PELUANG PEMBIAYAAN DALAM SEKTOR MAKANAN
Oleh:
Abd Rahaman Rasid
Bank
Pertanian Malaysia
1.
PENDAHULUAN
Terlebih
dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran
Malaysia yang menganjurkan Persidangan Tahunan MANCID Ke-8 kerana memberi
peluang kepada Bank Pertanian Malaysia membentangkan kertas kerja yang bertajuk
"Peluang Pembiayaan Dalam Sektor Makanan".
Kandungan Kertas ini selari dengan tema persidangan, iaitu
‘peluang-peluang dalam pertanian.
2.
MASA DEPAN SEKTOR PERTANIAN DAN MAKANAN
2.1
Latarbelakang
Apabila
membincangkan sektor makanan ia tidak lari daripada membincangkan sektor
pertanian dan ekonomi negara. Sumbangan sektor pertanian kepada jumlah ekonomi (Keluaran
Dalam Negara Kasar, KDNK) pada tahun 2000 dijangkakan 12.8% dan 12.6% pada tahun
2005 (Jadual 2). Sektor pertanian akan terus berkembang sekurang-kurangnya 2.1%
bagi tempoh 2000-2005.
Jadual
1
Gabungan
Produk : Sumbangan Kepada KDNK Pertanian
|
Keluaran |
2000 |
2005 |
2010 |
|
Tanaman
Industri |
67.2% |
48.9% |
42.8% |
|
Komoditi
Makanan* |
29.4% |
47.8% |
51.6% |
|
Pelbagai
(kelapa,florikultur dan lain-lain |
3.4% |
3.3% |
5.6% |
Nota:
(*) terdiri daripada padi, ternakan, perikanan, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sumber:
Kementerian Pertanian Malaysia, “Briefing to MTEN”.
Pada
tahun 2000, 29.4% daripada kek KDNK sektor pertanian adalah daripada komoditi
makanan dan bakinya sebanyak 67.2% disumbangkan oleh tanaman industri (Jadual
1). Bagi tempoh 2000-2005 pengeluaran komoditi makanan dijangka berkembang 5.1%
setahun (semakan; DPN3: 3.1%); dan pada tahun 2005, kek komoditi makanan kepada
KDNK pertanian dijangka meningkat kepada 47.8%, dan 51.6% pada 2010.
Jadual
2
KDNK
:Sumbangan Sektor Pertanian dan Makanan
|
Sektor/ Komoditi |
NAP3 |
Semakan |
||
|
2000 |
2005 |
2005 |
2010 |
|
|
Pertanian kpd KDNK |
12.8% RM17.8b |
9.5% RM19.8b |
12.6% RM26.2b |
10.0% RM31.1b |
|
Makanan kpd KDNK |
3.8% RM5.2b |
3.0% RM6.1b |
6.0% RM12.5b |
5.1% RM16.1b |
Sumber:
Kementerian Pertanian Malaysia, “Briefing to MTEN”.
Jadual
2 menunjukkan sumbangan sektor makanan kepada ekonomi negara dianggarkan 3.8%
pada 2000. Kesan Keputusan Kerajaan mahu meningkatkan pengeluaran makanan kepada
RM12.5 bilion pada 2005 berbanding sasaran RM6.1 bilion dalam DPN3, sumbangan
sektor makanan kepada KDNK dijangka meningkat kepada 6% pada tahun 2005.
2.2
Dasar Pertanian Negara
Masa
depan ekonomi, sektor pertanian dan makanan banyak bergantung kepada dasar
negara terhadap sektor pertanian semasa Kerajaan merancang rancangan pembangunan
lima tahunnya. Tahun 2001-2005 adalah era Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe8) dan
kita jangkakan dasar ekonomi makro bagi RMke8 akan dibentangkan oleh Kerajaan
dalam Parlimen tidak lama lagi.
Bagi
sektor pertanian dan makanan, negara telah pun ada Dasar Pertanian Negara Ketiga,
DPN3 (1998-2010), oleh itu masa depan sektor pertanian dan makanan dapat dilihat
dengan jelas dalam DPN3 di samping dasar-dasar semasa Kerajaan terhadap sektor ini.
Sektor
pertanian dan makanan sentiasa mempunyai masa depan yang cerah kerana peranan
asasnya menyediakan makanan kepada penduduk negara ini. Sungguhpun kita boleh
bergantung kepada import makanan tertentu, tetapi atas dasar keselamatan negara,
contohnya risiko peperangan dan sekatan perdagangan dunia (seperti yang berlaku
kepada Iraq), Malaysia wajib mengeluarkan makanan asasnya seperti padi, ubi,
sayur-sayuran, ikan dan daging walaupun kos pengeluarannya tinggi berbanding
dengan kos mengimport.
Analisis
peluang pelaburan dan pembiayaan dalam sektor pertanian tidak sempurna tanpa
mengupas aspek-aspek penting Dasar Pertanian Negara. Dua objektif utama DPN3
adalah “meningkatkan pengeluaran makanan, dan yang keduanya adalah
“meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian”.
2.3
Peningkatan Pengeluaran Makanan
Objektif
meningkatkan pengeluaran makanan adalah bertujuan bagi mengurangkan kos bil
makanan yang diimport yang sentiasa terdedah kepada risiko harga antarabangsa.
Pada tahun 2000, jumlah import makanan dianggarkan RM11.2 bilion berbanding
dengan eksportnyanya, RM6.9 bilion; ini bererti defisit perdagangannya ialah
RM4.3 bilion. Dengan strategi meningkatkan makanan, defisit ini dijangka
berkurangan kepada RM2.6 bilion pada 2005 dan menjadi surplus RM0.4 bilion pada
2010.
Strategi
menambahkan sumber bekalan makanan dalam negeri bukan sahaja dapat mengurangkan
tekanan inflasi yang diimport bahkan juga oleh mainan pengeluar-pengeluar
makanan dalam negara sendiri.
2.4
Peningkatan Produktiviti dan Daya Saing
Objektif
meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian adalah bagi
membolehkan sektor pertanian bersaing di peringkat global tanpa melupakan
persaingannya dengan sektor lain dalam negara ini, khususnya sektor perkilangan.
Konsep
“globalisasi dan liberalisasi” di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (World
Trade Organisation, WTO) sudah menjadi buah mulut dalam kamus ekonomi
antarabangsa dewasa ini.
Di
bawah konsep ini, negara di dunia sudah menjadi “satu” dan di bawah WTO dan
AFTA, menjelang 2003 (AFTA) dan 2005 (WTO) perdagangan antara negara-negara
haruslah bebas tanpa sekatan.
Dalam
konteks pertanian negara, negara harus bersedia menerima import barangan
pertanian yang lebih murah (kerana tiada tariff) sekiranya negara tidak berupaya
mengeluarkan barangan dengan kos yang kompetitif. Dari segi perdagangan pula,
eksport pertanian kita tidak boleh menembusi pasaran antarabangsa sekiranya
barangan yang dijual mahal lebih mahal berbanding dengan negara pengeluar lain,
terutamanya oleh jiran kita Thailand dan Indonesia.
Komponen
kedua “objektif meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian”
ialah untuk meningkatkan industri nilai
tambah dalam sektor pertanian, yang umumnya dikenali sebagai industri
hiliran.
Kebanyakan
industri hiliran adalah berbentuk industri pemprosesan atau pembuatan
hasil-hasil pertanian, dan pertumbuhan industri ini memberi kekuatan langsung
kepada sesuatu pertanian asas. Industri tanaman kelapa sawit, contohnya, menjadi
produktif dan kuat dengan adanya industri pemprosesan minyak sawit dan industri
makanan yang berasas minyak sawit.
3.0
PELUANG DALAM SEKTOR MAKANAN
3.1
Sasaran Pengeluaran Makanan, 2000-2005
Bagi
tempoh 2000-2005, Kerajaan telah mengunjurkan RM81.5 bilion nilai jualan bagi
pengeluaran pertanian di mana 98% daripadanya adalah berkaitan dengan makanan (Jadual
3). Secara purata, nilai pengeluaran tahunan sektor makanan bagi tempoh di atas
adalah RM13.6 bilion.
Jadual
3
Jumlah Jualan Pertanian 2000-2005:
RM81.5 bilion
|
Nilai (RM Bil) |
2000 |
2001 |
2002 |
2003 |
2004 |
2005 |
2000-2005 |
|
Buahan |
1.20 |
1.29 |
1.42 |
1.56 |
1.62 |
1.72 |
8.81 |
|
Sayuran |
0.53 |
0.57 |
0.62 |
0.68 |
0.73 |
0.79 |
3.92 |
|
Padi |
1.76 |
1.99 |
2.06 |
2.10 |
2.15 |
2.22 |
12.28 |
|
Kelapa |
0.27 |
0.28 |
0.28 |
0.29 |
0.31 |
0.33 |
1.76 |
|
Tanaman Makanan |
3.76 |
4.13 |
4.38 |
4.63 |
4.81 |
5.06 |
26.77 |
|
Orkid dan Dedaun |
0.04 |
0.04 |
0.05 |
0.05 |
0.06 |
0.06 |
0.30 |
|
Ternakan |
4.10 |
4.16 |
4.32 |
4.48 |
4.65 |
4.83 |
26.54 |
|
Perikanan |
3.75 |
3.98 |
4.23 |
4.50 |
4.78 |
5.07 |
26.31 |
|
Komoditi Lain |
|
|
|
|
|
|
1.58 |
|
Jumlah
Pertanian |
11.65 |
12.31 |
12.98 |
13.66 |
14.30 |
15.02 |
81.50 |
Sumber:
Jabatan Pertanian, “Taklimat Penglibatan Institusi Perbankan Dan Syarikat
Insurans Dalam Sektor Pertanian Pertanian”, Oktober 2000.
Komoditi
Tanaman
3.2
Buah-buahan
Dasar
Berdasarkan
DPN3, objektif industri buah-buahan adalah,
·
Mempastikan
bekalan buahan segar yang mencukupi bagi keperluan tempatan dan industri
pemprosesan,
·
Memajukan
industri buah-buahan terpilih yang mempunyai kelebihan strategik bagi tujuan
eksport buahan tropika segar dan produk buah-buahan.
Sasaran
Sasaran
nilai jualan buah-buahan bagi tempoh 2000-2005 adalah RM8.81 bilion atau purata
RM1.75 bilion setahun. Bagi menampung pertambahan buah-buahan, keluasan fizikal
tanaman ini dijangka bertambah daripada 260,000 hektar pada 2000 kepada 457,990
hektar pada 2005, iaitu bertambah sebanyak
197,990 hektar.
15
jenis buah yang akan dimajukan semasa DPN3, tetapi 10 jenis buah-buahan berikut
menjadi keutamaan, iaitu:
·
Nenas
·
Tembikai
·
Betik
·
Belimbing
besi
·
Limau
(Limau bali & oren mendarin)
·
Mangga
·
Jambu
batu
·
Nangka
·
Durian
Bagi
industri pemprosesan, tiga jenis buah-buahan yang diberi keutamaan adalah nanas,
jambu batu dan nangka.
Zon
Pengeluaran Buah-Buahan
Berdasarkan
kesesuaian agroiklim adalah mustahak diketahui jenis buah-buahan mengikut zon
pengeluaran buah-buahan yang ditetapkan. Jadual 4 menunjukkan buah-buahan
mengikut negeri-negeri.
Jadual
4
Zon
Pengeluaran Buah-Buahan
|
Negeri |
Buah-buahan |
|
Perlis |
Mangga |
|
Kedah |
Tembikai,
limau, mangga |
|
P.Pinang |
Nanas |
|
Perak |
Mangga,
betik,limau, jambu batu, belimbing |
|
Selangor |
Belimbing,
mangga, betik |
|
N.
Sembilan |
Mangga,
limau, belimbing |
|
Melaka |
Mangga,
tembikai |
|
Johor |
Nanas,
tembikai, limau, nangka |
|
Terengganu |
Limau,
tembikai, nanas |
|
Kelantan |
Tembikai,
limau, nanas |
|
Sabah |
Nanas,
limau |
|
Sarawak |
Nanas,
limau, mangga |
Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia, “Dasar
Pertanian Negara Ketiga Dan Transformasi Sektor Pertanian”, 20 Ogos 2000.
Taman
Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)
Bagi
menggalakkan pembangunan industri pengeluaran makanan, Kerajaan telah
mengujudkan TKPM. TKPM adalah kawasan rezab tanah Kerajaan negeri yang telah
dikhaskan bagi pengeluaran makanan termasuklah buah-buahan. Kemudahan
infrastruktur seperti pembersihan kawasan, jalan ladang, perparitan dan bekalan
air & api akan disediakan di kawasan ini. Mengikut perancangan Jabatan
Pertanian, bagi tempoh 2001-2005, seluas 33,900 hektar akan dimajukan dengan
buah-buahan terpilih di bawah TKPM.
Sektor
Swasta
Sektor
swasta berperanan memajukan secara komersil bagi buah-buahan segar dan diproses
untuk pasaran tempatan dan eksport. Adalah dijangkakan seluas 104,200 hektar
tanah di seluruh negara boleh dimajukan oleh sektor swasta dengan tanaman
buah-buahan.
Potensi
Eksport Buah-Buahan
Beberapa
jenis buah-buahan Malaysia sudah pun menembusi pasaran antabangsa. Daripada
Jadual 5, dalam tahun 1999, nilai eksport bagi lima buah-buahan, iaitu tembikai,
betik, durian, pisang dan belimbing besi adalah RM239.1 juta. Tembikai adalah
yang paling banyak dieksport dari segi nilai, iaitu RM61.7 juta, diikuti oleh
betik dan durian.
Jadual
5
Buah-buahan
Terpilih Malaysia: Eksport Pada1999
|
Kedudukan |
Buah-buahan |
Nilai
(RM Juta) |
|
Pertama |
Tembikai |
61.7 |
|
Kedua |
Betik |
59.6 |
|
Ketiga |
Durian |
58.4 |
|
Keempat |
Pisang |
31.9 |
|
Kelima |
Belimbing
besi |
28.1 |
|
Jumlah |
|
239.1 |
Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia, “Dasar
Pertanian Negara Ketiga Dan Transformasi Sektor Pertanian” 20 Ogos, 2000.
Daya
Maju Projek
Daya
maju projek dapat membantu usahawan memilih projek yang sesuai kepada mereka.
Dari Jadual 6, belimbing adalah pelaburan terbaik kerana pulangannya 63% setahun
bagi setiap ringgit pelaburan. Pilihan kedua adalah tanaman nanas dan limau madu,
tetapi nanas harus menjadi pilihan kerana tempoh bayar baliknya lebih singkat
berbanding limau madu.
Jadual
6
Buah-buahan
Terpilih : Daya Maju
|
|
Kadar
Pulangan Dalaman (IRR) |
Tempoh
Bayar Balik |
|
Belimbing |
63% |
4
tahun |
|
Nanas |
42% |
2
tahun |
|
Limau
Madu |
42% |
5
tahun |
|
Nangka |
27% |
7
tahun |
|
Jambu
batu |
25% |
6
tahun |
|
Mangga |
20% |
6
tahun |
Sumber: Jabatan
Pertanian,” Taklimat Penglibatan Institusi Perbankan Dan Syarikat Insurans
Dalam Sektor Pertanian”, Oktober 2000.
3.3
Sayur-sayuran
Dasar
Berdasarkan
DPN3, objektif industri sayur-sayuran adalah,
·
Mempastikan
bekalan sayur segar yang mencukupi bagi keperluan tempatan dan juga keperluan
industri pemprosesan,
·
Meningkatkan
eksport sayuran segar dan produk sayur-sayuran.
Sasaran
Sasaran
pengeluaran dan keluasan yang diperlukan bagi tanaman sayur-sayuran adalah
seperti dalam jadual berikut:
Jadual
7
Sayur-Sayuran:
Jualan, Pengeluaran dan Kawasan
|
Sayur-sayuran |
2000-2005 |
|
Jualan
(RM bilion) |
3.929 |
|
Pengeluaran
(juta tan) |
6.801 |
|
Keperluan
kawasan Pada 2005 (ha) |
21,730 |
|
Peningkatan
kawasan (ha) |
7,040 |
Nota:
Anggaran kawasan 2000: 14,690 hektar
Sumber:
Jabatan Pertanian, “Taklimat Penglibatan Institusi Perbankan Dan Syarikat
Insurans Dalam Sektor Pertanian”.
Peluang
pelaburan dalam industri ini cerah samada bagi tujuan pasaran tempatan dan
eksport. Data pada tahun 1995 menunjukkan Malaysia adalah pengimport bersih
sayuran segar, dimana nilai import pada tahun tersebut adalah RM559.6 juta
berbanding dengan eksportnya RM100.4 juta. Begitu juga sayur-sayuran diproses,
Malaysia mengimport RM123.8 juta berbanding dengan eksport, RM60.0 juta.
Sayur-sayuran
utama yang diimport adalah bawang besar, bawang putih, lobak merah, kobis bunga,
kobis, kacang pis, cili kering dan ubi kentang. Eksport sayuran pula adalah
timun, bayam, kacang panjang, cili, sawi dan kailan.
Bagi memenuhi pen