PEMBIAYAAN
DI BAWAH DPN3:
Oleh:
Abd Rahaman Rasid
Bank
Pertanian Malaysia
1.
PENDAHULUAN
Kertas
ini membentangkan senario pembiayaan pertanian di negara ini, peranan BPM yang
telah dimainkan semasa DPN3 dan cabaran serta peluang pembiayaan pertanian yang
di tahun-tahun akan datang.
2.
PEMBIAYAAN SEKTOR PETANIAN
2.1 Pembiaya Sektor Pertanian
Mengikut
Bank Negara Malaysia (BNM), empat badan yang membiayai sektor pertanian ialah
sistem perbankan, agensi pembangunan, institut kredit luar bandar, dan
pertubuhan & koperasi. Berdasarkan baki pada Disember 2000,
institusi-institusi ini membiayai RM14.3 bilion bagi aktiviti pertanian,
perhutanan, penternakan dan perikanan. Baki pembiayaan oleh institusi di atas
adalah seperti dalam Jadual 1.
|
Institusi
Penyalur Kredit Pertanian |
RM
Bilion |
%
Syer |
Sistem
Perbankan
|
12.0 |
84% |
|
Bank Perdagangan |
10.0 |
70% |
|
Syarikat Kewangan |
0.8 |
6% |
|
Bank Saudagar |
1.2 |
8% |
Sabah Development Bank
|
0.1 |
0.7% |
Institut
Kredit Luar Bandar
|
2.2 |
15% |
|
Bank Pertanian |
2.1 |
14.7% |
|
Bank Rakyat |
0.1 |
0.3% |
|
Pertubuhan,
syarikat kerjasama dan Koperasi Peladang |
0.1 |
0.3% |
|
Jumlah
Pembiayaan |
14.3 |
100% |
Sumber: Bank Negara Malaysia, Laporan Tahunan 2000
Bank Pertanian Malaysia, Laporan Tahunan 2000.
Sistem
perbankan adalah pembiaya utama sektor pertanian dengan jumlah syer 84% yang
bernilai RM12 bilion dan diikuti oleh institusi kredit luar bandar, 15%. Dari
sudut institusi, Bank Pertanian menguasai 14.7% syer kredit pertanian yang
bernilai RM2.1 bilion pada akhir 2000.
Pembiayaan pertanian oleh sistem perbankan masih rendah di mana pembiayaan sektor tersebut adalah 2.6% daripada jumlah pembiayaan sistem perbankan yang sebanyak RM454.2 bilion (Jadual 2)
|
Pembiayaan
Mengikut Sektor |
RM
bilion |
%
syer |
|
Pembiayaan
pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan |
12.0 |
2.6 |
|
Jumlah
Pembiayaan Sektor Perbankan |
454.2 |
100.0 |
Sumber: Bank Negara Malaysia,
Laporan Tahunan 2000.
2.2
Nisbah Pembiayaan-KDNK
Jika
diukur dalam konteks KDNK, pembiayaan sektor pertanian juga rendah. Berdasarkan
baki pembiayaan sektor pertanian RM14.3 bilion dan KDNK pertanian adalah RM18.2
bilion pada 2000, nisbah pembiayaan pertanian kepada KDNK pertanian adalah 0.8.
Pencapaian ini rendah berbanding dengan nisbah jumlah pembiayaan sistem
perbankan kepada jumlah KDNK, iaitu 2.2. (Jumlah pembiayaan: RM454.2 bilion,
KDNK:RM209 bilion)
2.3 Faktor Sistem Perbankan Kurang Membiayai Sektor Pertanian
Mengapa
sistem perbankan kurang menyalurkan pinjaman kepada sektor pertanian? Soalan ini
layak dijelaskan oleh Bank Negara selaku regulator sistem perbankan. Sungguhpuh
begitu, ada beberapa faktor yang dijangka mendorong kepada keadaan ini.
(i)
Risiko Pertanian
Pembiayaan
sektor pertanian dianggap lebih berisiko berbanding pembiayaan harta benda,
perkilangan, kredit penggunaan, kenderaan dan pengangkutan. Sektor pertanian
berhadapan dengan benda hidup, bernyawa dan terdedah kepada jangkitan penyakit,
kemarau, tanah runtuh dan penyakit. Ada risiko ini sukar diramalkan dan
kadang-kadang sukar dikawal.
(ii)
Pemadanan (matching) Sumber dengan Pembiayaan
Kecuali
Tabung-Tabung Kerajaan seperti Tabung Untuk Makanan yang mempunyai tempoh matang
8 tahun, sebahagian besar sumber dana sistem perbankan adalah bersifat jangka
pendek sedangkan kebanyakan aktiviti pertanian bersifat jangka sederhana dan
berjangkapanjang. Secara relatif, sistem perbankan lebih berminat membiayai
aktiviti yang mempunyai tempoh pinjaman yang lebih pendek supaya dipadankan
dengan tempoh sumber dana berjangka pendek.
(iii)
Kekurangan Kepakaran
Sistem
perbankan membiayai semua jenis aktiviti ekonomi berbanding Bank Pertanian yang
membiayai sektor pertanian sahaja. Oleh itu, secara relatif sistem perbankan
mempunyai kurang kepakaran dan pengalaman dalam menilai dan mempertimbangkan
pinjaman pertanian berbanding dengan BPM. BPM sendiri ada menerima permohonan
pinjaman pelanggan bank-bank lain kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan
dalam menilai projek pertanian tertentu.
(iv)
Pertanian Bukanlah Sektor yang Diutamakan
Dari
sudut sistem perbankan, pertanian bukanlah sektor yang diutamakan. Tidak ada
pembiayaan minimum atau maksimum bagi sektor pertanian yang dikenakan oleh Bank
Negara kepada sistem perbankan.
3. PERANAN BPM
3.1
Latar Belakang Penubuhan
Bank
Pertanian Malaysia (BPM) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 1969
di bawah Akta Parlimen 1969. Sejarah penubuhan BPM adalah ekoran daripada
resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Kedua yang mengesyorkan agar Kerajaan
menubuhkan sebuah institusi kewangan, khusus memberi kemudahan pinjaman untuk
sektor pertanian.
Syor
ini diutarakan kerana pada tahun 60-an ramai petani dan nelayan yang
kebanyakannya Melayu tertekan oleh cengkeman orang tengah yang menyediakan modal
pertanian. Bank perdagangan pula kurang berminat membiayai aktiviti pertanian
kerana kebanyakannya dikerja secara kecil dan tidak ekonomik. Kegagalan
menyediakan cagaran oleh petani tambah menyukarkan mereka mendapatkan pinjaman
dari bank perdagangan.
Idea
menubuhkan sebuah "bank pertanian" menjadi kenyataan pada akhir tahun
60-an apabila Kerajaan memutuskan bagi memajukan projek tanaman padi di
Pengairan MUDA. Kos pembinaan infrastruktur Pengairan Muda dibiayai oleh
pinjaman Bank Dunia dan di dalam perjanjian pinjaman, Bank Dunia mensyaratkan
supaya Kerajaan Malaysia menubuhkan sebuah badan bagi mengendalikan kredit
pusingan pengeluaran padi di kalangan penanam padi.
3.2
Objektif Penubuhan
Mengikut
Akta BPM 1969, Objektif penubuhan BPM adalah seperti berikut:
(i)
Menggalakkan kemajuan pertanian yang sempurna di dalam Malaysia atau di
mana-mana bahagiannya;
(ii) Menyelaras
dan menyelia bantuan kredit dari kumpulan wang awam untuk maksud pertanian
kepada orang perseorangan, kumpulan orang samada diperbadankan atau tidak;
(iii) Mengadakan kemudahan pinjaman, pendahuluan dan kredit untuk kemajuan pertanian termasuk penghasilan dan pemasaran;
Setelah beroperasi selama 30 tahun, BPM
dianggap sebagai pembiaya utama sektor pertanian. Ini berdasarkan syer baki
pembiayaan oleh BPM sebanyak 15% pada akhir 2000, iaitu setelah mengambil kira
ada 70 bank perdagangan, syarikat kewangan dan bank saudagar sebelum
penggabungan mereka kepada 10 kumpulan bank utama. Sumbangan BPM ini sungguh
bermakna kerana lebih 60% penerima pinjaman adalah pengusaha kecil dan sederhana
yang mengerjakan aktibiti pertanian yang umumnya tidak berpeluang memperolehi
kemudahan pinjaman daripada institusi perbankan komersil.
BANK
PERTANIAN MALAYSIA
Kelulusan
Pinjaman 1996-2000
|
Komoditi
(RM Juta) |
96 |
97 |
98 |
99 |
2000 |
|
Padi |
28.8 |
26.0 |
12.6 |
23.1 |
22.4 |
|
Tembakau |
218.2 |
430.3 |
18.2 |
4.2 |
2.4 |
|
Getah |
17.7 |
15.1 |
0.3 |
1.6 |
4.3 |
|
Kelapa |
0.6 |
0.8 |
0.1 |
0.2 |
0.4 |
|
Koko |
2.8 |
1.8 |
1.8 |
1.9 |
2.0 |
|
Buah-Buahan |
24.2 |
18.8 |
3.2 |
7.5 |
12.8 |
|
Sayur-sayuran |
7.9 |
6.6 |
7.3 |
6.1 |
13.3 |
|
Perikanan
Laut |
6.8 |
8.8 |
1.8 |
3.8 |
18.2 |
|
Akuakultur |
213.3 |
3.3 |
7.6 |
14.3 |
15.6 |
|
Ikan
Hiasan |
0.8 |
0.7 |
0.0 |
0.0 |
0.2 |
|
Lembu
Daging/Susu |
11.8 |
7.9 |
12.1 |
25.2 |
15.4 |
|
Ayam
Daging |
61.8 |
53.2 |
31.1 |
19.8 |
33.4 |
|
Ternakan
Lain |
5.0 |
4.8 |
0.9 |
3.4 |
5.5 |
|
Rempah-Ratus |
0.4 |
0.4 |
0.1 |
0.2 |
0.6 |
|
Kelapa
Sawit |
145.0 |
167.2 |
22.8 |
117.9 |
124.8 |
|
Tanaman
Bukan Makanan Lain |
715.1 |
109.8 |
22.7 |
32.8 |
23.0 |
|
Tanaman
Makanan Lain |
14.6 |
7.6 |
301.3 |
4.9 |
4.8 |
|
Perhutanan |
14.6 |
2.8 |
2.1 |
0.4 |
101.8 |
|
Lain-lain |
106.5 |
94.1 |
48.6 |
59.2 |
24.8 |
|
Jumlah |
1,595.9 |
960.0 |
494.6 |
326.5 |
425.7 |
Sumber:
Bank Pertanian Malaysia
3.4
Pembiaya Pengeluaran Makanan
Isu
kenaikan harga barangan makanan utama seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran terus
dibincangkan sehingga ke hari ini. Kenaikan harga makanan ini adalah berpunca
antaranya kekurangan aktiviti pengeluaran makanan dalam negeri serta kenaikan
kos makanan yang diimport. Bagi menggalakkan pelaburan dalam sektor makanan,
pada tahun 1993, Kerajaan melalui Bank Negara memperkenalkan Tabung Untuk
Makanan (TUM).
Tabung
ini menyediakan dana pinjaman kepada pengeluar makanan tempatan dengan kadar
faedah pinjaman 3.75%. Sehingga kini, sejumlah RM 1,300 juta telah diperuntukkan
oleh Bank Negara di bawah Tabung ini. Kemudahan pinjaman ini ditawarkan oleh
semua bank perdagangan, syarikat kewangan, Bank Islam, Bank Industri dan Bank
Pembangunan. Mulai 15 Julai 2001 pinjaman ini ditawarkan Bank Pertanian sahaja.
Bank
Pertanian telah memainkan peranan yang besar dalam menjayakan Tabung Untuk
Makanan. Sehingga Jun 2001, BPM telah meluluskan 3,636 pinjaman bernilai
RM544.09 juta berbanding dengan 4,763 pinjaman bernilai RM978.07 juta, iaitu
jumlah kelulusan keseluruhan Tabung ini (Jadual 4). Ini bererti syer BPM dari
segi bilangan dan nilai kelulusan adalah masing-masing 76% dan 56% daripada
jumlah kelulusan Tabung.
Jadual 4
Pembiayaan Tabung Untuk
Makanan
Jumlah Kelulusan Pinjaman
Sehingga 30 Jun 2001*
|
|
Bank
Pertanian (RM
Juta) |
Sistem
Perbankan |
Syer
BPM (RM
Juta) |
|
Penanaman
|
143.62 |
244.21 |
59% |
|
Penternakan |
277.83 |
495.70 |
56% |
|
Pemprosesan |
12.42 |
41.82 |
30% |
|
Perikanan |
106.25 |
186.56 |
57% |
|
Pemasaran
& Pengedaran |
2.88 |
8.69 |
33% |
|
Bioteknologi |
1.09 |
1.09 |
100% |
|
Jumlah |
544.09 |
978.07 |
56% |
Sumber:
Bank Negara Malaysia
Bank
Pertanian Malaysia
Nota: (*) Kelulusan terkumpul sejak Tabung ini dilancarkan pada tahun 1993.
3.5
Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana
Dana bagi pinjaman ini telah dilancarkan oleh Bank Negara pada Januari 1998. Objektif dana ini adalah untuk meningkatkan pengeluaran dalam sektor pembuatan, industri berasaskan pertanian dan industri khidmat sokongan. Sehingga kini peruntukan dana yang disediakan oleh BNM adalah RM2.25 bilion. Kemudahan ini ditawarkan oleh kebanyakan bank tempatan, Bank Pertanian, Bank Industri, Bank Pembangunan dan MIDF.
Bagi BPM, kemudahan pinjaman ini adalah untuk membiayai projek yang berasaskan pertanian sahaja. Sejak Tabung ini dilancarkan pada Januari 1998 dan ‘ditutup’ pada 3 April 2000 (lebih dikenali sebagai TIKS1) BPM telah meluluskan RM158.4 juta kepada 183 peminjam.
Pada
15 April 2000 TIKS2 dilancarkan dan ia dikendalikan oleh Credit Guarantee
Corporation (CGC). Bagaimanapun, BPM ‘tidak menyertai’ pakej ini disebabkan
oleh industri berasaskan pertanian (agrobased industry) telah dikeluarkan
daripada skop pembiayaan TIKS2.
Sungguhpun
begitu, dalam Rancangan Malaysia Kelapan, Kerajaan telah meluluskan peruntukan
RM68.8 juta bagi membolehkan BPM melaksanakan program pembiayaan IKS nya sendiri.
3.6
Skim Pembiayaan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (Skim
MPPB)
Dalam
Rancangan Malaysia Ketujuh dan Rancangan Malaysia Kelapan, BPM melibatkan diri
dalam membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB).
Kemudahan pinjaman disediakan kepada usahawan Bumiputera bagi memajukan syarikat
dan peniagaan mereka yang berasaskan pertanian.
Sehingga
Jun 2001, sebanyak RM15.8 juta telah diluluskan di bawah Skim ini kepada 103
pelanggan (Peruntukan Rancangan Malaysia Ketujuh adalah RM15 juta). Di bawah
Rancangan Malaysia Kelapan, BPM mendapat peruntukan MPPB sebanyak RM33 juta.
3.7
Skim Pembiayaan Mekanisasi dan Automasi Pertanian (Skim
MAP)
Skim
Pembiayaan Mekanisasi dan Automasi Pertanian (Skim MAP) telah disediakan dalam
Rancangan Malaysia Ketujuh dan Rancangan Malaysia yang menyediakan kemudahan
pinjaman bagi pembelian jentera, mesin dan alat automasi bagi meningkatkan
produkviti sektor pertanian.
Kemudahan
pembiayaan MAP diharapkan dapat membantu negara dalam usaha memodenkan sektor
pertanian serta sebagai strategi bagi mengatasi masalah kekurangan buruh dalam
sektor pertanian. Peruntukan Rancangan Malaysia Ketujuh untuk Skim MAP adalah
RM5 juta dan sehingga Jun 2001 BPM telah meluluskan pinjaman sebanyak RM6.8 juta
kepada 32 pelanggan.
Program
pembiayaan MAP diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kelapan dimana dana yang
disediakan oleh Kerajaan adalah RM17.9 juta.
3.8 Pinjaman Komersil BPM
Disamping
kemudahan pembiayaan dari peruntukan Kerajaan dan Bank Negara, BPM menyediakan
pinjaman komersil yang dibiayai oleh deposit pasaran. Kemudahan ini membiayai
aktiviti pertanian komesil seperti bank perdagangan lain di mana kadar faedah
pinjaman akan ditentukan oleh kos dana semasa.
Pinjaman
komersil membiayai semua jenis projek asalkan ia berkaitan dengan aktiviti
pertanian iaitu penanaman, perikanan dan penternakan serta ia merangkumi
aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pembuatan dan pemasaran keluaran pertanian.
4. CABARAN DAN PELUANG
Cabaran dan peluang dalam pembiayaan pertanian berkait secara langsung dengan cabaran ekonomi yang dihadapi oleh negara, umpamanya perkembangan antaraba