SYARAHAN AWAM

Oleh

YB TAN SRI DATO' MUHYIDDIN HJ. MOHD YASSIN

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

 

Anjuran

YAYASAN PAK RASHID

PANGGUNG PERCUBAAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

10 PAGI, 10 APRIL, 2004

 

 

"MENCERGAS DAN  MERANSANGKAN PEMBANGUNAN

PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI"

 

 


 

 

Assalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

 

Terlebih dahulu, saya ingin mangucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Universiti Putra Malaysia kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan syarahan awam Yayasan Pak Rashid UPM.

 

2,    Memandangkan bahawa syarahan awam ini merupakan yang pertama semenjak saya dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, saya bercadang untuk berkongsi pandangan mengenai halatuju untuk mencergas dan meransangkan pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani selaras dengan kehendak pucuk pimpinan supaya sektor ini memberi sumbangan yang lebih bermakna kepada kumpulan sasarnya, terutama di luar bandar. Oleh itu, syarahan saya akan manyentuh mengenai latarbelakang perkembangan sektor pertanian negara sehingga kini, pendekatan baru dan strategi pelaksanaan untuk menghidupkan semula sektor pertanian yang menjadi agenda penting Kerajaan pada masa ini.

 

 

LATARBELAKANG

 

3.    Malaysia selepas kemerdekaan adalah terkenal sebagai sebuah negara pertanian. Aktiviti ekonorni negara pada masa itu sangat bergantung kepada sektor pertanian dan perlombongan. Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK pada tahun 1957 ialah sebanyak 46%. Keadaan ini telah berubah pada tahun 2003 sumbangan sektor pertanian kepada KDNK adalah 8.45%. Pada masa yang sama Malaysia kini terkenal sebagai sebuah negara pengeluar produk pembuatan. Bilangan pekerja sektor pertanian pada tahun 1966 ialah 80.3% daripada keseluruhan jumlah pekerjaan berbanding dengan 14.9% untuk tahun 2002.

 

4.    Semenjak tahun 1984, tiga Dasar Pertanian Negara telah digubal untuk memajukan sektor pertanian iaitu seperti befikut:

 

(i)         Dasar Pertanian Negara Pertama (1984-1991) yang memberi penekanan untuk membangunkan sektor pertanian yang berorientasikan ekspot;

 

(ii)        Dasar Pertanian Negara Kedua (1992-1997) yang memberi penekanan kepada peningkatan produktiviti, kecekapan dan persaingan; dan

 

(iii)       Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) untuk meningkatkan dayasaing sektor pertanian berikutan liberalisasi perdagangan antarabangsa.

 

 

ISU-ISU DAN CABARAN MASA KINI

 

Dalam Negeri

 

5.    Sektor ini kini masih menghadapi pelbagai cabaran, antaranya ialah tenaga kerja yang semakin tua, iaitu 21.4% adalah berumur 55 tahun ke atas. Sebahagian besar petani bekerja tidak sepenuh masa, iaitu 27 hari semusim bagi pesawah padi dan 16 hari dalam sebulan bagi pekebun kecil kelapa. Saiz tanah yang diusahakan adalah kecil dan kurang ekonomik, iaitu 65% darlpada pesawah padi mempunyai saiz sawah kurang daripada satu hektar. Penyertaan sektor swasta adalah kurang menggalakkan dan golongan muda menganggap pekerjaan pertanian adalah tidak menarik. Adalah didapati masih terdapat persepsi bahawa sektor ini mundur dan tidak membawa keuntungan berbanding dengan sektor pembuatan dan parkhidmatan.

 

 

Luar Negara

 

6.    Di peringkat antarabangsa kedudukan sektor pertanian negara menjadi semakin mencabar dengan terbentuknya WTO di mana liberalisasi perdagangan antarabangsa menyebabkan persaingan semakin sengit. Sektor pertanian negara terancam sekiranya tidak bersedia meningkatkan daya pengeluaran untuk memperolehi daya saing yang lebih tinggi. Semenjak krisis kewangan Asia pada tahun 1997, imbangan dagangan makanan telah mengalami defisit sebanyak RM4.7 bilion pada tahun 1997 berbanding dengan defisit RM2.2 bilion pada tahun 1994. Defisit imbangan dagangan ini terus meningkat dari tahun ke tahun, terutamanya pada tahun 2001 yang mencatatkan defisit RM5.7 billon. Penurunan nilai ringgit juga menyebabkan peningkatan harga import bagi input pertanian dan makanan dari setahun ke setahun. Keadaan ini telah menimbulkan kesan yang negatif terhadap perkembangan sektor pertanian negara.

 

 

TERAS UTAMA PEMBANGUNAN DI MASA HADAPAN

 

7.    Untuk merangsang sektor pertanian dan industri asas tani, Kerajaan telah merancang untuk menjadi sektor ini sebagal enjin ketiga pertumbuhan ekonomi, YAB Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet baru-baru ini telah memperluaskan tanggungjawab Kementerian Pertanian untuk merangkumi bidang industri asas tani. Tujuannya ialah supaya sektor pertanian dan industri asas tani dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan (supply chain management), iaitu dari peringkat pengeluaran benih, pengeluaran (production), pengendalian lepas tuai, penyimpanan, logistik, penggredan, pelabelan, pembungkusan, pengangkutan, peruncitan, pemborongan, pemasaran, penjenamaan (branding), pemerosesan sehingga dijual kepada pengguna (from farm to table). Selain daripada pengeluaran pertanian, fokus masa hadapan akan diberi kepada industri asas tani yang boleh disertai oleh industri kecil dan sederhana terutamanya dalam bidang-bidang tambah nilai (value added) yang baru.

 

8.    Berasaskan kepada Dasar Pertanian Negara Ketiga dan untuk menangani isu-isu dalam dan luar negara, sektor pertanian dan industri asas tani akan memberi keutamaan kepada usaha-usaha berikut:

 

(i)         Meningkatkan Dayasaing Pengeluaran Makanan

 

(ii)        Mengurangkan Defisit Imbangan Dagangan Untuk Makanan

 

(iii)       Meningkatkan Pelaburan Swasta

 

(iv)       Membangunkan Sumber Manusia Mahir

 

(v)        Bekerjasama dengan Kerajaan Negeri

 

(vi)       Memperkemaskan Sistem Penyampalan Perkhidmatan Sektor Awam.

 

 

STRATEGI PELAKSANAAN

 

9.    Pelaksanaan teras utama pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani negara adalah berpandu kepada strategi-strategi yang sedang dirancang dan dilaksanakan seperti berikut:

 

(I)         Meningkatkan Dayasaing Pengeluaran Makanan

 

Melaksanakan Program-program Jaminan Hasil Makanan

 

10.    Selaras dengan keperluan untuk menerokal pasaran antarabangsa dan juga mengeluarkan produk yang bermutu tinggi untuk pasaran tempatan, tindakan sedang diambil untuk memenuhl permintaan pasaran terhadap makanan yang selamat dan berkualiti. Ini termasuk tindakan untuk menepati piawaian-piawaian antarabangsa serta pelabelan, penggredan dan pembungkusan yang boleh diterima di pasaran antarabangsa. Beberapa program jaminan kualiti hasil pengeluaran ladang dan pemprosesan yang sedang dilaksana adalah Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM) oleh Jabatan Pertanian, Skim Akreditasi Ladang Ternakan (SALT) dan Veterinary Health Mark (VHM) oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Skim Persijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) oleh Jabatan Perikanan. Dua lagi program jaminan kualiti hasil makanan yang sedang digubal ialah Skim Organik Malaysia (SOM) oleh Jabatan Pertanian dan Quality Assurance System (QAS) oleh MARDI.

 

11.    Pengeluaran pertanian sekarang harus menepati aspek-aspek kualiti dan keselamatan kerana menerusi cara ini pengusaha pertanian mendapat jaminan pasaran tempatan dan luar negara, memperolehi harga yang lebih tinggi dan seterusnya memperolehi pendapatan yang lebih baik. Sekiranya semua pangusaha mengamalkan pendekatan ini, Insyallah dayasaing pengeluaran pertanian negara akan terus dipertingkat dan dipertahankan. Di samping itu semua jabatan dan agensi yang terlibat perlu menyegerakan tindakan melaksanakan program jaminan kualiti den memastikan bahawa pengusaha memahami langkah-langkah yang perlu dipatuhi secara berterusan.

 

 

Melaksana Pendekatan Baru

 

12.    Perbelanjaan yang dilabur oleh Kerajaan untuk memajukan sektor pertanian adalah besar tetapi pendapatan yang diterima oleh golongan sasar masih rendah. Saya berpendapat sudah sampai masanya bahawa pendekatan baru dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut. Fokus utama boleh diberi kepada industri padi dan beras serta Dasar Pengeluaran Makanan Strategik, ternakan dan perikanan laut dalam. Cara-cara baru juga perlu dikenalpasti untuk memastikan bahawa pertubuhan-pertubuhan petani dan nelayan sebenarnya meningkat pendapatan ahli mereka secara berterusan dan tidak mengkayakan pertubuhan-pertubuhan berkenaan sahaja.

 

13.    Tindakan ini perlu diambil supaya golongan yang disasar akan memperolehi pendapatan yang bertambah untuk mengatasi masalah kemiskinan dan sekali gus menaikkan taraf hidup mereka. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam menggubal pendekatan baru ini termasuk memperkukuhkan organisasi yang menyelaras aktiviti, menyediakan skim pembiayaan yang bersesuaian termasuk penglibatan Kerajaan Negeri.

 

 

Meningkatkan Penggunaan Teknologi

 

14.    Petani, penternak dan nelayan telah didedahkan kepada penggunaan teknologi terkini menerusi beberapa projek demonstrasi. Antaranya ialah Projek Sepuluh Tan Padi, Program Fertigasi Tanaman, Program Inkubator Industri Kecil dan Sederhana, Sistem Rumah Tertutup Ayam dan Amalan Partanian/Ternakan/Akuakultur Yang Baik. Di samping itu, MARDI berusaha untuk meningkatkan kadar pemindahan teknologi dan inovasi kepada usahawan kecil dan sederhana dan syarikat swasta yang terlibat dalam industri asas tani. Usaha ini dilaksanakan menerusi program seminar menggalakkan penggunaan teknologi MARDI, mengadakan pameran bergerak yang memberl fokus kepada teknologi baru, menubuhkan pusat maklumat teknologi di sebelas stesyen utama dan merancang untuk mengadakan ladang contoh di beberapa stesyen MARDI untuk dijalankan oleh industri kecil dan sederhana dan syarikat swasta.

 

 

Mewujudkan Bidang-bidang Pertumbuban Baru

 

15.    Masa depan sektor pertanian bergantung kepada bidang pertumbuhan baru (new growth areas) yang mempunyai potensi untuk dimajukan. Beberapa bidang baru yang telah dikenalpasti ialah pembangunan pusat makanan halal, ekuin dan haiwan eksotik, minimally processed food dan produk-produk bioteknologi seperti kultur sel, pharmaceutical, nutraceutical, produk-produk herba dan makanan ternakan atau bahan tambahan makanan ternakan. Inisiatif-inisiatif baru akan diambil olah Jabatan dan agensi di bawah Kementerian untuk bekerjasama dengan pihak swasta bagi menerokai bidang-bidang ini.

 

 

(II)        Mengurangkan Defisit Imbangan Dagangan Untuk Makanan

 

Meningkat Pengeluaran Dan Menerokai Pasaran Antarabangsa

 

16.    Kerajaan telah mensasarkan supaya defisit imbangan dagangan yang sedang dialami akan mencapai lebihan menjelang tahun 2010. Produk-produk yang telah dikenalpasti untuk menyumbang kepada pencapaian lebihan imbangan dagangan ialah ikan dan produk ikan, daging dan produk, buah-buahan, binatang hidup, telur, kopi, teh dan rempah. Usaha penjenamaan Malaysla’s Best oleh FAMA dijangka dapat memperluaskan lagi pemasaran pengeluaran pertanian di dalam dan luar negara.

 

 

Membangun Kawasan Pengeluaran Berteraskan Cluster

 

17.    Untuk meningkatkan pengeluaran dan kecekapan pengeluaran, Kementerian telah merancang pembangunan kawasan-kawasan pengeluaran berteraskan Cluster seperti Zon Pengeluaran Buah-buahan, Target Area Concentration, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti Projek Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Kesemua ini bertujuan pada akhirnya untuk membangunkan komoditi dan produknya yang berteraskan Industrial Districts di mana pemasaran, pengeluaran, innovasi dapat dirancang dan diperlengkapkan dengan infrastruktur sokongannya.

 

 

(III)       Meningkatkan Pelaburan Swasta

 

Mewujudkan Pusat Perkhidmatan Setempat

 

18.    Pusat Setempat telah diwujudkan menerusi penubuhan Agri-Food Business Development Centre di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Pusat ini menyediakan perkhidmatan portal, runding cara dan pusat maklumat setempat bagi pelabur dan syarikat swasta untuk mendapat maklumat mengenai industri pertanian dan makanan. Pusat ini mula beroperasi secara rasminya pada 15 Julai 2003 setelah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawl.

 

 

Menyediakan Insentif

 

19.    Komitmen Kerajaan untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta telah dicerminkan melalui langkah-langkah konkrit yang diambil untuk memudahcara penglibatan mereka dengan penyediaan pelbagal jenls insentif tambahan yang khusus bagi sektor pertanian. Ini merupakan tambahan kepada insentif yang sedia ada. Sehingga kini sebanyak 128 permohonan insentif telah diluluskan dengan nilai pelaburan berjumlah RM916.9 juta yang dibahagikan kepada RM499.6 juta dalam tanaman, RM380.7 juta dalam akuakultur dan RM36.6 juta dalam ternakan. Sungguhpun demikian, prestasi ini boleh dipertingkatkan lagi dan untuk itu saya bercadang untuk melihat semula keseluruhan insentif dan mengenalpasti insentif-insentif baru yang perlu disediakan bagi meningkatkan lagi keyakinan sektor swasta melibatkan dalam projek pertanian clan industri asas tani.

 

 

Menyediakan Pembiayaan Pinjaman

 

20.    Di samping itu sumber pembiayaan pinjaman akan juga diberi perhatian supaya pihak swasta dapat menjayakan projek-projek pertanian dan industri asas tani. Dalam hubungan ini, Bank Pertanian Malaysia (BPM) menawarkan beberapa pinjaman mudah (soft loan) untuk membantu pengusaha menceburi dalam bidang pertanian. Antara pinjaman mudah yang ditawarkan adalah Tabung Untuk Makanan (3F), Skim Pembiayaan Masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera (Skim MPPB), Skim Pembiayaan Mekanisasi & Automasi Pertanian (Skim MAP) dan Skim Usahawan Tani Komersil Siswazah (SUTKS). Peruntukan yang disediakan di bawah program pembiayaan tersebut dalam Rancangan Malaysia Kelapan adalah RM300 juta untuk Skim 3F, RM33 juta untuk Skim MPPB, RM18 juta untuk Skim MAP dan RM20 juta untuk SUTKS. Selain daripada itu, BPM juga menggunakan sumber kewangan dari dana-dana lain untuk membiayai prolek-projek pertanian dan industri asas pertanian. Kemudahan pinjaman BPM telah dimanfaatkan oleh ramai pengusaha pertanian. Pada tahun 2002, 22,000 pemohon telah ditawarkan pinjaman bernilai RM1,180.7 juta

 

 

Menubuhken Panel Penasihat Pertanian Dan Industri Asas Tani

 

21.    Sebuah Panel Penasihat Kebangsaan Pertanian dan Industri Asas Tani yang dianggotai oleh wakil-wakil yang terdiri daripada tokoh-tokoh sektor swasta dan awam akan ditubuhkan. Panel ini akan memberi sumbangan buah fikiran dan ide baru untuk meningkatkan lagi daya saing sektor ini dan mengatasi cabaran-cabaran dan isu-isu semasa.

 

 

(IV)       Membangunkan Sumber Manusia Mahir

 

Menubuhkan Kolej Pertanian Malaysia

 

22.    Salah satu pra-syarat yang menentukan kejayaan sektor pertanian adalah penawaran tenaga mahir yang mencukupi bagi menggerakkan sektor ini. Dalam hubungan ini Kerajaan sedang menyediakan satu Pelan Induk bagi membangunkan Kolej Pertanian Malaysia di negeri Kedah. Pelaksanaan kolej ini nanti akan menambahkan lagi bilangan usahawan tani dan tenaga kerja professional.

 

 

Mengkaji Semula Pengajian Institut Pengajian Tinggi

 

23.    Di samping itu, selaras dengan keutamaan Kerajaan terhadap sektor pertanian dan industri asas tani, institut-institut pengaiian tinggi di negara perlu mengkaji semula pengajian dan kurikulum yang disediakan pada masa ini supaya dapat melahir graduan yang sesuai selaras dengan kehendak industri. Dalam hubungan ini, saya ingin mencadangkan supaya Universiti Putra Malaysia meneliti semula pengajian dalam bidang pertanian yang disediakan supaya selari dengan permintaan pihak swasta dan organisasi awam.

 

 

Menggalakkan Penyertaan Golongan Muda

 

24.    Usaha akan dipertingkatkan untuk menarik minat gologan muda untuk menceburi bidang pertanian sebagaimana mereka berminat menyertai sektor pembuatan clan perkhidmatan. Ini termasuk mendedahkan golongan Muda kepada peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan sebagai kerjaya mereka. Program Tunas Mekar akan diteliti untuk dilaksanakan dalam sektor pertanian secara besar-besaran.

 

(V)       Bekerjasama Dengan Kerajaan Negeri

 

Peranan Kerajaan Negeri

 

25.    Peranan Kerajaan Negeri untuk bersama dengan Kementerian saya membawa arus perubahan yang baru kepada sektor pertanian adalah sangat penting. Pembangunan pertanian memerlukan tanah samada di darat atau laut dan perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Misalnya, Jabatan Perikanan telah merancang untuk membangun Zon Industri Akuakultur dan kawasan-kawasan yang dikenalpasti adalah terletak di negeri-negeri. Kejayaan projek ini sangat bergantung kepada kelulusan Kerajaan Negeri dan syarat-syarat lain yang akan dikenakan kepada pengusaha-pengusaha yang akan memaju projek. Saya bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri bagi menghasilkan suatu kerjasama win-win antara semua pihak yang terlibat.

 

 

(VI)      Memperkemaskan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Sektor Awarn

 

Menyusun Semula Kementerian Pertanian Dan Jabatan

 

26.    Pada masa ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempunyai 12 Jabatan dan agensi bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program dan projek untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan memajukan kumpulan sasaran iaitu petani, penternak dan nelayan. Dalam hubungan ini, kumpulan sasaran adalah terdapat di peringkat daerah, kampung dan mukim. Oleh yang demikian, nisbah pegawai dan bilangan petani harus dilihat semula supaya bilangan pegawai yang ditempatkan di peringkat negerl dan daerah adalah pada tahap yang bersesuaian dengan bilangan petani, penternak dan nelayan. Sebuah projek perintis sedang dirancang untuk menentukan nisbah pegawai kepada bilangan petani, penternak dan nelayan. Hasil projek akan dijadikan contoh untuk dipertimbangkan pelaksanaannya di kawasan-kawasan lain. Dalam perkara ini, Ketua-ketua Jabatan dan agensi perlu melihat semula cara-cara pengagihan (decentralization) tenaga kerja di peringkat bawah supaya perkhidmatan yang lebih cekap dapat diberikan.

 

 

27.    Selaras dengan perkembangan semasa, Kementerian dan beberapa Jabatan dan agensi telah di susun semula dengan pertambahan jawatan. Memandang kepada tambahan skop baru-baru ini, Kementerian ini perlu mengkaji semula keupayaannya untuk melaksana pembangunan industri asas tani. Saya juga telah mencadangkan supaya Bank Pertanian Malaysia dikorporatkan untuk membolehkan Bank tersebut memperkemaskan keupayaannya menyedia perkhidmatan perbankan kepada goiongan sasar.

 

 

Melaksanakan Konsep MOA Inc

 

28.    Kementerian telah mengambil tindakan untuk memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui pelaksanaan konsep Ministry of Agriculture Incorporated (MOA Inc.). Pendekatan ini bertujuan menggembeling seluruh pemikiran, tenaga dan sumber manusia daripada semua jabatan dan agensi Kementerian bagi mengubah sektor pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya saing. Melalui proses ini semua Jabatan dan agensi Kementerian adalah terlibat dalam memberi perkhidmatan secara bersepadu kepada golongan sasar. Perkhidmatan yang dimaksudkan ialah khidmat nasihat teknikal, pembiayaan kredit, penyediaan infrastruktur, aspek-aspek pemasaran dan pengurusan pertanian moden.

 

 

Memperkukuhkan Penyelarasan Pelaksanaan Projek

 

29.    Beberapa jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mengawasi secara hands-on pelaksanaan beberapa projek keutamaan. Sebuah Jawatankuasa Meningkatkan Pendapatan Petani, Penternak Dan Nelayan akan ditubuhkan untuk mengawasi prestasi program dan projek yang disasarkan. Selain daripada itu, sebuah Jawatankuasa Pembangunan Akuakultur akan ditubuhkan untuk menyelaras pelaksanaan projek Zon Industri Akuakultur dengan kerjasama Kerajaan-kerajaan Negeri. Kementerian juga dalam proses menubuhkan sebuah Pasukan Audit yang akan mengkaji semula semua projek yang dilaksanakan oJeh Jabatan dan agensi dari segi keberkesanan projek berkenaan untuk menepati objektifnya dan membuat keputusan dari segi kedudukan pelaksanaan projek di masa hadapan.

 

 

RUMUSAN

 

30.    Masa hadapan sektor pertanian adalah mencabar memandangkan kepada persaingan global. Walaubagaimana pun cabaran-cabaran ini menyediakan peluang-peluang baru yang boleh diambil kesempatan oleh swasta dan golongan sasar. Bidang pertanian boleh dimajukan untuk menjana keuntungan dengan syarat dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan sepenuh masa dengan menumpu perhatian kepada kehendak pelanggan. Kerajaan bersedia untuk memudahcara penglibatan semua pihak di dalam sektor ini dan segala tindakan akan diambil untuk maksud tersebut. Semangat kerjasama teamwork antara semua yang terlibat dapat memastikan pencapaian yang lebih cemerlang.

 

 

 

Sumber: Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

 

(Saya bagi pihak Bank Pertanian Malaysia mengucapkan jutaan terimakasih kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana sudi memberi salinan teks ucapan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini untuk dimuatkan dalam laman web ini. Semoga syarahan ini dapat memberi manafaat kepada pencinta pertanian khasnya dan negara amnya--Abd Rahaman Rasid).

 

 

Kembali Ke Laman Utama