aktiviti atau produk yang digalakkan adalah layak untuk
memohon insentif Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan. Disamping itu
terdapat juga insentif bagi penyelidikan dan pembangunan, elaun pertanian,
insentif untuk eksport, insentif bagi syarikat yang menyediakan kemudahan sejuk
beku, potongan untuk mendapatkan akreditasi dan sebagainya.
25.
Bagi tempoh bermula Januari 2001 sehingga Jun 2004, Kementerian ini telah
menerima sebanyak 184 permohonan bagi insentif projek pengeluaran makanan dengan
nilai sebanyak RM2.15 bilion. Daripada jumlah ini, sebanyak 141 permohonan
telah diluluskan dengan nilai sebanyak RM940.83 juta. Nilai pelaburan tertinggi
yang diterima setakat ini adalah bagi sektor akuakultur iaitu sebanyak RM1.46
billion, diikuti dengan sektor tanaman sebanyak RM603.16 juta dan ternakan
sebanyak RM85.14 juta. Saya ingin memaklomkan bahawa insentif yang diberikan
kepada sektor pertanian adalah yang sangat menarik daripada sektor-sektor yang
lain. Namun demikian, Kementerian saya masih belum lagi berpuashati dan sedang
meneliti cadangan insentif-insentif baru yang dapat menambahkan minat
pelabur-pelabur dalam sektor ini.
Peranan PPK dan PPN
26.
Organisasi di peringkat grassroot seperti Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan
Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) hendaklah menjadi agen perubahan yang cekap dan berkesan
untuk membawa kemajuan kepada kumpulan sasar mereka. Peranan mereka adalah amat
penting bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan bagi masyarakat tani.
Kita perlu mengubah modus operandi mereka daripada hanya terlibat dalam
pembekalan peralatan dan input pertanian serta menjadi pengurus kepada
projek-projek yang dijalankan kepada memberi kepimpinan dalam melaksanakan
aktiviti komersial yang berdaya maju termasuk industri asas tani dan
pernprosesan hiliran dan operasi pertanian secara kooperatif. Oleh itu, adalah
penting mereka ini diberi dorongan di samping diawasi supaya peranan PPK dan PNK
dapat dimantapkan lagi dan boleh mencapai keberkesanan yang lebih jika mendapat
bimbingan dan kepimpinan daripada Kerajaan-kerajaan Negeri.
Pemasaran
27.
Di dalam usaha kita untuk mengkomersialkan industri pengeluaran makanan
pertanian, FAMA perlu menerokai pasaran baru dan menambahkan market access
keluaran pertanian bagi mengatasi masalah lambakan. Saya telah mengadakan misi
galakan pemasaran dan pelaburan ke Taiwan baru-baru ini sebagai langkah untuk
menarik pelaburan asing dan pemindahan teknologi pertanian. Di samping itu, Kementerian saya bercadang untuk menubuhkan pejabat pemasaran di
pasaran-pasaran utama kita seperti EU dan China bagi membolehkan kita
melaksanakan promosi dan pemasaran yang lebih agresif supaya memperolehi market
acess yang lebih banyak dan luas.
Kriteria Kualiti dan Keselamatan Antarabangsa
28.
Di peringkat pasaran global, isu mengenai keluaran pertanian yang berkualiti dan
selamat untuk dimakan kini menjadi satu keperluan penting sebelum kita boleh
mengeksport hasil kita. Justeru, kita perlu memperkukuhkan kapasiti keupayaan
dalam mematuhi piawaian keselamatan makanan dan kualiti antarabangsa supaya
pengeluaran makanan pertanian negara dapat menerokai pasaran negara maju dan
negara-negara pengimport lain. Piawaian-piawaian yang ditetapkan oleh CODEX
Alimentarius Commission, Hazard Analysis And Critical Control Point (HACCP) dan
Euro Retailer Working Group Good Agriculture Practice (EUREPGAP) yang mengenakan
syarat-syarat yang ketat perlu diamalkan bagi menjamin kemasukan produk kepada
negara pengimport.
29.
Kementerian saya telah melaksanakan beberapa
Perubahan Pemikiran
30.
Masalah utama yang saya hadapi dalam merangka strategi dan program-program untuk
memodenkan dan memajukan industri pengeluaran makanan pertanian ialah persepsi
negative terhadap pertanian. Stigma bahawa industri pertanian merupakan sunset
industry yang diusahakan oleh petani yang tua sahaja harus dikikiskan.
Keengganan usahawan-usahawan dan pelabur-pelabur tempatan untuk melibatkan diri
dalam industri pertanian kerana ia adalah berisiko tinggi serta mempunyai tempoh
bayaran balik pulangan pelaburan yang lambat wajar digantikan dengan tangggapan
bahawa ia merupakan sumber pertumbuhan ekonomi baru, berdayamaju dan dapat
diatasi risikonya melalui perancangan yang baik, penggunaan teknologi yang moden
dan bersedia dalam mengharungi rintangan pasaran dari sudut keselamatan makanan.
Malah kini terdapat kegiatan pertanian yang dikategorikan sebagai sumber
pertumbuhan baru sepertl ikan hiasan, rumpai laut, dan bunga-bungaan yang
mencatatkan nilai eksport yang kian meningkat dan Kementerian saya
menggalakkan penglibatan usahawan-usahawan dan pelabur-pelabur tempatan dalam
bidang ini.
31.
Petani, penternak dan nelayan perlu menghapuskan pandangan bahawa 'padi secupak
tidak akan menjadi segantang'. Kementerian saya telah banyak melaksanakan
pelbagai projek yang bertujuan untuk membantu petani, penternak dan nelayan
untuk melepasi daripada belenggu kemiskinan. Tetapi tahap penerimaan oleh
masyarakat tani adalah amat sukar diperolehi seperti amalan teknologi baru,
penggunaan jentera serta peralatan baru dan pengurusan ladang yang mematuhi
piawaian kualiti antarabangsa. Malah setiap kali kita bertembung dengan masalah
sikap dan cara pemikiran yang tidak berani untuk berdikari dan berubah. Kita
berdepan dengan masyarakat tani yang kurang bersemangat keusahawanan dan
berinovatif yang berani mengambil risiko dalam mencuba teknologi dan cara
tanaman baru bagi menambahbaik kedudukan mereka. Akibatnya penyebaran dan
penerimaan teknologi baru akan menghadapi kebuntuan.
32.
Sebaliknya kita sentiasa berdepan masyarakat tani yang mempunyai sindrom
pergantungan. Mereka menunggu inisiatif daripada Jabatan-jabatan dan
agensi-agensi Kerajaan untuk melaksanakan projek-projek bagi membantu mengubah
nasib mereka. Tetapi kebanyakan projek-projek yang diilhamkan oleh Kerajaan
mempunyai jangka hayat yang pendek. Tanpa aktiviti pengembangan dan bimbingan
teknikal yang dilaksanakan oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan,
projek-projek tersebut akan terbengkalai. Sindrom pergantungan ini hendaklah
dihapuskan dan digantikan dengan pembudayaan nilai-nilai semangat keusahawanan
dan inovasi supaya masyarakat tani mempunyai kekuatan untuk terus memajukan
projek-projek secara berdikari.
33. Kerajaan mempunyai sumber terhad untuk dibelanjakan bagi melaksanakan pelbagai projek-projek pernbangunan pertanian. Sumber terhad ini telah digunakan untuk membina infrastruktur pertanian seperti jalan ladang dan sistern pengairan, jentera dan peralatan termasuk bot-bot menangkap ikan dan pemprosesan hiliran, latihan dan pemindahan teknologi, serta menyusun semula kawasan tanaman menjadi tanaman berkelompok, dusun nukleus dan mini estet dan arnalan pertanian yang baik. Tetapi infrastruktur dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan tidak akan mencapai keberkesananya sekiranya masyarakat tani sendiri tidak menggunakan dengan sepenuhnya. Kementerian saya kini akan menggalakkan kumpulan sasar bukan sahaja untuk menghasilkan pengeluaran, tetapi sama berfikir mengapa produk-produk itu perlu dihasilkan, dan bagaimana pula cara yang terbaik produk itu boleh dihasilkan untuk memberikan pulangan yang maksima.
34.
Kerajaan amat komited untuk membantu masyarakat tani dan sebagai timbal balik,
masyarakat tani hendaklah komited untuk ingin memajukan diri. Segala bantuan
dan infrastruktur yang dihulurkan oleh Kerajaan akan menjadi sia-sia sahaja dan
terus menjadi kemudahan gajah putih tanpa perubahan sikap, komitmen dan
inisiatif daripada petani, penternak dan nelayan untuk menjadi dirinya sebagai
sumber utama bagi menjana kekayaan selama-lamanya. Ini adalah kerana petani,
penternak dan nelayan merupakan pemangkin dalam menjayakan segala usaha yang
dilaksanakan oleh Kerajaan untuk membantu mereka. Bagi golongan sektor swasta
pula, kita perlu melihat bagaimana satu perkongsian pintar dapat dijalinkan
untuk sama-sama memajukan sektor pertanian ini.
Tuan-tuan/Puan-puan,
35.
Dengan kata-kata ini, saya berkeyakinan bahawa perjumpaan kita di Persidangan
ini akan menjana ide-ide baru serta komitmen jitu yang akan mencetus perubahan
besar untuk membawa kepada pemodenan dan kemajuan industri pengeluaran makanan
pertanian negara kita.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
Tingkat 4, Wisma Tani, Kuala Lumpur.
12 Ogos 2004